Wednesday 1 January 2014

Hello Bangkok ! ~ First Day

Trip terakhir tahun 2013- sawadikap Bangkok! Aku tak pernah lagi ke Bangkok hehe, ini consider first time ke negara Gajah Putih ni. Macam biasa, trip aku ala-ala kadar saja, bajet trip lor. Aku dapat tiket ke Bangkok ni, tak murah sangat la, campur ngan order food, luggage 20kg (sharing - return flight saje, pergi tak check in luggage) RM270. Ok la, tak sampai RM300. Bangkok ni negara neighborhood kita, ramai kawan2 aku and majority nyer chinese dah pergi sini, but I realize chinese suka pergi Bangkok. Aku dapat tips ke Bangkok ni sume dari diorang.

Aku balik kerja awal, ambik time-off sbb flight pkul 7.25pm. Tak ambik cuti sbb nak jimat cuti hehe. Aku betolak dari Pusat Bandar Damansara pukul 3.30pm. Ada patut pukul 3.00pm tu bos aku cantik aje bagi campaign slides 30 pages, suruh aku review! Dalam hati pukul 2.30 td nape tak bagi. Dahla time tu die dekat airport, ade business trip. Tengah tunggu flight sempat lagi email aku, waaaaaaaaa!!!. Berangin je aku ni. Takkan nak tinggal je kan. Nasib baik aku ni expert sikit 3.20pm siap review, scan, forward pada department yang berkenaan tu dah dgn pantasnya aku belah! Sampai LCCT cun2 5.30pm, solat Asar, pukul 6.20, dah lepas immigration bagai, dengan suci hati nyer aku da ready tunggu depan gate. Tiba2 aku dengar annoucement flight aku delay....oh mengapakah....

Flight aku delay pkul 8.30pm sbb cuaca buruk. Bukan flight aku je delay, banyak lagi flight2 lain ke Bali, Medan, Jakarta semua delay sbb hujan lebat sangat kat KL. Okla, pkul 7.30pm aku pergi solat jamak Maghrib ngan Isyak. Lepas solat dalam pkul 8 ingat nak gi toilet tiba-tiba aku dengar announcement flight aku dah nak boarding, tadi cakap 8.30pm, aku ngan adik aku tu terus berlari pergi beratur. Air Asia ni bukan boleh percaya pung, ikut suka hati die jer. Apapun jadik mereka akan tetap betul. Tau dah. Tunggu punya tungu 8.30pm baru boarding. Sakit kaki I berdiri, and aku tahan kencing huhuhu.Hampeh tul Air Asia nih. Flight berlepas pukul 8.45pm.... "Oh Air Asia So Now Everyone Can Fly...." (T____T)!!! Flight ke Bangkok ambik masa 2 jam sampai Bangkok 9.45pm, waktu Malaysia 10.45pm sebab Bangkok awal 1 jam. Opps, dalam flight kena isi form mcm pergi Indonesia, jadi sediakan passport number dan pen. Dalam flight aku dah order food, tp tak dapat, sbb adik aku order last minute, dat was around 3-4 days before bertolak. Bila aku tunjuk itinerary, (itinerary kena print walaupun ada boarding pass, sometimes system diorang tak update changes kita buat last minute, aku dah 2 kali kena)  baru stewardess tu sibuk check, aku order spaghetti, takde, dia bagi sate ayam, sbb yang lain sume dah habis....aku cakap bungkus jela...Again (T____T)!!! Sate ayam tak sedap.

Sampai2 je kat Don Mueang International Aiport (airport lama) aku ngan adik ni blur2 lah, sbb first time sampai tempat baru. Kalau naik MAS flight landing kat Sukhumvit International Airport- airport baru. Jalan2 ikut exit airport, aku nampak taxi booth dalam airport tu so aku pegi tanya berapa kos pergi ke Lemontea Hotel area Petchburi Road, dia cakap 700THB atau RM70. Means RM30 sorang? Macam nak cekik kami ni je. Aku rasa die main sebut jer. Terkezut aku, sbb kawan aku sewa van dalam RM100 lebih je. Aku dah google. jarak ke sana dalam 20 minit je.Takkan la, sewa taxi sampai  RM70. Tak jadi, jalan ke luar airport ada ramai sangat orang beratur kat taxi stand. Aku cakap kat adik aku, ambik jela yang ni. Kitaorang queue lama jugak, mat saleh pun ramai yang queue. After awhile kitaorang dapat jugak ambik taxi, sampai hotel kitaorang bayar THB 200. Maksudnyer RM20 sahaje or RM10 sorang. Senyum la aku (^___^) Sampai hotel je, mandi terus tidur, haha tired sangat.





