Saturday 15 August 2015

Relaxing Sabah Pulau Sapi & Rumah Terbalik Tamparuli (1)

Ni aku nak citer pasal gi Sabah. Ni trip bff, so ok je. Ke sabah, visit cik Effi member kat UIA. Dulu 2013 ada pergi, 2014 pun pergi lagi, trip kali ni mcm lebih panjang, sbb tahun dulu pegi 3 hari 2 malam ja, tak puas jalan aku ini bah....cerita pasai tix, kami dapat murah MAS for return 245 aja lebih kurang. Terus grab duh! 

Jangan ditanya nape ku duduk di Tune Hotel. Setengah orang tak boleh duduk tune sbb sempit, kecik, low class, basic la mcm2 da. Aku tak kisah pung. Asal bukan gelandangan. Cerita aku panjang seperti ini. Sepatutnya 3 orang join, tapi sorang lagi member dari Ganu kite tu tak dapat join sbb dia kawin. Aritu dia book juga tiket ke Sabah ni sbb dia tak pasti date kawin dia tu, dan aku tak tau pun dia nak kawin as dia tak cakap kat sapa2 pun. Dia cakap kat Fiza ja, so dua orang tu dok sorok la citer tu. Aku tak tau apa2 ni aku booking jela. Alih2 last minute dapat tau dia nak kawin. Tarikh plak sama dgn trip ni. Jadi dia tak jadi pergi trip ni, adoila. If i know aku adjust la tarikh trip ni. Trip itinerary ni pun kena adjust sbb Fiza dgn Effi nak gi kenduri kawin member ni kat Ganu kite tu. 

Maksudnya kena balik dari KK awal la, aku dgn Fiza kena beli tiket return ke KL yg baru tambah RM200 lebih lagi ko, plus return flight KL- Kuala Terengganu plus hotel di Kuala Terennganu dan juga di Sabah ni. Nak cerita....Aku habiskan dekat 1K jugak untuk arrangement ni saja. Kat Sabah ni duduk Tune Hotel sbb bajet out hikhikhik. Nasib la nasib. Aku sebenarnya tak mau pegi Terengganu tu sbb mmg bajet aku out. Ni dah la trip ke 5 tahun ni plus hujung taun ni aku nak gi China plak wei.Tapi aku tak sampai hati nak tolak pelawaan mereka berdua ni. Mcm tak sedap la aku tak gi. Jadi aku pejamkan mata pasal duit aku tawakkal pada Allah je semuanya.

Sebelum aku merepek panjang, back to this trip story , flight kami petang sampai kat KK airport Effi yg baru balik jogging datang ambik dgn Myvi hitam dia tu. Dia hantar kami ke Tune Hotel pastu pergi makan dekat sini Little Italy. Tempat feveret mek Effi ni. Italian food, femes smp masuk tripadvisor. Antara restoren femes kat KK ni. Review good, org KL pun kata Italian food kat sini mcm dekat Italy. Price, up sikit, 3 orang makan seratus lebih la, hahaha jgn buat2 terkejut badak plak nanti.
Ni antara menu kami. Pasta dia banyak jenis. Ok la rasam mcm masam2 sikit, manis takde sbb Italian kan dok makang manis. Pizza not bad. Rasa lain. Tak mcm Pizza hut or dominos. Thumbs up.
Posing sikit depan restoren nih. Mlm ni bincang pasal itinerary  je then malam tu mcm biasa Effi bawak ronda2 KK. Aku book flight and hotel. Fiza buat itinerary and research,  Effi buat arrangement. Kalau tak kena tu Effi akan ubah2 sikit, sbb Effi kan orang Sabah, so die lebih tau. Kan senang mcm tu. Kalau kita bercuti dgn orang yg close dgn kita ni, rasa mcm tempat yg jauh tu mcm tempat kita je ngeh ngeh ngeh.... 
Morning KK!. Hari ke-2, bangun pagi2 Effi ambik kat hotel kami nak gi Pulau Sapi naik bot.
Peace korang ye. Sebenarnya nak ke sini boleh ambik bot dari Jesselton Point atau dekat Marina Jetty at Sutera Harbour. Price aku tak pasti sbb kami ni mek Effi arrange dgn kawan dia punya kawan punya kawan. Aku tak tau la mcm mana tapi kami naik dekat bot area lain. Dekat bangunan kastam ke polis. Macam private bot sbb book utk kami 3 orang dgn driver. Effi kan keje pendakwaraya kau, mmg kenal la orang tu orang ni. Mek Fiza tu lawyer, lawyer jahat. Hahahahha. Aku je kerja bank.
 
