Aku rasa semua orang dah pernah pergi ke Langkawi. Aku...ni lah first time pegi ke sana hahaha. Sbb teringin nak pegi, ajakla member2 pergi. Ini pun kira short trip beb, 3 hari 2 malam je, 2 hari kat Langkawi pastu plan nak singgah Penang time balik ke KL nanti. Pack jugak nampak gayanya trip kali ni. Aku dengan 3 orang lagi member bertolak ke Kedah malam Jumaat, salah seorang member aku ni orang Changlun (Changlun ni pekan yang dekat dengan UUM Sintok tu), jadi malam tu lepas solat Isyak terus kami bertolak menghala ke rumah die dulu. Esok tu hari Jumaat sume orang da ciap2 ambik cuti. Memey intentionally plan tak mau pegi waktu Public Holiday atau cuti sekolah, sbb da tau time ni harga barang2 and hotel mesti melambung tinggi berpuluh-puluh kali ganda punya kalu kat Langkawi tu. Kawan aku yang sorang lagi tu yang bawa kete, dia drive Pesona, tapi faham2 jelah tol, minyak, sume dah siap kira, pakai ting tong saja. Aku nampak memula dia bawa steady je, tp bila dah sampai kat highway tu aku ngk rilek je dia speed haha. Dalam kete, semua orang tak mau tidur. Sembang2 ajelah. Dekat pukui satu pagi berenti minum jap kat R&R.
Anyway, sampai ke rumah kawan aku ni around 3 pagi dan ketibaan kami telah di sambut mesra oleh keluarga die. Rasa segan pun ade hehe. Gedik tul aku ni. Esok tu, bangun pagi terus siap cepat2 nak mulakan trip ke Langkawi. Plan nak ikut Jeti Kuala Perlis. Tapi sebelum betolak, mak kawan aku suh kitaorng minum dlu, kuar dri bilik aku ngk menu yang famili die sediakan...waduh meriah betul, banyak pilihan2 makanan..hmmmmm, segan lah! Baik betul famili die :)
![]() |
Rehat jap, hehe bukan aku yg drive |
Anyway, sampai ke rumah kawan aku ni around 3 pagi dan ketibaan kami telah di sambut mesra oleh keluarga die. Rasa segan pun ade hehe. Gedik tul aku ni. Esok tu, bangun pagi terus siap cepat2 nak mulakan trip ke Langkawi. Plan nak ikut Jeti Kuala Perlis. Tapi sebelum betolak, mak kawan aku suh kitaorng minum dlu, kuar dri bilik aku ngk menu yang famili die sediakan...waduh meriah betul, banyak pilihan2 makanan..hmmmmm, segan lah! Baik betul famili die :)
![]() |
Monik, jemput minum ya... |
Sampai ke Jeti Kuala Perlis, lepas park kete kat situ, terus ke Jeti untuk ambik feri. Jangan risau sbb feri kat sini memang banyak cume kta kena tggu sekejap ikut schedule die. Orang pulak, tak pernah surut, sentiasa ramai kat sini especially time hujung mggu. Remember, Kedah cuti hari Jumaat. Sesetengah kedai tak bukan ari Jumaat. Bila sampai kt jeti, kta akan jumpa bangunan yang mcm kat bawah ni.

Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi ambik masa lebih kurang 1 jam 45 minit, hampir 2 jam. Tapi kalau ambik feri kat Jeti Kuala Kedah lagi jauh, tak silap perjalanan akan ambil masa lebih 2 jam. Tak kisahlah mana2 asal sampai. Tapi nak ikutkan paling senang naik flight aje. MAS, Fire Fly and AIR ASIA ade buat penerbangan ke sini. Dah byk kli aku jumpa flight AIR ASIA ke Langkawi RM50 return dr KL. RM 50 ko... Mmg murah gile, tapi tak bleh book aritu sbb masa tak sesuai. Den naik ferry ajolah. Pulau Langkawi ni kawasan bebas cukai dgn trademark sbg sebagai Permata Kedah gitu. Langkawi kalau diikutkan adalah antara 104 pulau dalam kawasan Lautan Andaman yang jaraknya hampir 30 kilometers dari tanah besar Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Kat bawah ni view waktu dalam feri.