Good Morning Bangkok. Hehehe, First day ke Bangkok pergi mana ye.... Aku ngan my sis tinggal dekat sini, Lemontea Hotel, mula2 sampai malam tadi, cepat je urusan check in. Bila we all sampai die bagi welcoming drinks ice lemon tea, sempena tema hotel ni la. Sedap, nice! Hotel ni baru staff hotel ni cakap, baru 7 bulan beroperasi. Untuk 3 malam, aku bayar dalam RM242 sorang. 3 malam RM485.55. Hotelnyer bersih, bed selesa.  Cuma ruang bilik agak kecik. Kettle pun takde kena mintak. Pastu channel tv, aduhai...sedih mak nak, semua tv thai, yang international channel sukan, pastu berita, and Asia Food Channel???  Whatever la kan, datang jauh ke sini bukan nak nengok tv pun. Aku pilih hotel ni sbb dekat kawasan shopping area, Pratunam Market, Platinum Mall, restoren halal pun banyak kawasan ni. Tapi nak pergi BTS station agak jauh sikit, dalam 10 minit jalan kaki, paling dekat Station BTS Ratchathewi.

Aku dah ambik package pergi Damnoen Saduak, Floating Market, nak ke sini 1 jam dari bandar Bangkok. Penat cari tour guide ni tau, aku email berbelas2 tour agent kat Bangkok ni, cuma 3-4 company je reply. Kalau muslim agent, semua tak layan. Aku siap call lagi,  bila communicate ngan kita dia suh hantar email, bila hantar email tak layan jugak. Ade tu caj mahal melampau, lepas tu ada juga yang aku dah agree nak bayar bila nak buat payment mintak gambar passport la, fotokopi kredit card lah, siap minta 3 no pin credit card. Aku ??? Mana boleh bagi no pin, last sekali cancel ajelah. Kebanyakkannya macam suruh kta ambik private tour guide, mahal gile kot sehari RM300 lebih sorang, malas la mahal sangat kan.

Seminggu sebelum nak pergi Bangkok ni, aku email satu tour agent ni www.bookingtodays.com. Mr. Danny reply sepantas kilat. Dia bagi price half day tour ke floating market ni THB600. Dia akan ambik dekat hotel pkul 6.30am. Aku tanya bayar macam mana, die cakap bayar pada tour guide nanti- senang je. Dia cuma tanya, confirm nak pergi beli, duduk hotel mana. Pagi tu aku tunggu pukul 6.30am (kat Bangkok da cerah, subuh pkul 4.30am) tour guide tu terus pergi kat kitaorang, yela sbb dia nampak macam kitaorang tengah tunggu orang kan. Service die ok! Dekat Bangkok ni mmg banyak tour guide yg kta boleh cari tapi aku nak jimat masa, sbb 2 hari je berjalan ke Bangkok ni (^___^) Dalam van tu kitaorang jumpa satu famili chinese dari Malaysia, dia tegur kitaorang dulu sbb kitaorang ingat diorang chinese dari China hahahaa. Last2 cakap melayu, they all terkezut aku datang Bangkok dua orang je ngan adik aku, dah la due2 perempuan:)



On the way, ke floating market benti kat sini, van nak isi minyak. Sini petrol 1 liter THB 41 (RM4)
Yeay! Da sampai lalalala! Bila sampai sini, kita kena naik bot laju untuk ke floating market. Bot ni kita tak payah bayar sebab dah masuk dalam package, bila kita nak naik boat kecik untuk meronda2 sepanjang floating market tu nanti kita kena bayar THB 150 (RM15). Tapi kalau tak nak naik takpe, ade je yang tak nak naik tapi dah datang kan aku naik je:)


Rumah org kg tepi sungai, dah tepi sungai memey bau air kolam lor


Ya udeh sampai ke pasar terapung nya. Susah nak snap picture, sbb uncle bawa boat tu die speed pakai kuasa kuda kot, air merecik kat kitaoang. Aku tak tau nak snap camno. Camera aku ni bukan water resistence. Hahahaa. Bila dah sampai tu, aku excited nak nengok environment kat sini. Lepas bayar THB 150, aku ngan adik aku naik bot kecik yang muat 8 orang dalam satu bot. One thing dekat market ni, penuh pelancong beb! Macam one kind of market which they created for tourists. Itulah pada pengamatan aku bila berada dekat sini, sbb takde local, yang local pun dr luar Bangkok huhuhu.


