Wednesday 25 December 2013

Trip To Ho Chin Minh City- Last day

Habis dah trip aku ke Vietnam kali ni. Hari ke-4, bersiap2 nak balik je. Aku nye flight pkul 1.25pm, tak sempat nak jalan2 kat bandar Ho Chin Minh ni, mcm nak pergi Reunification Palace, Pos Office, War Museum bla...bla...bla....tak pegi pung, takpelah mmg dok sempat. Pagi tu jalan2 kat area ben tanh market tu je, sbb dekat ngan hotel. Kakak ngan adik aku nak beli barang2 yang orang pesan, barang2 yg terlupa beli lagi, plus diorang nak menghabiskan wit Vietnam dong yg tinggal saki baki. Aku takde beli apa pun...Kat area ben tanh ni, walaupun kedai diorang kebanyakkan tutup dalam pukul 5-6pm, mereke2 ni buka kedai lambat jugak tau, pkul 9 belum buke lagi....Aku rasa orang Vietnam ni banyak masa spend dengan famili la kot...

Aku mintak tolong hotel panggil taxi, receptionist hotel yang biasanya malas tu harini rajin plak. Dia panggil taxi and die tolong call hotel staff utk tolong angkat beg kitaorang. Hotel yang aku stay ni ada sediakan penimbang beg, so 2 orang upin ngan ipin tu dah siap timbang2 beg, mmg tak lebih 20kg sorang, good la! malas nak bayar extra luggage....duit lagi huhuhu. Waktu mula2 sampai haritu, aku takde bagi tip pada orang2 yg angkat beg ni, harini aku bagi la tip sikit, adik aku pun bagi juga, diorang hepi kot, siap tata kat kitaorang hehehe. 

Aku balik hari Ahad, so cuti la kat Ho Chin Minh ni kan...haa...aku rasa lagi orang Vietnam ni suka aktiviti luar, diorang suka lepak dekat park, camping, kira beriadah la. Sbb, park diorang mmg full hujung minggu. Beza ngan orang Malaysia  yg suka lepak di Mall termasuk diri ini.

Budak sekola camping

Thursday 5 December 2013

Trip to Ho Chin Minh@Saigon-Day Three

Hari ke-3 di Vietnam, aku join tour to Mekong Delta. Pegi dgn Tuan Travel jugak. Pagi2 tu, pkul 7.30 aku turun ke lobi hotel tp takde orang pun, so aku pergi receptionist tanya ada tak orang cari aku, receiptionist hotel yang agak malas and yg asyik layan FB tu separuh hati je call Tuan Travel office, tolong tanya pasal trip aku. Tuan Travel ckp orang die is on the way. Aku pun tunggu la depan pintu hotel. Tak lama tu ade orang dari Tuan Travel datang, dia cakap dia dah datang tadi, tp tak jumpa aku, so die pergi ambik orang lain dulu. Yeke...Tak kisahlah, bila naik mini bus tu, ahaa....ramainya adik2, abang2 dan akak2 dr Malaysia. Mini bus tu penuh dgn orang Malaysia aje. Diorang ni ade yg sombong2, bila kita cakap bahasa melayu mcm pelik pulak, mcm aku kena speaking dgn diorang. Apahal da. Kalau kat Amerika mau ko gumbira gile kalau jumpa orang negara sendiri, or kalau rasa diri itu sangat kelas apasal pegi trip mekong naik bas, ambiklah VIP nyer package. Ntah tak faham aku, whateverla! aku malas mau layan mereka, aku nak jaga mood aku di pagi yang bahagia ni, I nak berjalan ke Sungai Mekong ok!

Mula2, mini bus tu bawa pegi office Tuan Travel, kat situ kitaorang kena naik mini bus lain, sbb some pergi Mekong, some pergi Chu Chi Tunnel. Oh...oklah. So, group aku aritu cuma 9 je orang Malaysia, satu tu famili 4 orang, the rest orang dr Germany, Sepanyol, Russia, kira Europe la. Geng Malaysia poyo tu takde, good. Perjalanan ke Mekong ambik masa hampir 2 jam! Memang masak ler dalam bus tu. Nasib baik bus yang diorang bawa aritu comfortable, air cond, seat sume ok. Bila dalam bas, baru aku perasan...time aku nak snap picture, camera aku gelap aje...ropenyer...aku bawa kamera tapi tak bawa bateri...hampeh sangat2, yang 2 ekor my sis tu da buat muka. Nak buat camno...aku tertinggal woo. Teringat dulu aku gelak2kan kawan aku pergi Kuching tak bawa memory card camera, now turn aku plak tak bawa bateri...adoiyai...aku pinjam la kamera my sis tu...dah kerja aku snap picture an.


