Tuesday 9 June 2015

Ngabang Gawai Dayak 2014~Kuching

Jalan lagi! :) Kamek pi Sarawak sempena perayaan gawai dayak. Taun lepas dtg bulan January, then Effa kata datang la time gawai boleh ngk orang sambut gawai, ok ni kamek datang la ni, maklumlah janjikan di tepati bukan di capati, hikhik.  I naik MAS u, dapat promotion return KL-Kuching dlm RM240 je. Terus grab. Sbb Gawai ni kira peak season. Perayaan bagi native kat sarawak, melayu x sambut ye. Time ni kat seluruh negeri Sarawak cuti 2 hari. Kebanyakkan orang Sarawak yang bekerja kat luar mmg  akan balik kg. Kira meriah giles la kat sini.
 
Alhamdulillah flight OK. Takde delay, depart dalam pkul 3.40 petang sampai dalam pukul 5. Husband Effa amik kami kat airport, sbb Effa sibuk tgh masak. Kami datang ni esk dah nak gawai, first day, so kira mcm malam raya lah bagi diorang. Hubby effa drop kat Motel KC Inn di Serian (1 hour dari Kuching), malam tu baru Effa dtg dgn hubby dia amek kami kat motel. Lepas rindu dekat Effa so bercubit cubit jap sebelum siap gi rumah Effa. 10 minit je dari motel ni. Motel ni Effa yang booking. Takde motel lain da kat sini. 2 malam dalam seratus lebih, dok igt. Tapi partner kate agak mahal. Tak palah takde choice. Ada resort, tapi dalam hutan la plak. Tak mau la dok hutan. Scary jak 
Kami ke rumah Effa. Malam tu famili and sedara mara dia berkumpul. Termasukla kami pun join juge, hehe. Sekitar kawasan kg Effa ni pun penuh dengan mak and pak sedara dia. Effa duk kat Kg, Ampungan Serian. Umah dia depan sekolah jak. Kerabat Effa ni diorang semua kristian, simpang nak masuk umah Effa ni pun ada church. Tapi ada sepupu and pak sedara dia beberapa orang yang da convert. 

Diorang pun join jugak gawai ni, dats y bab2 makan, takpa. Rumah Effa mmg tak makan pork. Da sampai, salam2 dgn mak effa apa lagi, mamam la. Famili dia sangat peramah. Welcoming kami. Macam semua berkerumun nak cakap2 dgn kami. Segan sangat sebenarnya. Tak pandai cakap. Mcam gedik la plak. Diorang cakap bahasa bidayuh, if dgn kami baru cakap Malay. Segan gile. Ada one time  tu diorang cakap2 dgn Effa dalam bahasa bidayuh cakap pasal aku, sbb aku perasan duk pandang2 aku, tapi ropenya diorang cakap aku lawa, hahahaha, patut la Effa senyum2. Muka persis hindustan katanya, adoiiiiii. Ok next!
Banyakkan makanan dia. Betul mcm malam raya.
Semua ni Effa yang masak. Maklumla tokey restaurant. Semua ada. Makanan traditional pun banyak. Macam nasi yang dimasak dalam buluh, masak sekali dgn ayam tu pun ada. Sedap juga. Laksa Sarawak ada, curry ayam, tom yam pun not bad. Pandai makcik ni masak. Dan semestinya kek lapis Sarawak mmg wajib ada.
Yang ni tak boleh okie. Haram. Saja aku snap kih kih kih. Jangan minum. Effa dgn hubby dia pun tak minum, ni mcm utk sedara mara and kawan ayah dia je. Biasanya diorang suka minum2 time gawai ni. Tapi diorang nampak kami pakai tudung, terus tuang air soya/air kotak/air gas atau yang sewaktu dgnya. Effa dgn hubby dia pun mmg jaga makanan yang kami boleh dan tak boleh makan. Mmg serious baik gile diorang ni. Malam tu, tak gi mana2 pun, sambutan gawai pun tak start lagi, malam first tu mmg utk family gathering. Kami pun cume berkenal2 kenalan dgn famili Effa, borak2, makan2 je. 

