Sunday, 25 August 2013

A day in Rantau Panjang, Kelate


Cuti Tahun Baru Cina yang panjang membolehkan aku bercuti-cuti Malaysia. Biasa la Malaysian ni memang pantang kalau public holiday tu jatuh on weekday and apatah lagi kalau bersambung pulak dengan weekend. Wah kira bonus lah tu...hehe. Since ayahanda asal Kelantan, and jarang-jarang balik so Kelantan la destinasi cuti-cuti Malaysia nyer.

Kelantan negeri yang klasik gitu. Walaupun zaman dah maju, and rakyat Kelantan sendiri dah urban tapi ciri-ciri "classical" tu tetap ada pada rakyat Kelantan, very nice! But yang tak nice nyer jalan ke Kota Bharu. Fuh! Kuala Lipis - Merapoh - Gua Musang - Kuala Krai - Bachok + Jalan Jem = 6-8 jam, sangatlah diri ini tension dalam kereta. Tidur bangun balik, sembang2, makan, tidur balik, bangun semula, tidur balik, makan, makan, tidur itulah kejenye kalau dalam kete. Jauh sangat.

Anyway, aku sempat lah snap sedikit picture semasa pegi ke Rantau Panjang aritu. Di sebabkan cuti Tahun Baru Cina panjang, ramai yang balik kampung masing2 and jalan ke Rantau Panjang yang jaraknya cuma 1 hour je dari Kota Bharu jadi jem sangat2. Stuck dalam 2 jam. Gambar ni pun lama punya tahun 2011 hehe. Ambo baru blogging.


On the way gitu lah kito...
Comey pemandangan sini, sawah padi jugok
Gerai jual nenas, sekali dgn air gas...jarang jumpa kt Ke El
Di sebabkan jalan nak masuk ke pekan dah mula jem, aku pun snap la gamba adik ni ngan nenek die, adik tu perasan pastu malu2...nasib baik die malu2, kalau die datang hempuk aku guane nak lari kete berderet kat depan tu...haha
Kerusi ini menyambut anda, buka utk di duduk di sini tp utk di beli
Rantau Panjang bersempadan dengan Thailand dan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas dekat dengan Sungai Golok, Thailand. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia macam ni mmg pemandangan biasa dekat sini untuk mengelak penyeludupan dadah, beras, gula, manusia and macam2 kegiatan haram lagi lah.
Ini pun, one of the focus point here ~ Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang atau lebih femes dgn nama Masjid Beijing or Masjid China. Sekali pandang mula2 ingatkan temple, bila nengok2 semula rupanya masjid. Aku je yang dok tahu.
Sampai jugok ambo
Rantau Panjang ni kawasan zon bebas cukai atau duty free. Walaupun, asal Kelantan ini lah kali pertama aku menjejakkan kaki kat Rantau Panjang ni. Dengar cerita Rantau Panjang kalau kat utara lebih kurang mcm Padang Besar aja, tapi Padang Besaq pun aku tak pernah pegi, hehe.
Pekan Rantau Panjang
Banyak benda yang kta boleh cari dekat Rantau Panjang ni, bag, kasut, barang utk wedding mcm  bunga telur, hantaran dsbnyalah, kain batik, alatan memasak bla..bla..bla, tapi yang paling femesnye, pinggan magkuk pelbagai jenama, dgn harga yang reasonable sgt. Yelah kawasan bebas cukai kan, seberang pekan Rantau Panjang ni dah sempadan Thailand. Picture yang aku snap ni kat tempat2 yang aku lalu je, sbb kawasan die besar jugak, kedai mmg byk..kalau nak pergi sume, tak larat sbb panas jugak hari tu, orang pulak ramai sbb cuti sekolah...
  

Looks like leather wallet, tapi mix of leather i think...cantik2 juga
Abis la kalau bawak budak
Semua nak beli...da tunjuk tu
Pinggan mangkuk utk di borong, beli lah....
Kalau sampai sini, siap2 la prepare duit cukup2, sbb kalau rasa tak nak beli pun kita akan terbeli jugak, coz choice byk sgt, harga pun reasonable.
Sesi memilih, hmm faham2 jelah pompuan kalau da jmp pinggan mangkuk
Periuk utk catering  atau merewang atau jamuan open house hehe
Salah satu kedai yang menjual Kuali, hahaha Kuali kat sini...nak brand apa, saiz apa, kualiti mcm mana, harga macam mana, sume ade, for sure kita akan terbeli jugak
Toto, comforter sume ade...mcm2 brand, mmg murah2
Kakak aku da dapat da comforter die, 2 sekali!
makan sekejap, aku share nasi kosong ngan tom yam campur wf my sis, my anor sis order tom yam noodles. Maklumlah, dekat2 ngan Thai, mainly menu sume ala Thai tp not bad
Salah satu kedai makan kat sini, penuh orang beb!
Cuaca waktu petang sini panas, yelah position die pun dekat belah utara Kelantan
Muka kakak tu tunggu wit epik tul
Ada jugak di jual T-shirts Thailand, harga ikut jenis kain
 
Gerai yang Gerai yang menjual jajan dan keropok kering. Paling femes kat sini, kacang gajus..kakak aku suka gile, aku biasa2 je, dok suke kacang sangat. Kepuk ok :)
Dah petang balik jelah, duk lama lagi banyak abis duit kat sini, muahahaha. Beli barang banyak, parking kete udahlah jauh. Adoi. See dah petang pun banyak lagi kete yang baru sampai pekan Rantau Panjang ni. Ok lah sini for shopping, tapi kena bargain jugak, bila membeli. Lagi2 kalau beli wholesale, mesti dapat lagi muroh.


:) Tata

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...