Sunday 1 December 2013

Trip to Ho Chin Minh@Saigon-Day Two

Trip hari ke-2, pergi ke Chu Chi Tunnel. Tempat ni memey femes dengan tourists. Boleh kata semua travel agent akan letak tempat ni dalam itinerary diorang, yelah tempat yang sangat bersejarah. Chu Chi tunnel ni dekat dearah Chu Chi dalam bandar Ho Chin Minh jugak. Jarak ke sini dalam 1 jam lebih. Aku pergi dengan Tuan Travel Agent. Aku baca kat tripadvisor, ramai bebenor mat2 saleh memuji-mujian tour guide ni, termasuklah dengan tour guidenyer sekali Mr. Jackie. So aku pun confident la nak deal ngan tour guide nih. Nama company da masuk internet kena la jaga reputasi an.

Aku deal dengan Ms An, Tuan Travel ni through email je, tak sangka plak dia reply cepat. Bagi schedule itinerary dgn quotation sume. Kira ok la efficient gile. Aku bayar via credit card, USD 12 dollar (RM38 lebih sorang termasuk trip pegi mekong keesokannyer). Charges da termasuk sekali dengan admission fee. Fees masuk sini dalam VND 90,000.00 kira dalam RM14 lebih (exchange rate aku dapat aritu RM156 sama dengan VND 1 juta). Pukul 7.45 pagi aku da terpacak depan lobi hotel. Tak lama tunggu, aku nengok Jackie sampai dengan van mini bus Tuan Travel terus pegi kaunter hotel, teruslah aku menerjah ala2 nas ahmad melodi -  pergi tunjuk muka aku "u looking for me?" Maka terkezut la En. Jackie, mcm mana aku boleh kenal die. Aku cam muka dia bersepah kat intenet lor. "U Princess Mastura ?" Dia tanya, aku angguk.  Haha princess tu die tak sebut ler.  Dia cakap dia nak pick up few tourist lagi, tunggu sekejap. No probs la. Ropenyer, sume yang join trip aku ni mat saleh ko, ha...aku bertiga je orang Malaysia. Kelas cik kiah pergi Vietnam ...

Saturday 2 November 2013

Trip to Ho Chin Minh@Saigon - First Day

Sebenaqnya, aku nak tulis pasai entry ni pun malas bila ingat lagi kejadian2 di Vietnam haritu. Kenapa aku pergi jugak bercuti ke sini, sbb aku nengok ramai gile orang Malaysia suka pergi sini, kawan2 aku pun ramai dah gi, so aku pun nak nengok lah tempat die lagu mana...Bila ada promo air asia, aku pun cepat2 ler book..tiket aritu RM 175 je for return, tp yg murah lagi ado. Flight ke Bandar Ho Chin Minh ambik masa 1 jam 50 minit. Tiket Air Asia aku book cantik je, pkul 9.30 pagi, tetiba je Air Asia pegi tukar pukul 7 pagi. Suka hati je. Disbbkan aku malas nak ambik flight pagi, aku pergi ler opis Air Asia kat KL Sentral tu, tukar semula time ambik pkul 12.00pm.



Bila aku google kat internet ngk blog2 orang yang da gi sini, mcm2 cerita ada. Ada yang suka gile tempat ni, datang 3,4 kali setahun, ada jugak yang serik dah tak mau  jejak kaki kat sini dah. Bila aku baca blog2 mat saleh pun ramai yang bantai Vietnam ni, kira dalam bottom list diorang lah, kalau susun list tempat yang diorang  suka pergi. Tak tau la kalau aku bawa energi negatif dalam otak aku, sampai2 je kat imigresen depa tu, fuh kasar betui, boleh mamat tu hempas passport aku dgn muka tah apa2 die.  Tolol!  Tapi disbbkan aku dah baca review pasal vietnamese ni, aku tak terkejut la sangat. Kasar la diroang ni, biadap. Aku cakap thanks je dan cepat belah.

