Thursday 2 January 2014

Hello Bangkok! ~Second day

Good Morning Bangkok : ) It's a second day ! Hari ke -2 nak pergi jalan2 dekat Wat Arun, the Temple of Dawn one of the landmark for Thailand. Terletak dekat bahagian barat Sungai Chao Phraya. Wat Arun, a royal temple di bina pada first half kurun ke 19 bagi generasi ke-2 dinasti Chakkri. Wat Arun juga simbol kepada kelahiran Rattanakosin selepas kerajaan Ayutthaya jatuh. Orang Thai anggap ukiran pada bangunan Wat Arun ni antara yang terhebat dekat Asia Tenggara. Ok, nak pergi sini boleh naik taxi ikut jalan darat, sudah semestinya kosnyer amat mahal gitu. Den pergi naik BTS ajo ha, murah and adventures.



Pratunam area
Naik BTS kat sini, 10 min jalan kaki dari Lemontea hotel
Naik BTS dekat stesen  Ratchadewi pastu tukar train dekat Siam station turun dekat stesen Saphan Taksin. Sama macam nak pergi Asiatique tapi Asiatique ada free charter boat. Dekat sini ada stesen Central Pier. Banyak bot/feri yang boleh kita ambik kalau nak ke Wat Arun. Kalau naik bot laju THB100 (RM10), kalau naik feri (RM1.50). Kalau yang bot laju tu, mmg laju sungguh 10 minit dah sampai, maknanya boat tu pergi direct kat tempat yang kita nak pergi tu. Kalau naik feri, lambat sikit sebab feri akan berhenti kat every stesen. Ada konduktor yang akan kutip tambang dalam feri, cute je hehe.

Waktu pergi haritu aku tak tau ada feri, aku ingat semua bot laju hahaha. Aku bayar la THB100 untuk terus ke Wat Arun. Dalam bot tu baru aku perasan ada feri ropernya. Kat sini bot pakai sistem bendera. Kalau nak naik feri yang berenti2 tu kena cari feri yang ada bendera oren-chao phrya ferry. Baru aku teringat aku ada baca dekat tripadvisor website. Nak wat camno ha den dah bayor. Biasolar try and error kan, tompet orang pulak tu. 

Ambik feri kat sini, Sathon Pier
Let's forget about dat. View dekat Sungai Chao Phraya ni is so magnificent! Cantik you. New experience bila kita cruise dalam kawasan bandar, yang kat tepinya ada bangunan2 tinggi. It's a worth it trip! Teringat zaman sekolah dulu time belajar Geografi sungai Chao Phraya menjadi sumber air penduduk kat sini. Sekarang, Allah bagi rezeki boleh datang dan nengok sendiri kat sini, Alhamdulillah.

Udeh sampai, orang cakap view waktu malam lagi cantik, tapi Wat Arun ni buka dari pkul 8.30 sampai pkul 7.00pm jer. Kalau kita ambik package cruise dinner tu mmg akan lalu kawasan ni bolehla nengok  view waktu malam. Cruise tu macam-macam harga ada, biasa dalam RM100 ke atas. Aku sampai kat sini dalam pukul 10 lebih, panas terik you. Mmg best jalan2 kat sini tapi panas, make sure keluar awal ye. 
Kawasan depan, Wat Arun

Entrance Fee, THB 50 atau lebih kurang RM 5
Jalan2 kat sini mmg ok, tapi hati2 sbb bangunan mencuram ke bawah. Bentuk bangunan kan macam segitiga. Anak2 tangga kecik2 je, ruang untuk jalan sempit jadi kita tak sedar  kalau kat tepi kita ada anak tangga yang menurun, haaaa hati2 aku hampir tak nampak. Nasib baik tak jatuh tergolek. Sorang tourist cakap ngan aku "the place are very narrow, be careful" Kat sini takde sign apa2 watch out your step ke apa.



Boleh nampak Grand Palace



 Wat Arun ni jenis bangunan yang meruncing ke atas. Anak tangga kecik2 sangat. Takde la aku nak naik sampai atas. Tapi the good thing lagi tinggi kta panjat lagi luas pemandangan kita boleh nengok. Bangunan yang dibina mengikut ancient Khmer style. Kalau nak masuk ke sini kena pakai pakaian sopan, pastu kat dalam ni tak boleh merokok atau buang sampah merata rata.Gitulah rules nyer, dah pergi tempat orang kan follow aje lah.



 
Di Wat Arun ni mmg penuh dengan tourist you. Kita akan terserempak dengan banyak gerombolan tourist yang follow tour guide. Kat  depan ni banyak jual souvenirs, drinks and kalau kita nak meralam baju traditional Thai pun boleh. Tak silap aritu THB150 (RM15) je. Pastu boleh la posing2 amek gambar.  




