Thursday 1 September 2016

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)



Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di London sana. Maka aku kena pegi kelas english supaya lulus IELTS. Tu yang dok layang langsung ke blog ni....Citer di Bali pun tak settle lagi hikhikhik...Ok now, ambik mood semula, feel Bali pun datang meh kita bercerita pasal journey ni. 

Buat mukadimah, dulu time aku gi tahun 2010, aku tak suka Bali. Balik je Bali, aku kempen kat semua orang, jangan gi Bali sbb tak best. Tapi aku gi lagi second time, sbb reunion trip lor. Dengan suci hati punyalah aku bekorban dgn kawan uni aku, sanggup aku ke Bali lagi. Tetapi...bila datang second time ni, tersuka la pulak. Nak datang lagi pulak rasanya. Hati manusia ni kan, berubah-ubah betul.

Aku ingat harini kira second day di Bali. Macam biasa sbb kami ambik supir jadi, dia lah yang bawa kami ke mana2 ikut our itinerary. Cuma supir ni kadang2 adala bagi cadangan, idea, info mcm2 lah all rounded about Bali. Supir kami nama Awang ni ok. Dan buddy trip aku si Fiza ni, dia nak makan cakui plak pagi ni sbb dgr si Awang tu becerita pasal roti goreng aka cakui dari semalam.. Haaa, ke sini lah kami pagi ni. Kedai ni halal, Muslim punya. Time kami datang ramai juga yang tgh menyerang kedai ni.
Inilah cakui yang dibanggakan sangat oleh si Awang. Taste? Entahlah, aku rasa masin. Hahahaha. Cuma roti kacang dia je manis. Yang manis feberet aku ler. Ok2lah, crispy gitew. Murah je tapi aku dok ingat bapa. Happy la kau Fiza.
Harini kami ke sini, Pura Ulun Danu Bratan. Kawasan Bedugul. Sometime ada yang called Bedugul tour (http://www.id.baliglory.com/2015/07/bedugul.html). Ni lah salah satu tempatnya. Paling penting kita ngk jarak dulu ye, 70km dari Kuta, atau 55km dari Denpasar. Maksudnya, kalau aku dari kuta, perjalanan kami tempoh dgn menaiki mobil adalah 2 jam. Patutla, aku tanya si Awang bila nak sampai, dia dok bilang "kakak tidur aja dulu...". Hmmm mmg tertidur jugaklah. Entrance Fee? lumayan bangat dong, 30K sbb kita turis asing gitew. Tak bleh nipu, nampak je muka kami, pakcik tiket tu cakap, "Malaysia ya kan"..."Iyolah".
Ini gate depan. Sorry Fiza, aku malas nak cari gambar kita berdua depan ni.
View juga lumayan bangat. Memang cantik kawasan ni sampai Indonesia letak gambar ni kat duit 50k rupiah diorang. Cer check. Awang yang cakap, kalau tak aku tak perasan pun hahaha. Bayar je keje aku. Kenapa bina pura ni dekat air? pastinya untuk dewa/dewi kesuburan mereka. Bali kan ramai petani. Pura ni dah lama, dah beribu tahun.
Bali ni di kenali dgn pulau seribu pura. Maksudnya, kat mana2 ada pura atau kuil. Bagi orang Bali,Ulun tu hulu, Danu tu danau jadiknya, pura ni letaknya kat danau, ada air.  Kalau air pasang, tempat ni mcm nampak terapung. Gitulah serba sikit. Cuaca kat sini tak panas sgt, sbb tempat ni dekat kawasan tanah tinggi. Tapi tak perlu snow coat (^_^).
Dah sampai kan, 2 jam perjalanan ku tempoh jadik kita pun sibuk2kanlah diri dgn bergamba2, fotogenik, fotogedik dan sebagainya.
Ok...
Tempat ni mmg famous yang amat. Tourist dari Indonesia, Australia, Britain, Malaysia (confirm 2 orang) datang dgn berpuluh2 bas, kereta, van ya ampun... tempat ni sibuk gile. Pandai2 la kita nak ambik gambar. 
On the other side of this pura. Tempat ni besar. Jangan lupa round sume ye adik2.
Hmm...
Suka2 hati la...
Yang ni bahagian depan pulak.Ini pun temple. Dalam kawasan ni, ada few temples juga.
Tak tau la budak ni happy ke tak, dia pening dgn pura ni semua. Hihihihi...
Ni pun anor temple. Kami tak masuk, cuma ngk kat luar je. Temple yang sgt lama dan historic pada masyarakat Bali.


Ngk yang belakang tu...

Temple lagi, pening la ko Fiza.
Art corner, untuk lakar potretmu....
Kat sini bleh naik boat. 
Lepas pusing2, kita makan ye. Dekat sini, kawasan Bedugul jugak. Restoren halal.
Pemandangan dari restoren.
Tempat main motor sport pun ada. ATV ke benda namanya
Aku ngk ayam tu, was2 pulak nak makan. Fiza kata nampak kesan sembelih. Dia dah telan separuh udah. Aku tanya restoren ni, ayam tu sembelih ke, staff dia tak faham, aku sebut slaughter pun dia tak tau. Then dia cakap "potong ayam ke". Haaa. Baru dia dapat tangkap. Dia bilang kalau potong ayam tu orang Jawa, means kalau Jawa Muslim lah. Total price for food-RP260k.
Sempat lagi benti makan durian tepi jalan. Princess ta pernah buat kat Malaysia okie.  Ni sume sbb makcik Fiza tetiba nak makan durian. Takpelah, aku layan je sbb seller ni cakap aku lawa. Ok next.
Pandai adik tu bukak durian. Dalam pada tu aku risau malam ni, Fiza ni mimpi apa pulak. Esok datangla idea mcm2 dia.