Sunday 8 September 2013

Reunion Trip -Kota Kinabalu, Sabah

Plan nak ke Sabah dri taun 2010 lagi tp tak jadi. Lepas tu, diam macam tu je. Effi member kat Sabah tu pun tanya...what happen to the plan? Aku diam, tak mau jawab, sbb member yang sepatutnya book tiket tu tak book pun, even payment aku dah bagi kat die. Bila aku tnya die keep cakap busy la meeting la....Then harga tiket dari promotion rates went up and jadi normal, time tu takkan nak book kot. Sbb dah kira over budget la plak. Then member lain  tnya aku lagi, what happen? Adoi, pening aku, yalah orang kan berharap. Ya memang betul, orang berharap, tp susah deal ngan member yg sorang tu. Aku pun tak sangka, sbb mulanya dia nak booking. Dan aku tak tau jawab apa, tapi duit die return semula la...

This time, aku sendiri yang booking and member aku yang prob tu, MIA. Tak kisahlah sbb aku pun pening ngan die:)  Dia tu jenis manusia yang suka bercakap cakap, nak gi Kuching la, nak gi Australia la, Bandung, Jakarta whatever lagilah, tapi passport pun takde. Malas la citer pasal die. Time ni pun nak booking bukan senang sbb aku kat KL, Fiza di Kedah, Fyairos kat Terengganu, Effi definitely di Sabah. Aku lah yang tukang arrange. Aku kena cari date nak suit ngan sume orang. Tp aku ngan Effi lebih flexible, cuma Fiza ngan Fyairos saja take time sikit nak confirm date, sbb they all lawyer. Sume kena check diary, takut clash ngan court case. After dapat confirm date with Fiza and Fyairos aku kena confirm ngan Effi plak, Effi, DPP tapi she is quite flexible. Any dates aku suggest, she will always answer "OK". After berjaya book terus Effi mintak email itinerary pada die, she's started planning! what come to my mind- efficient nye makcik ni.

Cerita Tentang Trip to Jakarta and Bandung Feb 2013

Memang seronok berjalan-jalan. Pengalaman melihat tempat orang boleh menjadikan "eye opener" kepada kita. Selain peluang melihat bumi Allah di tempat lain, bercuti memang boleh mereleasekan tension dr stress kerja. Destinasi kali ni, Jakarta-Bandung. Tapi trip banyak di Bandung, cuma flight landing kat Jakarta. Aku, my sis and my younger sis, follow famili akak sorang ni, sume sekali 9 orang. Akak ni namanya k.yati, kije RHB Bank, dia tiap2 taun pegi sini. Da expert ngan Jakarta-Bandung. Aku dengar ramai betul orang pegi Bandung, dengar kata syurga shopping. Dats why la aku teringin sangat nak pegi. Jadi 23 Feb 2013 lepas aku pergi la. Kami follow kakak tu sbb kami ni tak biasa lagi jalan2 ni kat overseas ni, ngee...Aku gi Bali aritu kawan aku yang uruskan semua, kali ni kakak tu yang uruskan semua. Tapi agak mahal la juga. Tiket, pak supir dgn hotel saja dah cecah RM1,000. Hotel takde star okie! Belum masuk shopping ngan makan lagi duh..(T____T) !!!!! Ok, lupakan part tu. Aku sampai LCCT dalam pkul 4 ptg, dr opis, OMG. Settle kan kerja2 kat opis dlu. Flight hari Sabtu pukul 6. 30 pm, dr Kuala Lumpur and touchdown at Soekarno-Hatta International Airport dalam pkul 8 malam. Airport baru ni ya dong. Time di Jakarta ni beza satu jam saja dgn KL.


Saturday 7 September 2013

Jalan2 @ Kuching, Sarawak

Kiranya ni kali ke-2 aku ke Kuching. Dulu mula2 aku pergi waktu outstation kat tempat keje lama bulan November, 2010. Time tu diorang nak buat outside meeting (walaupun dlm opis pun boleh), they all nak buat kat Pullman Hotel, Kuching. Sebagai kuli biasa aku tiada bantahan apa2. Maka berkampunglah seluruh opis di hotel lima bintang, Kuching. Tak kisahlah kan sbb gomen byk duit. Peruntukkan diorang mmg byak. No komen la. Ini kali peruntukan sendirian berhad, aku pegi sbb ada majlis kawin member kat uni dulu, plus nak jumpa ex-colleagues opis lama - Effa. Effa orang Sarawak, lepas brenti keje kt company lama kami terus die balik kampung. Skang dia jadi tauke restoren, lagi senang keje sendiri katanya. Aku pegi sorang je time ni dan ramailah orang bertanya "berani ye awk pegi seorang diri." I was thinking tak boleh ke? :) Ini kali jugalah aku travel sesorang naik Air Asia. Maka flight pukul 9.20am, jam 5.30am aku sudah turun dari rumah bah...pkui 6.00 pagi aku sudah tercegat di Stesen LRT Taman Melati, mau ke KL Sentral. Pintu tak bukak pun lagi. Muahahahaha. Trip pegi, aku happy sbb dapat duduk tepi tingkat and...dapatlah aku snap gambar, Yeay!