![]() |
Ferry membelah lautan |
![]() |
Kawasan Jetty, da sampai...tada!!! |
Sampai di Pulau Langkawi, kenalah cri transport. Nasib kitaorang ni tak baik sbb dapat kete sewa tak ok, tapi terpaksa guna jugak sbb dah bayar deposit. Deposit tu we all dah bayar kat jeti Kuala Perlis tadi. Menyesal pun ado. Sebenarnya, waktu park kete kawan aku kat Jeti Kuala Perlis tu ade orang datang approach offer good car rental kat langkawi, konon2 nya kete baru lah. Kami yang suci hati ni percayalah. Bila sampai Langkawi, geng dia kat sini bawa kitaorng ambik kete sewa, waktu ni lah kami sume saling berpandangan. Memang rasa tak sampai hati nak bayar duit, sbb kete tu sgt teruk. Waja tapi buruk gile beb. Mcm lepas eksiden pun ado, sudah la tak boleh tak boleh kunci. Orang tu cakap tak payah kunci pun tak apa. Gila ke apa diaorng ni. Tayar kete tu plak bla kta naik rasa mcm bergoyang2 je..scary tul. Macam naik kuda pun ado. Petang tu, bila kitaorng datang semula nak tukar, dia cakap kete lain takde, diaorng bagi ganti ngan kete kia suria ke apa, tapi kondisinye lebih kurang sama je ngan kete first tu. Stock diorang sume kete buruk belaka. Bila bawa berbunyi2 je kete tu, then orang sume pandang2. Wat malu je..nasib oh nasib. Tak pasal2 dapat publisiti murahan. Len kali, kalau nak ambik car rental kat sini, survey la betul2 dlu, atau suruh kawan2 tanya tolong cari siap2. Pastu tanya dulu kete tu tahun berapa. Kat jeti Langkawi ni bersepah kereta sewa tak payah risau.Kat airport lagi la. Banyak je kete baru. Tension tol.
Kat Langkawi ni ada banyak pantai yang best2, tapi antara yang femes Pantai Chenang. Pantai ni mmg dekat ngan laut. Hotel yang aku duduk ni pun depan laut je. Hotel kat sini banyak, mcm2 rate available, kta boleh pilih ikut budget kta. Mcm hotel ni aku bayar RM 150 semalam, share 2 orang twin sharing dalam RM75 sorang je semalam. Tapi...sebenarnya...ada lagi hotel yang lagi murah dri yang ini. Kat hotel ni, they all tak accept credit card, sume transaction pakai cash. Waktu book tu aku da bayar full dah kat account hotel ni.Account Maybank. Kalau main bank in if nak cancel aku tak tau dapat balik ke dak duit kita. Udahlah bayar full payment. Pastu bila nak check in die nak bagi key, they all minta lagi key deposit RM 100, kena bayar cash time tu jugak, and they all akan pulangkan waktu kta check out. Hotel ni mcm lama sikit, takde lift, facilities sume basic. Bilik kawan aku tak boleh on tv, dah bagi tau byk kali kt receptionist pun takde org dtg repair.
Petang tu tak ada apa2 program khusus pun so free and easy aje, after tukar kete sewa kat pekan Kuah, pegi beli coklat kat Ismail shop ( habis kat RM100 jugak for chocolate je). Pastu terus jalan2 sekitar Pantai Cenang sambil ngk sunset. Tipu la ngk sunset aje, mestilah mandi sekali, tapi sini kena hati2 sbb banyak obor2 or jelly fish, kalau kena gatal tu bleh masuk hospital. Sunset kat sini mmg cantik. Some are the evening views at Chenang beach...
![]() |
Ready nak gi mandi laut |
Lepas jalan-jalan kat tepi pantai, balik bilik, mandi, solat terus ciap2 nak keluar makan. Kat sini jangan risau, banyak sangat restaurant yang buka waktu malam. Kat hotel pun ade ala carte tapi mestila kta nak makan kt luar kan. Suasana malam kat sini memang meriah. Spa, refelxologi, sume buka smp malam. Feeling mmg best gitewww.
Dalam banyak2 restoren, kitaorang masuk ke restoren yang kat bawah ni. Again, nasib tak baik, sbb restoren ni mahal, food die biasa aja, service plak tah apa2, staff pun boleh tahan "dingin" layanannyer. Nak bagi duit balance pun lambat siap jeling2 lagi..Adoiyai...
Lepas jalan2, terus balik bilik, rest sbb penat sgt. Esok tu, breakfast kat hotel saja, mmg hotel ade provide breakfast. Cafe hotel ni depan laut , mmg nice view but in term of variety mmg biasa aja. Ada nasi goreng, cucur bawang, roti, cereal, coffe, tea, dgn air kordial. Kira ok-ok, so-so aje lah. Lepas breakfast terus check out.
Oriental village ni terletak dekat kaki gunung Mat Chinchang. Ada banyak tarikan kat sini antaranya...kedai souvenirs, F&B outlet, outdoor activity and yang paling femesnya...

Bayaran masuk kalau tak silap utk tourist luar RM 30, tp utk local RM 15 je. Kalau time cuti sekolah, kat sini mmg pack, ada yg kena tggu berjam-jam, pastu tak dpat naik, sbb kalau hujan, mmg operasi akan ditutup atas sbb2 keselamatan. Elok pegi pagi2 lepas breakfast. Benda alah yang bulat tu di panggil gendola. Gendola tu kononnya macam sangkar burung garuda la. Dalam gendola ni ada 6 seats. Puncak pertama dia akan berhenti pada 1700 meter atau pada ketinggian 650 meter dari aras laut. Bila kta nak naik gendola ni dia akan bergoyang2 sikit, mula2 memey nervous, aku menjerit dalam sangkar burung tu. Yalah kat bawah tu hutan gunung, tinggi pulak tu. Kalau gayat jangan pandang bawah, tapi kereta kebal ni selamat, sbb security checking diorang sangat ketat. Plus, they all menggunakan teknologi dr Austria and Switzerland. Diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Sebelum naik, biasala akan ada orang ambik gamba kta, tak nak pun diorg ambik jga, kalau nak beli gambar yang diorang snap waktu turun nati, bayaran utk satu keping gambar saiz A4 tak silap, RM 30. Aku tak ambik, kawan aku yang ambik.