Souvenier shop, our first stop
Here, the price mmg up sikit dr tempat lain. Yela tourist je kat sini kan. Kalau kita nak beli, kita boleh suruh orang yang tukang kayuh bot tu ketepi rapat ke kedai yang kita nak beli barang tu. Tapi, kalau tak nak jangan tanya harga, bila you tanya harga means you are ready to buy. Tapi orang Thai tak aggressive mcm orang Vietnam, no worries. Diorang lebih beradap sikit. Dat day, kitaorang tak beli apa pun, aku cuma ambik gambar je. Orang2 dalam boat aku pun takde yang beli barang sangat, auntie yang tukang kayuh tu main stop je kat mana2 kedai, as like dia suruh kita beli jugak.
Ni pun souvenirs
Aku nengok barang2 kat sini souvenirs, baju, beg, blause, benda2 biasa, perhiasan, fruits, banyak choice la, cuma harganya mmg up sikit. Tapi benda2 macam ni mana2 kat Bangkok pun boleh dapat. Aku tanya buah longan 1 kg, sini THB 100 (RM10). 1/2 kg THB50 atau RM5, bila nengok sikit sangat la, tak terasa pun nak beli.




kawan aku kata weekend, floating market ni boleh jem
Dia nampak aku tgh focus, terus die pose...aku bye bye jelah ke die



Banyak jugak kedai2 makan kat sini tapi kaki pendek is everywhere... anggup ke makan kat sini?

Kawan aku cakap kalau wekend, floating market ni lagi padat. Atas air pun boleh jam. Bila aku ngk suasana kat sini..ok..ok, aku percaya. Aku cuma enjoy the view and the moments, cewaaaahhhh. Takde beli apa pun, sbb takde yang berkenan di hati. Lepas habis pusing2 kat atas air, aku jalan2 kat shop lot atas darat ni. Tour guide kitaorang suruh jumpa die pukul 10am. Aku ngk jam baru baru pukul 9 lebih ermmm jalan ajela cuci mata. Aku grab fridge magnet kat sini, comey2 jugak.





Sebenarnya, aku dah rasa lapar and penat, semalam tak cukup rest. Alololo mengadanya....hahaha, tapi rasa lapar sikit je la, aku just makan roti je pagi tadi, nasib baik aku bawa bekal roti dalam bag. Lepas pukul 10, bila sume orang dah berkumpul van bertolak heading ke Royal Thai Handicraft. Kalau beli apa2 kat sini, dapat 10% diskaun. Syok2 aku ambik gambar kat sini, oops bateri habis. Nasib bek ade back up kamera:)


Diorang lukis atas kertas then tampal atas kayu baru ukir. Kadang 3 bulan baru siap, ikut motif...oh sangat telitinyer...kalau aku hari ke-3 terus give up
Cantik lukisan kat belakang tu

Kat bawah ni kawasan dalam galeri... Kat dalam ni, banyak perhiasan rumah, perabot, alatan sembahyang diorang, semuanye di produce kat sini. Harganya boleh tahan. Patung2 pun banyak. Semua di buat dari kayu asli. Dat's y harga pun cantik.




Bahagian kedua dalam galeri, kat sini ada barangan piuter, baju, beg, souvenirs, pashmina pun ado...




Our tour guide tu bagi kitaorang 1 hour nak ronda2 kat sini, pukul 12 baru balik bertolak ke Bangkok, takde apa sangat nak cuci mata kat sini, last2 tunggu orang  sampai tertidur g dekat kerusi depan  kat entrance huhuhuhu. Pukul 12 tu hujan rintik2 dekat kawasan ni. Sepanjang perjalanan ke Bangkok, van kami tu lalu kawasan kampung kat sini, bolehlah kalau nak nengok pemandangan kat sini. Aku perasan, kalau dalam kawasan kampung, sign board sume dalam bahasa Thai, cuma kat bandar aje, ade tulisan rumi. Tapi kawasan kampung dia, rasa mcm kampung kat Kelantan, hihi. Kalau aku pergi trip mana2, aku suka nengok both side, town and countryside. So kita boleh ngk dua2.