Now everyone can fly....

Monday 2 September 2013

Kuantan: "Pantai Cherating & Restoren Ana Ikan Bakar Petai"

Berhujung minggu @ Kuantan memang best, environment sini ala-ala desa gitew. Pantai kat sini pun best, mmg sesuai nak melepak. Tapi jarang2 aku ke sini, kadang2 je. Ikut time jugak. Aku gi Kuantan time ni ngan my sis, naik bas ari Jumaat mlm pkul 7 lebih dekat stesen bas Pekeliling sampai Kuantan dlm pkul 1 pgi. My elder sis yang ambik kat stesen bas Kuantan. Die duk Kuantan, cikgu kat sini. 

Banyak bas yg ke Kuantan, mmg takde masalah lah, Kat Pudu pun ade. Aritu aku pegi naik Tranasional, balik ngan Plusliner.  Plusliner ok, tp masalah Plusliner ni satu je, diorang selalu print tiket salah,  contohnye no seat yang die print kat tiket tu takde. Bas diorang byk, pastu no seat berterabur, kalau diroang tukar bas nasib la sapa kena, aku dah kena 2 kali.

Tujuan aku gi Kuantan kali ni sbb nak melepak kat Pantai Cherating, nak ngk apa ade kat sana sambil nak berjalan-jalan.  Tapi sebelum sampai ke sini, kta akan lalu bnyk kg2...

View nak masuk cherating
Jauh jugak Cherating dri bandar Kuantan ni, after 1 hour baru sampai.

Thursday 29 August 2013

3 days 2 nites trip to Pulau Langkawi and Penang


Aku rasa semua orang dah pernah pergi ke Langkawi. Aku...ni lah first time pegi ke sana hahaha. Sbb teringin nak pegi, ajakla member2 pergi. Ini pun kira short trip beb, 3 hari 2 malam je, 2 hari kat Langkawi pastu plan nak singgah Penang time balik ke KL nanti. Pack jugak nampak gayanya trip kali ni. Aku dengan 3 orang lagi member bertolak ke Kedah malam Jumaat, salah seorang member aku ni orang Changlun (Changlun ni pekan yang dekat dengan UUM Sintok tu), jadi malam tu lepas solat Isyak terus kami bertolak menghala ke rumah die dulu. Esok tu hari Jumaat sume orang da ciap2 ambik cuti. Memey intentionally plan tak mau pegi waktu Public Holiday atau cuti sekolah, sbb da tau time ni harga barang2 and hotel mesti melambung tinggi berpuluh-puluh kali ganda punya kalu kat Langkawi tu. Kawan aku yang sorang lagi tu yang bawa kete, dia drive Pesona, tapi faham2 jelah tol, minyak, sume dah siap kira, pakai ting tong saja. Aku nampak memula dia bawa steady je, tp bila dah sampai kat highway tu aku ngk rilek je dia speed haha. Dalam kete, semua orang tak mau tidur. Sembang2 ajelah. Dekat pukui satu pagi berenti minum jap kat R&R.

Rehat jap, hehe bukan aku yg drive

Monday 26 August 2013

A very short visit to Cameron Highlands


Hari tu waktu aku tak keje hehe, after resign from one government office (tidak perlu di sebut namanya apa :) ) keje aku semestinya lah berjalan-jalan. Alhamdulillah, tak lama  menganggur dalam sebulan je. Aku kije 9 bulan je kat situ hehe, tak biasa kot keje gomen nih...bleh stress. Politik gile2 beb. Malas nak citer kat sini, nati boleh jadi blog tempat luahan rasa pulok.