 Tak kisahlah naik mana2 kan. Asal sampai kan. Bot tu bukan free, bayar juga. Bila sampai Subhanallah, cantik sangat Pulau Sapi ni, air biru jernih, pasir putih mcm kapas. Sapa datang ke Sabah, pls go. Boleh follow pakej juga kalau ke sini.
 


 
You see. Ni ikan yang berenang2 di tepi jetty. So....beautiful. Air crystal clear. Boleh nampak ikan yang duk main2. Tak payah snorkling pun dah nampak ikan.
 
Tu dia, pose dulu setelah sampai. Kat belakang tu Effi duk sibuk buat urusan itu ini dgn kawan kepada kawan dia punya kawan. Aku pun konpius juga sebenarnya. Hahahaha. Aku tak kisah dah, asal sampai.
 
Kita makan dulu ye. Ngk Effi beli makanan. Nasi lemak plus mee goreng. Dia masak mee tu pagi2 lagi pastu gi beli nasi lemak. Adoila, terharu kami nih. Aku kan tgh berselera makan,  badan aku mmg naik, jadinya bab makan2 ni aku takde masalah. Aku mmg boleh makan banyak. Tapi aku malu dgn mereka ini. Malu la makan banyak. Semua ni aku boleh habis sebenarnya.  Tapi control malu la. Sekarang ni tak la, bukan diet tp control food.
Relaxing betul duduk2 kat sini. Best. 
 
Pulau Sapi ni dalam Tun Abdul Rahman National Park. Its an Island, cantik, boleh buat byk beach aktiviti mcm barbeque, picnic, snorkling, para sailing, sea walking, semua ada mmg lengkap. Restoren pun ada kat sini, cuma chalet atau hotel je takde. Kalau nak bermalam boleh tapi kena camping. Ramai budak2 sekolah camping kat sini tapi kena ada permission.
 
Lepas makan2, jalan2 kat sini, kami terus ke tengah laut. Nak buat sea walking. Sea walking ni mahal, pakej dalam RM300-RM350 lebih,termasuk snorkling. Tapi kami punya free. Kan kawan kepada Effi punya kawan tolong arrange hehehe.
   Pose dulu, sambil tunggu turn.

Jangan main2 dgn abam korea ni, dia diver. Sea Walking ni punya owner. Sebenarnya aku nak cakap pun segan, takde gamba sea walking sbb aku tak lepas turun. Bila pakai benda tutup kepala tu aku jadi sesak nafas, rasa mcm terkurung, hati pun rasa sakit, sakit hati betul, abam korea tu ckp kalau hati sakit tak boleh turun. Pastu Effi pun tak lepas sbb dia rasa tekanan kat telinga, jadi mek Fiza je lepas turun. 

Aku copy je picture kat internet,ni bukan picture aku ye....(T_T) Sea walking ni selamat, sbb ada divers jaga, then kita pegang besi yg mcm tali, nampak tak dalam picture tu, jadi kita tak akan di bawa jauh pun. Cuma bagi makan nemo area tu saja. Ni cerita Fiza la. Aku mmg menyesal gile. Abam Korea tu cakap "it's ok, u can snorkling" Ceh! Mungkin aku terkejut juga sbb tak pernah buat beach aktivity, waaaaa (T_T)!!!!
Jadi, baik lah snorkling dulu. Kami balik ke pantai balik, main snorkling. Ni la first time aku snorkling. Pakai alat tu pun tak reti. Effi yg ajar. Terkial2 jugak aku.
Nengoklah kami snorkling, beberapa meter je dari pantai. Ikan tetap ada you! Kelas Pulau Sapi ni.
Snorkling tepi pantai, hahahaha. Sbb semua tak reti berenang.
 