Ni pun aku rasa temple, takde tour guide hehe teka jela
Jalan2 kat Wat Arun ni sekejap jer, dalam 1 hour . Kawasan dia tak besar sangat, tak macam Grand Palace yang aku dengar sampai setengah hari pun tak habis pusing lagi. Time dah tengah hari kan, cuaca makin panas kat sini. Aku pun terus balik la. Gambar pun dah banyak ambik. Kononya nak balik tak mau naik bot laju la, nak naik yang murah aje. Tapi aku tersilap lagi hahaha aku naik satu feri ni ingat kan feri chao phraya yang berenti2 kat every station tu. Ropenyer feri ni pergi Wat Pho yang patung buddha tidoq tu la...Aiya, patutla tambang 30 sen ajo. My sis aku tanya kat pompuan jaga tiket tu dia kata "ferry go to BTS". BTS la sangat.
Feri yang aku salah naik, LOL!
Maka tersadailah aku di stesen ni dekat dengan 20 minit. My sis cakap sini bot/feri pakai flag color. Time ni lah aku baru teringat, kena cari flag kaler oren. Huhuhuhu (T_____T) Tak kisahlahkan, biasalah kalau gi sendiri travel ni, if sesat tu tak boleh nk elak. After 20 minit baru lah ferri tu sampai, ada konduktor kutip tambang. Rupanya, ramai juga orang Thai pergi kerje, budak2 sekolah yang guna feri ni hari2. View dari dalam feri :)

Feri akan stop dekat every station. So kena make sure kita turun dekat Central Pier, tempat kita naik tadi. Kalau salah turun mahu haru lagi. Aku tanya je orang dalam feri tu, aku sebut je "stesen BTS?" orang Thai tu geleng, 2 more station, very friendly. Bila dah sampai central pier dia cakap "here BTS".
Finally dapat juge naik BTS :)
Maybe sebab kat Bangkok ni cuaca sangat panas so, kita jadi cepat letih. Time ni mmg dah hungry and tired. Minum air pun aku kurangkan, sbb takut pergi toilet. Taula sini toilet takde air. Lagilah letih. Berhenti kat Stesen Ratchadewi, nak cari Restoren Mak Yah. Baca kat blog2, restoren tu dekat masjid, cari punya cari masjid pun tak jumpa, restoren mmg tak jumpa lah. Tanya guard la tanya orang sana sini, tak jumpe jugak. Tak apalah, balik jalan kaki ke kawasan pratunam night market tu cari restoren halal kat situ. Malam semalam waktu jalan2 kat pasar malam aku ternampak restoren tu. Restoren Papa Mama.

Berjalan kaki dari BTS tu ke kawasan Pratunam ni, mak ai, penat nyer. Udahla panas terik. Kat kawasan pratunam ni banyak juga restoren Pakistan and India, tapi Restoren Papa Mama ni menyediakan makanan Thai Muslim la. Masuk je restoren ni, fuh kena air cond, sejuk sikit. Terus order jus mangga, my sis order jus tembikai, tomyam seafood dengan kangkung goreng belacan. Tak ingat harga dia bapa tapi murah dari Yana Restaurant.
Lepas makan balik hotel, solat and rehat sekejap
Di sebabkan letih sangat, tertidur kejap
Jalan-jalan sesi petang pun bermula hehe. Mula2 pergi ke Pratunam Market, kat sebelah hotel Amaris Watergate. Kat situ tak beli apa pun, takde yang menarik sangat. Terus aje ke Pantip Plaza, sini banyak jual gadget, handphone, pendrive, ipad sume la, macam low yat. Tapi harga kat sini tak murah sangat, standard aje.
Pantip Plaza, mcm Low Yat


Platinum Mall, mmg kena pergi sini. Besar sangat tempat shopping ni sampai ada 3 bangunan! Kasut, blause, beg, skirt sume comey! Beli aje. Tapi blouse banyak saiz comey heheh. One thing sini tak boleh cuba, jadi kita pandai2 imagine jelah ok ke tak. Lepas pergi Platinum ni (tak habis round pun tapi sebab nak ngk jugak tempat lain kan), aku masuk ada satu Mall kat depan Platinum tu, tak sempat ambik picture tak ingat nama mall tu. Tapi one thing kat sini banyakkkkkkkkk sangat mall yang best2, sbb harga sangat reasonable. Yang tak bestnya, aku datang pun dah petang kedai banyak dah nak tutup, pkul 6 diorang tutup.

Tapi walaupun banyak mall tutup awal, pasar malam kat sini pun best. Aku ada masuk satu lorong tu fuhh crowded with people, tapi barang kat situ pun cute2 jugak. Shopping jelah banyak mana yang mampu.
Baiyoke Sky

Tak silap haritu, berjalan sampai pukul 9 lebih. Esok flight balik KL pkul 1.25pm, jadi pukul 10.30am dah kena siap2 pergi airport. Tau dah pagi tu tak boleh pergi mana la. 2 hari kat Bangkok best, tapi banyak tempat yang tak dapat pergi, Asiatique tak pergi, Grand Palace tak pergi, Terminal 21 tak pergi paling penting chatuchak market tu tak pergi! Nak buek camno, flight balik hari Sabtu. Market tu weekend. Tapi ok lah, banyak juge tempat aku pergi. Sampai sakit kaki banyak jalan.

Aku ingat nak pergi lagi Bangkok. Tapi one thing tak best Bangkok ni banyak rally. Haritu aku balik hari Sabtu cantik je hari Ahad tu ada rally besar-besaran bawah station BTS Siam! Gile lah. Nasib baik aku dah sampai Malaysia. Pastu bila government kucar kacir, polis ambik kesempatan, aku ada baca polis suka2 hati tahan tourist dekat airport terus tuduh mencuri, pastu nak bebas kena bayar RM30 ribu la, RM70 ribu lah. Orang Malaysia pun kena. Bahaya tul. Haritu aku ada juga beli beg kat Naraya airport tu nasib baik takde apa-apa. 

Sebelum keluar travel kena banyak baca doa, ayat kursi dengan ayat seribu dinar, Insya Allah.

~Tata

Fast lane to : Hello Bangkok ! ~ First Day

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...