Anyway, since ade jalan baru dri kampung aku di Sungai Koyan ke Cameron Highlands aku pun mengajak la kakak aku bawa aku naik ke situ, sbb aku tak pernah lagi pegi ke sana. Dulu2, dah plan mcm2 dah ngan member2 ni nak ke Cameron. Dr zaman belajar sampai ke zaman kije, dah mcm2 idea dan strategi dah di buat tp tak sampai2 pun kihkihkih. Kelakor kan. Tapi dah ade jalan baru ni oklah senang nak ke sana, lagipun jarak dr rumah aku  ke Cameron pun 1 jam setengah je...Kakak ku yang sgt lah berhati mulia tu drive la kete nye membawa aku naik ke puncak Cameron. Tak kisah pun wit minyak ketenye huhuhu. Padahal aku yang mengedik-gedik nak pegi. Aritu bertolak pun dah petang pkul 4.00pm sampai pun dalam pkul 5 lebih la...itu yang short visit tu. Pas maghrib 7.30 pm terus turun balik.

Sunday 25 August 2013

A day in Rantau Panjang, Kelate


Cuti Tahun Baru Cina yang panjang membolehkan aku bercuti-cuti Malaysia. Biasa la Malaysian ni memang pantang kalau public holiday tu jatuh on weekday and apatah lagi kalau bersambung pulak dengan weekend. Wah kira bonus lah tu...hehe. Since ayahanda asal Kelantan, and jarang-jarang balik so Kelantan la destinasi cuti-cuti Malaysia nyer.

Kelantan negeri yang klasik gitu. Walaupun zaman dah maju, and rakyat Kelantan sendiri dah urban tapi ciri-ciri "classical" tu tetap ada pada rakyat Kelantan, very nice! But yang tak nice nyer jalan ke Kota Bharu. Fuh! Kuala Lipis - Merapoh - Gua Musang - Kuala Krai - Bachok + Jalan Jem = 6-8 jam, sangatlah diri ini tension dalam kereta. Tidur bangun balik, sembang2, makan, tidur balik, bangun semula, tidur balik, makan, makan, tidur itulah kejenye kalau dalam kete. Jauh sangat.

Anyway, aku sempat lah snap sedikit picture semasa pegi ke Rantau Panjang aritu. Di sebabkan cuti Tahun Baru Cina panjang, ramai yang balik kampung masing2 and jalan ke Rantau Panjang yang jaraknya cuma 1 hour je dari Kota Bharu jadi jem sangat2. Stuck dalam 2 jam. Gambar ni pun lama punya tahun 2011 hehe. Ambo baru blogging.


On the way gitu lah kito...

Thursday 22 August 2013

Hari Konvo Sedunia:)

hmmm..apabila perasaan stress itu mendatang, selain solat dan mengaji al-Quran, eloklah kita melihat perkara2 yang boleh menyejukkan jiwa. Aku menyelak la gambar berconvo after zaman berlajar dulu..Semoga sejuk lah hati ini pabila melihat wajah suci sendiri...
Hmmmmm........happy bebenor la time ni tapi, dalam hati ada rasa getar.  Thinking mcm mana akan aku teruskan kehidupan after this.

Wednesday 21 August 2013

Bali Islands

Bali is unique. Never think to be here..but after invitation kawan2 opis pegi ajalah and see the view it's awesome...! Time ni..sakit hati saja, camera tak bawa, but all the colleagues were very supporting and share me the pics, but nasib lagi malang when the picture got virus and then some terdelete, takkan nak minta sekali lagi! ~sigh..have to go again lah haha...:) - simply alasan! Tapi ni trip lama dah, tahun 2010 bulan February. Mak kau lamanya hahaha. Udah kome baru berblogging. Travelog la kununnya. Muahahahaha.....Time ni grab tiket promo air asia, tak silap aku la, rege tiketnya dalam RM350 gitewww....Aku ingat lagi flightnya pagi, kami 5 orang office mate ni kuar pagi subuh lagi. Kawan aku dr Gombak ambik office mate sorang kat Gombak juga then die amik aku kat rumah, time tu aku duduk di Vista Angkasa, kat Kerinchi. Parking kete kat LCCT then pricenya kira ting tong.

Holiday in Bali, worth for money (even quite pricy especially the food), but you wont regret after you see the view. The only minus point is limited halal foods available. If you wanted to take meat or chicken, not sure whether it's has been properly slaughtered or not. So no choice la have to pack more foods from Malaysia.First day after touchdown at Ngurah Rai Airport, and after check in hotel, our 3 days 2 nights trip started.

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...