Sebab sampai pun da malam kan. Jadi lepas balik rumah Effa terus ke motel. Sebenarnya aku tak suka motel tu hikhikhik, bilik bersih tapi mcm bangunan lama and mcm smelly sikit. Tapi takde choices, Effa ada offer tidur rumah dia, tapi kami tak mau susahkan dia. Susah la, dia nak rehat lagi, layan tetamu lagi, masak lagi, pikirin Serian dgn Kuching 1 jam perjalanan, takkan nak stay kat Kuching jadi memey takdo choices. Bersabarlah 2 malam je kat Serian, 2 malam lagi kat Kuching (T_T).
Pagi2 lagi Effa and hubby dia datang ambik kat motel, then terus pergi breakfast. Kat pasar Serian, ada restaurant org Melayu.Pagi tu makan roti canai dgn hot milo. Selalu mmg tiap2 pagi makan dekat sini. Sbb da takde tempat lain kan. Aku ok ja, no hal, asal halal.
My breafast (^_^). Lepas makan, kami ke pasar Serikin. Pasar yang bukak every weekend. Dekat dgn border Indonesia. Jadi banyak peniaga dari sana. Tak silap immigration Malaysia, mmg bukak gate utk warga Indonesia dtg berniaga on weekend. Barang mmg banyak dari sana. 
 One picture je aku snap. Cuaca sangat panas, tak tahan. Datang awal sikit ok lah. Jarak dgn Serian dalam 1 hour juga. Kalau dari Kuching lagi la, tambah masa lagi. Mmg jauh sbb location dekat dgn border Indonesia. Actually, ni second time aku datang sini, aku pernah datang taun 2010. Mcm2 ada kat sini, sebut je semua ada, kasut, bag, kain pasang, telekung, sejadah, alat perhiasan rumah, langsir, name it, barangan kulit, luggage pun ado. Tapi aku rasa harga brg semua da naik! Maybe sbb tourist ramai datang sini. Harga naik banyak gile okie. Aku datang  dulu banyak sangat choices kain pasang yang harga bawah RM40.  Sekarang ni da takde, yang ada cuma rate dalam RM180 ke atas utk sepasang. Gila mahal. 

Effa tak bagi aku beli hahaha. Dia suruh aku beli telekung.  Aku baru balik Bandung, jadi semua aku da beli kat sana yang mmg lagi murah.  Barang2 pun dari sana juge. So aritu aku grab skirt, jacket jeans, selipar (sbb kaki da sakit), kain chiffon, apa tah lagi. Ada la tak banyak, Mek Zara tu banyak la beli barang. Effa plak borong telur penyu dgn buah salak, aku nak beli juga buah salak dia tak bagi sbb dia nak beli untuk aku sekali. Makcik Effa ni geram aku. Apa la yg tak baik kat dia ni, suci betul hati dia.
Lepas balik dari Serikin, stop kat sini jap. Tak tau tempat apa ni nampak mcm temple lama. Ramai juga orang stop kat sini. So husband Effa stop juga untuk kami ambik gambar. Dia yg stop, takde siapa suruh pun hehehe.
Ambik gambar sekejap ja, time ni da tgh hari. Hubby Effa nak bawak kami ke Gua Angin, dekat2 kawasan ni juga. Tapi hujan. Alhamdulillah :) sebenarnya aku period pain, huhu. Baru kena time sampai Kuching ni. Tak best gile jalan. Aku sakit perut. Sakit sangat. Kalau period pain biasa aku akan kena perut kembung dgn angin sekali. Bila nak jalan mmg sakit. Sakit sampai nak terduduk. Tapi aku tak cakap kat sapa2. So pikir nak masuk gua tu rasa mcm serba salah, nasib baik hujan and tak jadi. Then pergi makan lunch pastu balik motel kat Serian. Petang tu Effa dan hubby datang ambik kami, join pergi ngabang kat kg die.
Sampai umah Effa, famili dia semua takde, gi ngabang. Effa ambik payung sbb hujan renyai2, then kami ni terus gi ngabang dalam satu group, jiran dia ada join jga dgn adik Effa sekali. Senang cerita ngabang tu maksudnya pergi menziarah famili and kawan2. Macam kita gi beraya. Baru la aku tau sebenarnya, gawai ni mcm hari raya. Sambutan mmg meriah sangat, kadang sampai seminggu diorang ngabang. Effa cakap, "mcm malay, raya sampai sebulan". Mcm giteww ler.
Zaman dulu hari gawai ni di sambut bila habis musim menuai. Mcm tanda kesyukuran musim dah habis dan berterima kasih la kiranya.  Diorang akan masak mcm2 makanan kuih, kek, biskut, ada yang buat open house lagi. Cuma diorang mmg ada minum2 especially tuak tu, mmg wajib ada dong, malam pulak ada perarakan utk lelaki dgn perempun, joget lambak ada, bakar mercun, karaoke sampai pagi, mcm2 lagi la. Sambutan dalam satu kampung. Memang merah gile. Aku ingatkan, gawai ni berjoget main buluh tu je hahaha. Rupanya salah, itu salah satu permainan diorang je. Adoi la, cik princess nasib baik ada kawan orang Sarawak, peace yo!
Ni kami tengah berjalan dalam kawasan kampung gi ngabang.
Rumah first. Rumah mertua kakak Effa. Kakak ni husband die dulu belajar kat University Petronas, now engineer kat kawasan empangan air di Sentubung ke mana tak igt. Aku kan sakit perut, adoila. Tak best betul. Kami makan rendang kat rumah ni, diorang catering dgn orang melayu. Ada satu soup tu diorang semua tarik letak ke tepi, sbb ada waine. Baikkan, semua care pasal our food. Adat diorang kalau orang datang kena bagi minum, i mean arak atau tuak la.  Except for us.
Hubby Effa kan mmg tak minum, Effa pun sama. Hubby kakak tu tuang jugak dlm gelas, pastu yg kena adik Effa, Febris yang baru habis form 6. Febris tu tolak tak mau, diorang tambah lagi, pastu bersorak2 supaya Febris tu minum, kalau tolak lagi dia tambah lagi, at last Febris minum jugakla, dia terus pening. Then diorang bertepuk2 tangan. Kesian Febris, sbb famili Effa mmg tak biasa minum.
Muka kenyang okie! Ini rumah ke berapa tak ingat, banyak juga kami pergi rumah2 kat kg ni. Kan ramainya saudara2 Effa kt kg ni. Bile nampak kami lalu depan rumah diorarg, diorang akan lambai2 sambil pesan jangan lupa singgah rumah diorang jugak. Itu yang sampai ke Maghrib kami berjalan. Hahaha. Mcm2 rumah kami pergi. Semua rumah mmg angkat air kotak utk aku ngan Zara. 

