Tuesday 16 December 2014

Jakarta-Bandung 2014

Ye kok nya aku ke Jakarta juge ke Bandung lagi ya. Udah 2 tahun berturutan gitew...Tahun sudah ngikutinya org tahun ini jalan sendiri. Lagi bagus sebenarnya urus sendiri ikut org mahal banget. Aku kira2 semula cost tahun lepas compare ngan tahun ni...aku rasa mcm mahal gile. Bayangkan tahun lepas trip to Jakarta-Bandung 4 hari 3 malam, hotel kat bandung Rumah Teras (Guest house, xdo star), kat Jakarta Hotel Kalisma (2 or 1 star tak pasti yang pasti bukan 3 star) + transport (tak termasuk tips dengan makan) = RM 500 plus+++ and tahun ni trip 6 hari 5 malam hotel kat Bandung, The Majesty (4 star), kat Jakarta, Novotel Hotel (4 star) plus makan, tips, transport sume cuma RM 700 je. Ko rasa? Tak apalah, sbb tahun lepas aku main follow je orang. So tak tau mahal ke murah but bila arrange sendiri baru tahu range rate sebenar.  Kali ni trip dengan famili. Time ni pun flight landed Jakarta dulu pastu baru gi Bandung, dapat tiket RM91 je promotion punya.

Haritu flight dalam 1.35pm ada delay sikit, jadi sampai Jakarta lepas siap urusan immigration ambik luggage sume, settled dalam pkul 4.30pm. As usual pak supirnya sudah ada menunggu di Soekarno-Hatta, International Airport ya gitu. Kali ni tak pakai pak supir tahun lepas, kerna yang dulu itu service ok tapi mcm banyak hidden charges. Macam duit utk transport kami udah bayar in advance (fully paid) kt KL tapi smp Bandung dia tanya lagi kat kita, another occasion dekat Jakarta masa nak drop kami balik ke airport last year, (pak supir lain tapi company sama) mintak duit tol. Patutnya duit transport yang kami bayar tu dah termasuk, minyak, parking , tol dgn duit makan pak supir. Jadi bila die mintak duit lain kan kita rasa mcm tak best la walaupun dia mintak sikit je. For this time kami deal dgn company Hayukka, cari je fb die. Service ok, reliable. Takde mintak duit extra2 dgn kita. Hayukka ni femes juga among Malaysian, dgr kumpulan Bunkface pun pakai service diorang waktu kat Bandung. Nama supir kami ni Achong. Dia ni ada juga buat private tour. Dia ok je.

Haritu sampai je Jakarta terus ke Bandung, then singgah makan dekat R&R highway (tempat makan tahun lepas huhu), tapi sebenarnya kita boleh request dgn pak supir nak drop makan kat mana2 je. Normally, diorang ok. Sampai Bandung dah malam dalam pkul 8 lebih check in kat The Majesty Hotel, kawasan Pasteur.  Hotel ok tapi agak jauh dari kawasan shopping. Untuk 3 bilik, hotel ni mintak deposit Rp 500k cash ko. No credit card, ceh! Pastu hotel ni kelakar, receptionist die tak boleh tolong kita nak call luar, mcm nak call teksi ke, supir ke. Apada.  Tapi time kami datang tu ada welcome drinks, yg ni aku suka. Overal service ok je, staff mesra, bilik pun selesa, kami book 3 bilik utk 7 orang; total RM 1,228 mcm tu lah divide by 7 people jadi sorang bayar RM 176 je for 3 nites, murah dah tu.

Second Day- Esok tu pagi2 lepas breakfast, terus kami pergi ke Kawah Putih. Heee...aku dah gi last year, tapi dis time around, kakak2 aku, my niece dgn papa belum pergi lagi. Tapi utk ke Kawah Putih ni, pak supir mintak Rp50ribu, sbb kira luar kawasan. Dalam fb Hayukka pun ada mention pasal payment ni. Mula2 aku terkezut hehe. Achong bilang, "kak, saya enggak nipu dong, bisa check di fb kami". Yelah aku percaya lah! Pagi tadi, si Achong tu datang lambat dekat sejam kami tunggu, bila msg hayukka, cepat je diorang respond, they did apologize. Adoi! Time kami sampai kat Kawah Putih ni panas bangat dong. Tak tahan duk lama2. Tadi kat bawah, Achong tu offer nak bawak kami sampai ke atas kawah putih ni tapi kakak aku tak mau dia nak naik ontang anting tu, nak adventure la kununnya. Tak silap aku satu kereta naik Rp150 ribu, tapi kalau naik ontang2 ke atas tu tak silap aku aritu Rp40ribu seorang.
kawasan perjalan kaki