Aku ada juga pergi jauh sikit ke tengah. Ada coral tapi banyak yg udah mati. 
 

 

  
 Abam penyelamat.
Ni la diorang berdua buat, aku tengah snorkling ke tengah laut. (^_^)
 
Yeay!!! Aku berjaya buat ni. Takut gile tapi sgt best. Harga tak silap aku RM90 sorang. Great experience, best sangat.  
Time nak naik, fuh...cubalah mmg awesome.

Gilaran Fiza pulak, dia kena sorang2, hahahaha. Aku cakap awal2 aku tak nak sorang2, Fiza Effi pun sama, Fiza la kena mengalah.
Tinggi betul bot tu tarik kami. Dari atas Subhanallah dapat ngk kebesaran Allah, betapa perfect nya bumi ciptaan Allah, terlalu indah dan halus seninya. Cuma manusia yang rakus menjahanamkan bentuk muka bumi ni.
Sepatutnya, ikut itenary kami ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, dekat je dgn Pulau Sapi ni. Tapi, driver bot ni tak tau, maybe ada miscommunication. Tapi driver tu nak je bawa sbb maybe dia rasa tak sedap, kitaorang pun rasa tak sedap sbb driver ni tak tau. Diorang pun ada customer lain kan. Jadi kami ni bincang balik and trip tu cancel ajelah.
Abam bot tu cakap tepi2 laut ni rumah orang Filipina ternasuk orang Sulu. Yang picture kat atas tu pun sama. Tapi diorang tak berani nak pergi dekat, ini jelah sehabis dekat yang diorang berani sbb nak tunjuk juge kat kami.
Selesai beach aktivity. Petang kami ke sini. Upside down house atau Rumah Terbalik dekat Tamparuli. 40 minit drive dari KK. Kalau naik taxi make suruh taxi tu tunggu for return to KK. Sbb kat sini, tak tau nak ambik public transport kat mana.
Tiket RM 10 sorang. Kena follow group if nak masuk sini. So dia akan ikut turn. Kebetulan pulak time kitaorang datang sini ni cuti sekolah, hmmm ramaila orang semenanjung datang bercuti kat sini. Boleh tahan lama juga tunggu turn.
 
 Ni pandangan dari luar.
 
 Ada tour guide dats y la kena follow group, layan ajelah.
Ni sebelum masuk, kena beratur ye adik adik.
Kamera tak dibenarkan dalam rumah terbalik ni. Mmg ada orang jaga closely apa yg kita buat. Actually tour ni less than 10 minutes je. Ada komen kat tripadvisor cakap tour guide tu tak perlu pun sbb rumah tu kecik plus takde excitement sangat pun. Ramai komen kata boring. Tapi aku actually agree. Trip ni mula2 je ko excited pastu pas masuk takde apa. Ada yg cakap gambar lagi cantik dari real. Ni pun aku agree.
Kami pun bergamba2 kat luar ni. Kat dalam tu katil, tv, kipas angin semua dalam posisi terbalik.
Perasan tak pasu bunga tu terbalik.

 Carilah angle2 menarik kat sini huhuhu.
 
 Takde tak worth it visit rumah terbalik ni. At least new experience. Cuma it is not really awesome. Mula2 je, pastu rasa biasa je.
  
 Selfie la kununya.
Camno dia buat kancil camgitu. Kat sini bahagian luar rumah, so boleh la ambik gambar.
Pasu bunga tu pun terbalik.
Toilet terbalik. Hahaha mcm mana tu kalau real.
Kat sini ada jual souvenir. Post card pun ada. Cantik2 juga, harga mcm biasalah up sikit kat sini. Cafe pun ada kat sini.
Gamba last sebelum balik.
Effi drive balik ke KK. Sampai takde la malam tapi pkul 7 kat sabah kat mcm dah pukul 8 malam. So kitaorang drop kat sini for dinner.Western food. Then balik hotel. Habis da activity harini(^_^).

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...