Wednesday 25 December 2013

Trip To Ho Chin Minh City- Last day

Habis dah trip aku ke Vietnam kali ni. Hari ke-4, bersiap2 nak balik je. Aku nye flight pkul 1.25pm, tak sempat nak jalan2 kat bandar Ho Chin Minh ni, mcm nak pergi Reunification Palace, Pos Office, War Museum bla...bla...bla....tak pegi pung, takpelah mmg dok sempat. Pagi tu jalan2 kat area ben tanh market tu je, sbb dekat ngan hotel. Kakak ngan adik aku nak beli barang2 yang orang pesan, barang2 yg terlupa beli lagi, plus diorang nak menghabiskan wit Vietnam dong yg tinggal saki baki. Aku takde beli apa pun...Kat area ben tanh ni, walaupun kedai diorang kebanyakkan tutup dalam pukul 5-6pm, mereke2 ni buka kedai lambat jugak tau, pkul 9 belum buke lagi....Aku rasa orang Vietnam ni banyak masa spend dengan famili la kot...

Aku mintak tolong hotel panggil taxi, receptionist hotel yang biasanya malas tu harini rajin plak. Dia panggil taxi and die tolong call hotel staff utk tolong angkat beg kitaorang. Hotel yang aku stay ni ada sediakan penimbang beg, so 2 orang upin ngan ipin tu dah siap timbang2 beg, mmg tak lebih 20kg sorang, good la! malas nak bayar extra luggage....duit lagi huhuhu. Waktu mula2 sampai haritu, aku takde bagi tip pada orang2 yg angkat beg ni, harini aku bagi la tip sikit, adik aku pun bagi juga, diorang hepi kot, siap tata kat kitaorang hehehe. 

Aku balik hari Ahad, so cuti la kat Ho Chin Minh ni kan...haa...aku rasa lagi orang Vietnam ni suka aktiviti luar, diorang suka lepak dekat park, camping, kira beriadah la. Sbb, park diorang mmg full hujung minggu. Beza ngan orang Malaysia  yg suka lepak di Mall termasuk diri ini.

Budak sekola camping

Thursday 5 December 2013

Trip to Ho Chin Minh@Saigon-Day Three

Hari ke-3 di Vietnam, aku join tour to Mekong Delta. Pegi dgn Tuan Travel jugak. Pagi2 tu, pkul 7.30 aku turun ke lobi hotel tp takde orang pun, so aku pergi receptionist tanya ada tak orang cari aku, receiptionist hotel yang agak malas and yg asyik layan FB tu separuh hati je call Tuan Travel office, tolong tanya pasal trip aku. Tuan Travel ckp orang die is on the way. Aku pun tunggu la depan pintu hotel. Tak lama tu ade orang dari Tuan Travel datang, dia cakap dia dah datang tadi, tp tak jumpa aku, so die pergi ambik orang lain dulu. Yeke...Tak kisahlah, bila naik mini bus tu, ahaa....ramainya adik2, abang2 dan akak2 dr Malaysia. Mini bus tu penuh dgn orang Malaysia aje. Diorang ni ade yg sombong2, bila kita cakap bahasa melayu mcm pelik pulak, mcm aku kena speaking dgn diorang. Apahal da. Kalau kat Amerika mau ko gumbira gile kalau jumpa orang negara sendiri, or kalau rasa diri itu sangat kelas apasal pegi trip mekong naik bas, ambiklah VIP nyer package. Ntah tak faham aku, whateverla! aku malas mau layan mereka, aku nak jaga mood aku di pagi yang bahagia ni, I nak berjalan ke Sungai Mekong ok!

Mula2, mini bus tu bawa pegi office Tuan Travel, kat situ kitaorang kena naik mini bus lain, sbb some pergi Mekong, some pergi Chu Chi Tunnel. Oh...oklah. So, group aku aritu cuma 9 je orang Malaysia, satu tu famili 4 orang, the rest orang dr Germany, Sepanyol, Russia, kira Europe la. Geng Malaysia poyo tu takde, good. Perjalanan ke Mekong ambik masa hampir 2 jam! Memang masak ler dalam bus tu. Nasib baik bus yang diorang bawa aritu comfortable, air cond, seat sume ok. Bila dalam bas, baru aku perasan...time aku nak snap picture, camera aku gelap aje...ropenyer...aku bawa kamera tapi tak bawa bateri...hampeh sangat2, yang 2 ekor my sis tu da buat muka. Nak buat camno...aku tertinggal woo. Teringat dulu aku gelak2kan kawan aku pergi Kuching tak bawa memory card camera, now turn aku plak tak bawa bateri...adoiyai...aku pinjam la kamera my sis tu...dah kerja aku snap picture an.


Sunday 1 December 2013

Trip to Ho Chin Minh@Saigon-Day Two

Trip hari ke-2, pergi ke Chu Chi Tunnel. Tempat ni memey femes dengan tourists. Boleh kata semua travel agent akan letak tempat ni dalam itinerary diorang, yelah tempat yang sangat bersejarah. Chu Chi tunnel ni dekat dearah Chu Chi dalam bandar Ho Chin Minh jugak. Jarak ke sini dalam 1 jam lebih. Aku pergi dengan Tuan Travel Agent. Aku baca kat tripadvisor, ramai bebenor mat2 saleh memuji-mujian tour guide ni, termasuklah dengan tour guidenyer sekali Mr. Jackie. So aku pun confident la nak deal ngan tour guide nih. Nama company da masuk internet kena la jaga reputasi an.

Aku deal dengan Ms An, Tuan Travel ni through email je, tak sangka plak dia reply cepat. Bagi schedule itinerary dgn quotation sume. Kira ok la efficient gile. Aku bayar via credit card, USD 12 dollar (RM38 lebih sorang termasuk trip pegi mekong keesokannyer). Charges da termasuk sekali dengan admission fee. Fees masuk sini dalam VND 90,000.00 kira dalam RM14 lebih (exchange rate aku dapat aritu RM156 sama dengan VND 1 juta). Pukul 7.45 pagi aku da terpacak depan lobi hotel. Tak lama tunggu, aku nengok Jackie sampai dengan van mini bus Tuan Travel terus pegi kaunter hotel, teruslah aku menerjah ala2 nas ahmad melodi -  pergi tunjuk muka aku "u looking for me?" Maka terkezut la En. Jackie, mcm mana aku boleh kenal die. Aku cam muka dia bersepah kat intenet lor. "U Princess Mastura ?" Dia tanya, aku angguk.  Haha princess tu die tak sebut ler.  Dia cakap dia nak pick up few tourist lagi, tunggu sekejap. No probs la. Ropenyer, sume yang join trip aku ni mat saleh ko, ha...aku bertiga je orang Malaysia. Kelas cik kiah pergi Vietnam ...

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...