Ada juga pergi rumah cousin Effa, one of her cousin tu da convert, dahla cantik. Dia willing convert, mcm suka je kami datang rumah dia. Dia keje Pullman Kuching, tapi dia balik je time gawai ni. Dia dgn adik beradik yang lain sama2 buat kek la, biskut la. Bagus sgt, familes ties they all. Walaupun dia da convert tapi relationship diorang still strong. Respect.
Ni rumah jiran Effa. Pakcik tu pun baik, Zara ni da nak selselma diorang pergi cari panadol. Baik gile kot famili diorang ni. Time nak masuk rumah dia tadi  pakcik tu cakap, rumah kami mmg takpe boleh makan sbb yang tu (pork) mmg takde. Baru je group cikgu dari Selangor balik. Ok la, tapi makanan rumah dia mmg sedap. Wife dia mmg pandai masak, paling sedap, rendang dgn kek belacan. Kek coklat tapi di panggil kek belacan. Effa pun mmg akan tempah kek dgn makcik ni time krismas. Effa kawan dgn anak dia,Justin.
Rendang dgn sayur tu sedap. Hehehe. Lepas balik rumah auntie ni balik rumah Effa balik. Malam tu just jalan2 kat kawasan kg, dekat dewan.
Patutnya ada sambutan malam ni, tapi hujan perarakan tu cancel. Last2 Effa ngan Zara duk main benda tu hahaha. Malam tu sambung ngabang lagi, sampai la Effa antar kami balik ke motel. Ada one time tu bila kami passed by one house ada orang tidur kat depan rumah atas tanah! aku senyap je ~ apalagi mesti kes mabuk.
Day 3 dah kat Sarawak ni. Macam biasa Effa and hubby amek kat motel pergi breakfast. Tada!!!!! My breakfast today :) Tempat yg sama tp kedai lain. Kelas kau bihun goreng ada sup. KL ada? haha. Rasa bole tahan, sedap!

Kami ke sini you. Homestay kg Mongkos. Boleh google for details sbb tempat ni mmg salah satu destinasi pelancongan di Sarawak. Kat sini la kg ayah Effa, so aritu kami berkonvoi 2 biji kereta gi visit nenek Effa and sedara mara ayah Effa kat kg Mongkos ni. Kebetulan kg ni dipilih bagi destinasi pelancongan kat kawasan Serian ni. Jarak ke sini dari rumah Effa 1 jam lebih tapi dari Kuching 2 jam la.