"Aku datang lagi..." sila abaikan orang kat belakang tu lama aku tunggu nak ambik gambo die tak blah2 pun, snap ajolah
Tak lama kat atas ni sbb panas sangat. Tahun lepas aku pergi sejuk. Ikut time agaknya. Turun je bawah, kakak2 aku duk serbu la kedai yang jual strawberry, blueberry, jelly, jem, candy, dodol strawberry semuanya pakat memborong! Aku nengok ajelah dan kadang2 memberi comments bila perlu hahahaha. Lepas aje aktivity sightseeing and memborong di Kawah Putih ni kami bergerak pulak ke ladang teh. Kawasan die turun sikit dr Kawah Putih ni aje. Dalam kawasan ciwidey juge. Tempat ni cantik you, mmg sesuai untuk bergambo gambo. Aku duk cari kilang teh nya dok jumpe pulok. Maybe masuk dalam lagi kot.  Kat sini pun tak lama drop ambik picture je, sini pun ada orang jual strawberry fresh2, kakak aku beli lagi...




pose die ye lepas beli strawberry 2 plastik besor, yg kanan tu yg kiri tu tauke
Perjalanan diteruskan lagi ke Kebun strawberry. Wah kakak2 ku kok nya teruja bangat. Sini masuk free then boleh makan waktu kita petik tu, takde limit dong tapi if dah petik kena bayar ya. Hmm, makanya semuanya menunjuk skill memetik.
ini semua kebun strawberry ye adik2


Menang strawberry....!!!
Semua pakat kutip, pastu letak kat depan kakak tu, tauke yang seluk poket hehe
Lepas berkebun-kebun di kebun strawberry then drop lunch kat sini. Kalau datang ke Kawah Putih dgn Hayukka mmg akan makan kat sini. Food kat sini ok, sedap. Paling femes ayam brengset. Nama brengset tu sbb ayam ni pedas bangat. Lepas rasa mmg pedas, ayam tu mmg brengset! Haritu order, ayam brengset, ikan masak sambal, kangkung goreng belacan, dgn tauhu&tempe.




Itu la ayam brengset
Lepas lunch pergi memborong kain dekat rumah kain. Picture tak sempat ambik. Then pegi shopping kat cidabuyut. Kalau yang tak tahu cidabuyut tu shopping mall penuh dgn baju2, kasut dan handbag. Mmg tempat shopping sakan. Banyak jugak aku grab kasut dgn bag. Kakak2 aku tu tak payah cakap, sbb diorang lah kami lambat, sampai ke malam bershopping hehe. Kat sana murah gile. Design pun cantik!

Third Day
Ok hari ke-2 pergi ke Tengkuban Perahu. A must go place if menjejak kaki ke bandung. Fee masuk kat sini Rp70 ribu seorang. Tahun lepas tak boleh pergi ke sini sbb tutup, asap sulphuric keluar. Tahun ni ok boleh pergi. Kawasan dia cantik sangat. Boleh juga kalau nak turun ke bawah main dgn mud. Tapi aku tak pasti kat bahagian mana. Kalau tak biasa nak gi sini boleh cari supir public transport pun ada, tapi bahaya sbb banyak penipu kat sini, tempat paling bahaya Domas Cartier dekat entrance Tengkuban Perahu ni. Aku baca kat tripadvisor, ramai mat saleh kena tipu sampai beratus ringgit2 kat situ, even pak supir kami pun cakap situ tempat penipu. Safe side cari jelah supir utk ke sini.


 






Kat sini orang local suka follow kita, dia akan offer naik kuda diorang ( yang ni kena bayar), pastu offer ambik gambar kita tapi sebenarnya diorang nak jual key chain, fridge magnet batu gunung berapi tu, macam2 lagi diorang jual. Aku tanya shawl bulu tu bape die kata satu Rp100 ribu, aku tak mau, pastu dia follow lagi die nak bagi Rp50ribu, aku tak mau juge, then die offer Rp50 ribu utk 2, aku beli jela, haha.






Lepas ke Tengkuban Perahu, kami ke Pasar Baru kat sini mmg menyerang kedai for shopping lagi. Macam2 beli, tshirt, kain batik, telekong, baju, kasut beg, mcm2 lagi. Paling penting kami drop beli pisang salai dan mcm2 jajan lagi. Lepas tu makan dekat Restoren Belacan. Gambar tak sempat nak snap. Makanan kat Restoren Belacan tu sedap juga tapi portion kecik. Emmm, pas makan shopping lagi dekat Toko 3. Sini tempat jeans.


Ni la tempat makan malam, hmmm tak ingat nama restoren ni. Kat sini order roti canai ko tau die bagi apa, lempeng, LOL!. Pastu order teh ais, hmmmmm tak rasa teh langsung. Aduhai....sian famili aku. Nasihat aku kalau gi tempat orang jangan la expect makanan tu sama ngan tempat kita haha. 

