Thursday, 22 August 2013

Hari Konvo Sedunia:)

hmmm..apabila perasaan stress itu mendatang, selain solat dan mengaji al-Quran, eloklah kita melihat perkara2 yang boleh menyejukkan jiwa. Aku menyelak la gambar berconvo after zaman berlajar dulu..Semoga sejuk lah hati ini pabila melihat wajah suci sendiri...
Hmmmmm........happy bebenor la time ni tapi, dalam hati ada rasa getar.  Thinking mcm mana akan aku teruskan kehidupan after this.
Bila diigatkan balik, after habis last paper final exam aritu, terus angkut barang balik rumah kat kampung and after cuti 2 hari, Isnin tu terus masuk kerja. Bukan kerja la pelatih dalam kamar atau di panggil Chambering student kat legal firm. Time tu release paper pun tak keluar lagi just apply pakai partial transcript aja. Chambering period 9 bulan, without release paper from University, memang tak boleh file in paper in Court, maksudnya period 9 bulan tu tak boleh di kira lagi. Nasib baik la, after sebulan kerja release paper dah keluar and dat time cepat2 file in paper kat High Court KL supaya title as chambering student tu legal and period 9 bulan tu cepat2 habis. Hahaha....

Cerita nyer 9 bulan tu bukan lah pendek, ia sangat la panjang. Time mula-mula nak serah borang kat staff mahkamah tu, muka moyok je, yelah kena tggu 9 bulan lagi baru nak habis chambering. Sampai uncle tu cakap " sabar la 9 bulan tu tak lama, dulu master awk pun file in paper, now he has chambering pupil already...bla..bla..." Dalam hati memang tengah sabar la ni, sbb memang tak happy pun chambering kat legal firm tu, itu yang nak habis cepat2 tu. Nak tukar firm susah. Procedure itu ini. Aku tak pernah kerja, bila first time kerja kat opis ya Allah, rasa la azabnya. Aku counting days nak habiskan 9 bulan tu. Sbb aku tak suka sangat environment kerja kat situ. Clerks kat situ suka maki-maki. Aku pun kena. Kena pandai jaga diri. Politic player ramai sangat. Nak ikutkan firm aku kerja tu kecik je staff die dalam 7 orang clerk je, tapi mak ai...politik kakak2 tu fuh....Ada geng itu ada yang kena buli. Gossip and mengumpat tu biasa ajala kiranya. Aku duk perhati je perangai masing2. Bos pun pandai main politik, bermuka-muka, duduk lunch dengan staff join gossip bila duduk dgn kami ni budak chambering boleh pulak kutuk staff. Nampak tak permainan dia? Lawyer pun perangai masya Allah. Teruk sangat. Main pass kerja suka suki je. Selfish. Bila kita nampak ada group kat opis, kita buat baik jelah dgn semua, jangan nampak kita favor dgn yang mana, nanti kita pun terjebak. 

Ada seorang kakak tu, aku masuk kerja bulan 12 kan, dia mmg tak nak cakap dgn aku, bulan 6 baru dia mula sembang dengan aku. Fuhhhh...ko rasa mcm mana? Aku pun tak tau, manusia ni hati dia. Ada seorang kakak tu pulak die divorced, tapi dia cakap kat orang die ada husband. Kawan aku tanya kenapa tak pernah cakap pasal husband, dia cakap, "u nak cakap dengan die ke, die ada minum kopi kedai mamak!" Pelik kan. Mcm2 perangai ada kat sana padahal firm kecik je. Ramai yang kuat dengki, sampai aku nengok gambar anak2 diaorang aku pikir, kesian dapat mak mcm kakak2 ni. Mak aku tak macam diorang, mak aku berperangai sangat elok, mcm langit dan bumi. Padahal diorang ni solat 5 kali sehari, siap puasa sunat lagi, tapi Ya Allah perangai! Aku malas nak cerita panjang2.

Entahlah....Aku mmg tak suka opis tu. Patutla first day aku datang interview aku dah rasa ada iron negative kat situ, tapi aku closed eyes jer waktu tu. Aku lapangkan hati setiap hari nak tidur. Aku cakap sabar 9 bulan je, lepas ni jangan datang sini dah.  Last day aku dekat office tu aku ada bagi satu novel islamic pada seorang bos perempuan, aku tulis atas kertas, "Untuk Puan", one day aku call bos tu tanya something sempat aku tanya dia, suka tak novel tu, die terkejut, "u ke yang bagi novel tu, i tak tau". Aku cakap, "ada saya bagi tulis kat kertas". Hmmm tak tahulah kertas tu ke mana. Aku dengar lepas aku blah ada budak law datang interview utk practical tapi die mintak RM1000, kawan aku cakap, the boss tu mentioned "If RM1,000, baik hire Mastura." Sebab chambering time tu kami dapat RM800 je. Kurang ajar kan. Aku dapat kerja bank lepas chambering, office tu tau tapi takde siapa berani datang marketing dengan aku. Dunia mungkin tak adil, tapi Allah itu Maha Adil. 

After end of chambering period and after called to the bar (hearing the application for admission as advocates and solicitor to High Court of Malaya) boleh lah memohon lesen dengan Bar Council untuk mengamalkan undang-undang di Malaysia (tidak termasuk Sabah dan Sarawak). Dan aku dengan gumbiranye meninggalkan legal firm itu, bila dah habis tu lega la sangat2, Tuhan je yang tahu hati aku.  Nak nak lagi bila tau Ethics exam pass, memang happy habis. If tak pass exam tu, kena la ambil sampai pass, member pun ada yang 2 kali ambik, 3, kali 5 kali pun ada. Kalau duduk kat legal firm yang aku chambering tu, haha menangis la diri ini kalau sangkut exam ethics.



Tapi sesiapa nak chambering jangan la takut, tak semua legal firm teruk. Ramai je kawan aku yang stay in practice sbb legal firm ok. Paling penting kena pandai jaga diri. Mungkin aku di beri ujian yang mcm ni dri Allah, untuk aku lebih mengenali manusia. Kta tak boleh mudah percaya pada sesiapa pun, dan kita mmg kena ada stand, knowledge ttg apa yang kta buat. Otherwise, kita mudah jadi mangsa, atau kambing hitam, senang kena bash. Sbb manusia sekarang ni nilai2 murni tu semakin kurang, bukan takde. Waktu student kita mmg duduk kat comfort zone, jumpa dgn orang baik2 je. Tambah lagi duduk dalam UIA. Bila dah kerja tu haaa....baru nampak tiap2 taring manusa. Dont regret about our past experience as it makes us a better person today.

Tata:)

2 comments:

  1. hai nak tanya, if da kena called to the bar di sabah n sarawak, bole practice kat semenanjung ke? atau nak buat chamby di semenanjung lagi? thanksss

    ReplyDelete
  2. Hi, kalu dah called the bar kat sabah n sarawak (means u orang sana la kan) boleh je practice kat semenanjung tapi kena buat application dulu kat bar council. Tak payah chambering atau tambah bulan for chambering dah. Cuma org semenanjung ja susah nak practice kat sana :)

    ReplyDelete

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...