Next destination, kawasan Badung Pura Taman Ayun dan Mengwi. Ini pun temple juga. Temple dalam park or garden yang dikelilingi oleh kolam. Tapi time kami datang dat day, it's under construction air kolam tgh kering.  Gini la gayannya.

Kami tak masuk pun, jadi ambik gambar kat gate ni aje.
Perjalanan seterusnya adalah tempat wajib pegi kalau ke Bali. Tanah Lot. Ini kira, temple juga tepi pantai. Bayaran masuknya, Rp30k. Boleh tahan juga, dekat Bali ni mana2 kita masuk semua ada entrance fees. Cuma kalau ambik pakej, entrance fees biasanya dah cover.

Gate. Kat sini pun ramai orang bangat weh...
Kawasan sebelum menempuh pantai. From my opinion la kan, ceh... Tanah Lot ni betul2 di komersialkan. Tahap gila2. Banyak tempat jualan,t-shirt, painting, food, cafe, kira oklah. Tapi price, air mineral pun dalam RM8-RM10 mmg melampau.
Ni salah satu cafe kat sini, ada jual kopi luwak. Tu musangnya tgh tidur. 
Jalan nak ke beach...
Sempatla ku beli ice-cream. Lemon campur coconut. Nice!
See ramai gila orang. Nak ambik gambar mmg mencabar...(T_T)
Ni lah Tanah Lot yang famous tu. Dalam tu ada temple, kat bahagian atas beach tadi pun ada temple juga. Tapi sekitar ni mmg banyak temple la. Atas bukit tu pun ada. Bukit belah sana pun ada. Mmg banyak lah. Sejarah Tanah Lot ni, kiranya ada kaitan dgn penyebaran agama hindu di Bali. Adalah aku baca sikit, tapi takdelah aku nak letak kat blog ni, huhu. Untuk knowledge, oklah.
Tanah Lot ni di bina atas batu karang. Tanah Lot maksudnya, batu karang di tengah lautan. Dalam tu ada gua, dalam gua tu ada ular belang kaler hitam putih. Bagi balinese, itu kira ular suci.  Tapi, pokoknya, aku tak pegi pun sampai ke sana...penakut. 
Yang pakai kain pelikat kotak2 putih merah tu, pria2 yang boleh tolong ambik gambar, dan kita bayar guna kamera dia, tapi guna our kamera pun boleh.
Dalam tu ler ada gua. Aku tak masuk... 
Pantai ni cantik, betul tak tipu.
Tanah Lot ni jauh dari Kuta, jadi alang2 dah sampai, kome pusing la sume angle kat sini. Pusing sampai lebam. 
Layan jelah na our pics... (^_^)





Part atas bukit dah mula, tak tau camne, kami pi panjat hahaha
View cantik oooo...jangan lupa panjat bukit, explore every angle.
Fiza ngk ni dia pening. Temple. Aku rilex je hikhikhik. Watpe nak fikir serious. Tapi yalah, setengah orang tak bleh.
Cantik kan view...hasil panjat bukit! Ngk sunset pun lawa kat sini. Tanah Lot famous dgn sunset. Kalau ada kesempatan boleh menikmati sunset kat sini. Kami aritu tak tunggu pun. Sbb dua2 takde bf. Ngk sunset lagi sedih. Ok Next.
Sejujurnya aku tak tau tempat ni apa. Snap aje.
Otw nak balik dah...best. Tanah Lot is beautiful. Nak rilex2 release stress sesuai. Honeymoon pun ok.
Otw balik Kuta. Lalu sawah padi. Sawah padi banyak kat Ubud. Ehh, tak jugalah, mana2 pun ada. Hihihi.
Seperti biasa, Mek Fiza dia nak beli souvenirs pulak. So Awang bawak ke sini. Kawan aku cakap, pegi pasar Sukawati kat Ubud. Tapi sbb Awang bawak juga ke sini. Kitaorang just masuk lah. Overall, barang sini ok, take for example t-shirt kualiti mmg bagus, tapi agak mahal. Terpulanglah pada masing2. Kat sini macam2 ada, snek, pisang salai, kopi pun ada.
Dah sampai bilik hotel rehatlah kan. Aku beli ni dekat Tanah Lot tadi. Buah markisa. Sedap. Aku suka cuma mengong aku ni, kat Bedugul tak nak beli. Sana murah, beli kat Tanah Lot mmg mahal. 
Ni pun aku beli kat Tanah Lot. Budak tu kecik lagi, dah menjual. Time ni kami nak tunggu Awang datang pick-up. Budak tu jual RP20k, dalan RM6-RM7. Aku bagi duit dia tak mau, dia bilang, "kakak saya buat jualan, bukan pengamen." Aku pikir kalau beli nak buat apa, tiba2 teringat kakak aku cikgu, aku grablah...

Kita resting, adventure best kat Bali contniue for day 3...(^_^)





1 comment:

  1. An ATV tour in Bali is an unbeatable experience that combines adrenaline-fueled adventure with stunning natural beauty and rich cultural heritage.

    ReplyDelete

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...