Fourth Day
Fourth Day, kami ke Jakarta semula. Yang aku tau kebanyakkan supir Bandung tak tau jalan di Jakarta. Jadi diorang memang  jarang ambik tour kat sini. Setakat pick up and drop kat aiport je diorang boleh. Hayukka ni dia bagi supir lain untuk bawa kami ke Jakarta. Pak Supir ni pernah duduk di Jakarta dulu. Dia pun bilang supir lain enggak mahu ke Jakarta. Macam kalau kita, kat KL tu kalau tak biasa kan boleh sesat. Firstly bila sampai kat Jakarta drop kat Tugu Monas dulu. Sebanarnya kita boleh masuk and naik ke atas Tugu Monas tu, tapi time kami datang tu, Indonesia tengah sibuk berkempen utk pilihanraya, jadinya kami jalan kat area bawah tu jelah.






Ramai orang berniaga kat kawasan ni. Murah2 juga barang yang di jual. Aku sempat beli t-shirt dengan beg kecik utk coins, murah tapi aku dengar food kat sini mahal. Pak Supir tulah die cakap goblok sbb dia makan bakso mahal hahaha. Jalan2 kat sini tak lama, kitaorang pergi makan pastu terus check in kat hotel Novotel Gajah Mada. Tell me what, Pak Supir kami tu pun hampir sesat cari hotel ni. Aku nengok dia stop berhenti tanya orang. Tapi finally jumpa juga la. Jakarta ni memang jam je, tu yang susah tu kalau sesat. Ko nak u-turn semula memang masak. Nasib baik pak supir ni ok, dia bukan sesat dia mcm tak pasti jalan je. Macam ingat tak ingat jalannya. Adoi!


Rate hotel ok, boleh la affordable dalam RM420 untuk 2 malam. Aku book 3 bilik. Famili aku happy dengan hotel ni, hotel baru memang selesa. Haritu just rest kat bilik then malam keluar makan kat pizza depan hotel, depan ni ada mall, Favehotel, Jakarta, location is just perfect, cuma kawasan ni selalu jam.


Untuk jalan2 di Jakarta kami memang ambik supir Jakarta sendiri. Puas juga cari. Tanya orang sana sini, ada orang suruh contact agent kat KL, tapi rate die bagi mahal Rp900 ribu sehari. Aku google2 then jumpa Ravi Car Rental-ravi.rentcar@gmail.com, deal dengan Ibu Nina, die bagi rate 12 jam Rp750 ribu all inclusive (termasuk petrol,parkir,tol,dan makan supir), hari last sbb our flight pkul 4 lebih dia drop kat aiport dalam pukul 2 dia bagi discount jadi Rp600 ribu. Ok lah tu. Kami pakai Nissan Grand Max, ok je tapi bila nak gi airport emmm sempit sikit sbb kami banyak luggage. Tapi oklahhhhh, sbb sekejap je.

Fifth Day- Pagi2 lepas breakfast kami ke sini Taman Mini Indonesia. Kalau kat Malaysia  sini mcm Taman Mini Malaysia kat Melaka, Rumah Budaya di Sarawak atau Mari2 Culturul House dekat Sabah. Kat sini banyak rumah2 local yang berada di sekitar Indonesia. Kawasan ni memang besar gile. Plus haritu pulak public holiday hari Ahad, memang ramai gile orang and then jam, mcm tak best sikit la haritu, aku pun tak pusing semua, pegi yang dekat2 je.  Kawasan dia luas gile, memang sakit kaki la kalau nak jalan.  Ha kat sini ada kete cable boleh la siapa nak cuba. Ops lupa entrence fee sini murah je dalam Rp10 ribu . Bila kita nak keluar dari Taman Mini ni dia mintak ticket masuk, jadi simpan elok ticket jangan buang.












Lepas jalan-jalan kat sini, kami pergi Mangga Dua, Tanah Abang, then pergi Mangga Dua for shopping. Memang best la shopping kat situ. Kat Tanah Abang tu baju kahwin memang superb. Tapi untuk kain ela aku rasa dekat Bandung lagi cantik dan banyak choices. Lepas makan terus balik hotel.

Sixth Day
Emmm hari last kat Jakarta, Indonesia. Lepas breakfast harini kami pergi melawat Masjid Istiqal, masjid yang terbesar kat Jakarta, boleh muat 100 ribu orang ko ha..


 







Kat depan masjid ni ada church.
Then kami terus ke aiport....


Tempat feveret melepak kat airport Jakarta
Habis la trip kami ni, ok la overall puas hati. Alhamdulillah, semua ok sightseeing, shopping semua ok. Time balik tu flight kami tu delay, dekat half an hour jugakla. Takpalah asalkan selamat.

Tata :)











No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...