Abang driver van tu, fuh...bawa van macam nak masuk grand prix jer,  laju gile. Bila nampak flying over ni, maksudnya kita udeh masuk ke bandar semula. Aku tertidor dalam van tadi, ngk2 dah nak masuk bandar balik.



Gajah, simbolik pada Thai
Aku rasa ni bangunan kerajaan
Ini grand palace, RM 50 fees utk masuk sini. Tour guide ade stop kat sini, dia tanya sapa nak turun, boleh turun. Aku tak pergi pastu bila balik kl nyesal. Padan muka aku.



Van tu stop kitaorang dekat hotel. Balik hotel je, terus solat dan makan maggie akibat kelaparan, hehe. Dalam pkul 3.00pm, aku berjalan kaki ke Station BTS Ratchathewi, nak pergi MBK, nak cari restoren halal Yana Restuarant. Aku tanya pekerja hotel tu direction nak ke station BTS tu. Tak susah pun cari, tapi mak ai jalan kaki 10 minit jugak la. 


Raja Siam, gambanya ada dimana2
Aku terkezut mula2 ngk kedai ni, rupanya kedai Pharmacy je. Bukan tempat jual drug...
Station BTS Ratchathewi
Senang aje nak beli tiket, pegi kaunter tukar duit syiling, tekan kita punya tiket price ikut stesen yang kita nak pergi, dah....
MRT Thai ni cepat tau, efficient!
Kawasan dalam train ni luas, very spacious. Abaikan orang Thai kat sebelah tu. Dalam train kalau terjumpa sami, orang Thai aku bagi tempat duduk.
Tukar train dekat SIAM station then stop dekat National Stadium-Dah sampai, terasa macam dekat Times Square
Yana Restaurant terletak kat level 5, MBK Mall. Restaurant ni pun dekat dgn lift, just turn left. Tak susah cari. Ramai juga orang makan kat sini.




Dah ade kat Bangkok an, mesti order tomyam. So, aritu aku order tomyam seafood, kerabu mangga, shrimp deep fried ngan 2 ice lemon tea yang rasanya sangat authentic. Total dalam RM70 plus2, tak ingat bape tapi tak sampai RM75. Tomyamnye ade santan, aku kurang gemar. Ingredients dalam tomyam tu best, ada udang, ketam, sotong and isi ikan. Memang seafood sungguh la. Kerabu mangga tu pun marvelous, shrimp tu best, cuma tak habis sbb kenyang sangat.
 
Lepas makan jalan2 kat area ni. Kuar je Mall ade show kat bawah tu artis mana tah perform tapi fan dia ramai woooo, aku pun mencelah2 kononnya fan die jugak la. Ngk dekat2 not bad jugak mamat tu, lagu dia pun best.







Aku jalan2 ke Siam Discovery. Kat sini ada Madame Tussauds. Entrance Fees RM70. Aku dok  masuk pung. Ambik gambar kat luar je. Kat luar Madame Tusaauds tu ada satu patung Tom Cruise, haaa...itu jelah yang jadi modalnya hahaha. Jadilah....

Lepas tu aku jalan2 area Siam Tower, dekat sini Siam Center, Siam Paragon semuanya sebelah menyebelah dan bersambung. Jadi senang je nak pergi. Cuma kaki je larat ke tak...











Tak sedar aku jalan sampai malam...waduh2.



Kawasan Pratunam, area hotel yang aku tinggal. Banyak hotel2 comel kat tepi jalan2 ni. Spa, tempat massage pun banyak. Kalau massage kat sini, jangan lupa bagi tips:) THB 50 tak main, THB100 (RM10) biasanya harga tips.






Lepas balik hotel, solat and  rehat jap, aku keluar balik hehe. Pergi pasar malam dekat kawasan Pratunam ni. Memang best, banyak benda yang boleh dibeli, berkenan ke tidak je isunya. Aku dapat beg hehehe. Aku beli souvenirs beg kecik untuk org opis, murah je tapi comey.






Dekat pkul 9 lebih, baru aku balik hotel. Letih, plus sakit kaki. Balik rehat. Pack jugak, harini, what a  long day. Tapi ok, puas hati.  Esok nak berjalan lagi:)

~Tata

Fast lane to: Hello Bangkok! ~Second day

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...