![]() |
Jambatan tu betul2 epic |
![]() |
Kami ni...ex uia, sama budak2 law tu sume lawyer aku je kije bank |
Kita dapat rasa perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelainan jenis pokok dari setiap ketinggian.
Dari atas puncak kita jugak boleh dapat nengok keluasan Lautan Hindi dan Laut
Andaman, seluruh kepulauan langkawi ni, pulau- pulau kecil di selatan Thailand pun kita dapat lihat. Lepas puas ambil gambar aku jalan-jalan kat bawah area Oriental Village ni.
Lepas berjalan-jalan kat sini, aku pergi bershopping pinggan magkuk pulak dekat Idaman Suri, seronok jugak pilih2 barang. Tapi nak beli banyak kena pikir byk kali, first tak mau kena tax, second tak tau nak bawa mcm mana sbb naik feri kan. Berat sangat tak laratlah. Tak sempat nak ambil gamba, sbb rushing juga waktu tu. Lepas anta kete sewa yang 'bagus sangat' tu, aku lunch kat KFC je depan jeti Kuah tu, pastu pusing2 je kat Dataran Lang sambil tggu feri ke Jeti Kuala Perlis.
Dari Langkawi terus kami balik rumah kawan aku sekali lagi. Kitaorang bermalam kat sini lagi satu malam. Esok nak balik KL ikut Penang. Penat jangan citer la, asal dapat jalan udah. Jadi kami balik ke pekan Changlun semula.
Famili kawan aku ni memey baik. Petang kami sampai dia diorang hidang laksa penang. Malam tu plak mak diorang ajak kami keluar makan. Kitaorang nak bayar tapi mak kawan aku ni tak bagi, dia yang nak belanja. Waaa...segan aku di buatnya. Mak diorang layan kami sume baik2 aja. Tima kasih makcik, mg dimurahkan rezeki keluarga makcik:) Kat sinilah kami makan, sedap jugak tau makanan kat sini.

Keesokkan harinya, trip hari yang terakhir, kami balik ke KL sambil singgah dlu pusing-pusing kat Penang. Penang ni banyak sangat tempat yang kta boleh explore, tempat die mmg unik. Plus Penang ni memey femes ngan makanan yang variaty and sedap2, dah banyak kali dah masuk AFC and TLC channel.
![]() |
Muka letih tahap Z |
Aktiviti last sekali kat Penang ni sebelum jalan masuk ke highway KL, ialah aktiviti cari dan beli jeruk. Jeruk Pak Ali memang femes kat sini. Jeruk ni diorang pakai cuka apple, bukan cuka biasa. Mmg ade beza sbb aku ade asma, kalau makan jeruk biasa memey aku akan rasa sakit dada, kat belakang pun rasa ada benda tarik2 mcm tu, simpton nak kena serangan asma lah tu. Tapi kalau makan jeruk Pak Ali ni tak rasa pun.... Nengoklah gigih betul kami ni mencari jeruk Pak Ali. Tima kasih pada akak tu yang tunjuk jalan.
Da siap beli jeruk, maka berakhir lah percutian aku kali ni...Best memang best. Walaupun trip cuma 3 hari 2 malam tapi mcm2 yang aku lalui. Ada pahit, manis, tension, stress, happy, teruja, terharu pun ado. Betul la orang2 tua kata, jauh pejalanan luas pandangan. Kredit pada kawan aku yang sudi bagi kami bermalam 2 mlm kat rumah die kat Changlun dan sorang lagi kawan aku yang drive kete. Dia drive dari KL-Changlun, 2 hari di Langkawi, pastu dri Jeti Kuala Perlis ke Changlun balik, pastu drive ke Penang, dri Penang ke KL balik. Tak tukar driver pun. Yang aku tau die drive smp sakit pinggang, kena letak panadol panaflex lagi, hai..rasa bersalah pun ado, sbb aku boleh drive tp aku tak berani sbb dah lama sgt tak drive. Smg Allah, memberi pahala besar pada dia. In future aku rasa, nak ke Langkawi ambik flight aje sbb senang dan tak penat. Definately aku akan datang lagi sbb bayk tempat kat Langkawi yang aku tak pegi lagi, makam mahsuri, telaga tujuh, pulau2 tu sume, minyak gamat pun aku tak sempat beli hahaha. Aku rasa happy jugak sbb walaupun 3 hari 2 malam dapat juga cover Langkawi ngan Penang. Kami sampai KL dalam pkul 10 mlm, esok tu aku tak cuti terus keje, diaorang sume cuti:)
Tata...
No comments:
Post a Comment