Kat sini, kerajaan negeri bagi duit pd orang kg utk repair and renovate rumah jadi homestay. Semua kemudahan pelancongan ada, mcm kedai runcit, tempat penginapan homestay and yang mcm asrama pun ada. Surau pun disediakan juga. Kat sini mcm kawasan preservation bagi kaum bidayuh, ada rumah panjang, waterfall, ermm namanya apa ya, Silungkung Waterfall if tak silap boleh google and mcm2 lagi la. Pernah pelajar sekolah dari UK datang ke kg ni dalam 100 orang. Tempat ni mmg agak famous jugak.

Antara org kg yang stay kat sini. See kat belakang tu. Memang sini majority beragama Kristian.

Ni rumah sedara Effa. Abaikan tin2 kaler hijau tu. Mmg ada kat setiap rumah. First tadi kami ke rumah nenek Effa. Nenek Effa tinggal dgn makcik Effa. Ok nak cakap, makcik tu pun baik sangat, welcoming kami, huhu. Rumah dia pun di jadikan homestay. Jadi kitaorang keluar jalan2 ni, dia kat rumah bersihkan bilik utk kami rehat and masak utk kami. Kat rumah ni mamam lagi.
Ini kraftangan yang diorang buat. Sgt halus, di jual dalam lingkungan RM100. Oklah buatan tangan.
 
Ni pun sama, kraftangan yang di buat sendiri.

Yang ni bukan kraftangan. Yang ni no comment. Kat rumah ni la aku ingat ada seorang makcik tu dia nak bukak calsberg utk aku, dia cakap "sikit je" Adoi, mmg aku angkat tangan no and cakap "tak boleh", tapi still senyum ajelah.
Yang ni blackpepper, belum masak lagi ni. Rumah pakcik ni, diorang tanam benda  ni. 
 
Ni yang da masak tgh jemur. 
 
Ini la rumah panjang, kg Mongkos. Bila hari gawai mmg orang kg rumah panjang ni akan buat persembahan kat sini termasuk persembahan kebudayaan. Tapi program biasanya start malam. Mana2 org kg yang stay kat rumah panjang ni tak join any cultural events boleh kena denda tau. Sbb kat sini, mmg authentic rumah panjang. Mmg ada org kg stay dalam rumah panjang ni and diorang di bayar oleh kerajaan negeri untuk stay dalam rumah ni bagi tujuan cultural preservation. Macam nak kekalkan reality rumah panjang la. That's why if ada sambutan atau event apa2, kalau tak turun mmg kena denda. Ini menurut kata hubby Effa gitewww ler...
Ni famili Effa. Rumah panjang ni di buat dari papan kayu, lantai depan buluh yang di susan jarang2 utk tujuan pengudaraan dan ada beberapa pintu yang membezakan rumah. Kat depan ni tempat lepak.
Kami :)
Kami melepak kat sini. Panas you! Muka semua orang dah berpeluh2.
Cheese! Hehehe
Jalan depan lagi boleh sampai border Indonesia. Ada pos pengawal sempadan kat situ. If nak pergi boleh buat arrangement dgn penduduk kg atau homestay owner. Tapi kena bawak passport la ye. Jalan ke sana dalam 1 jam lebih, sbb jalan dia bukan tar, batu merah dan bukan boleh naik kereta biasa, kena kenderaan mcm hilux tu. Maybe bahaya sikit la dats why kena buat arrangment dgn local dulu. Aku lupa nak tanya harga, tapi agak2 boleh tahan la tp menarik juga sebenarnya. Aritu kami takdela nak ke sana.
Kat sini kan ada air terjun, ha ni air dari kawasan air terjun la, airnya sangat sejuk...best betul ngk budak2 mandi, aku tak bawa baju extra plus period, camno nak terjun.
After jalan2, then mek Zara solat dekat surau di homestay yg ala2 asrama dekat pusat pelancongan kawasan Kg Mongkos ni, after dat kami pun balik rumah makcik Effa nak berehat. Makcik dia da siapkan bilik, siap on aircond lagi. Before dat mamam dulu. See makcik dia masak. Nasi putih, lauk sayur kubis, ayam goreng dgn sayur pucuk manis. So lauk utama nya ayam goreng, aku da serba salah, bisik kat Effa, ayam ni halal ke, Effa ketawa, makcik dia pun ketawa, beli kat orang islam Okie! aku makan.

Actually, kami nak tunggu sambutan gawai dekat kg Mongkos ni yang mmg confirm meriah. Sebab malam semalam, sambutan kt kg Effa kan cancel. Then famili Effa call, suruh balik sbb sambutan ada di buat kat kg Effa juga. Even ayah Effa ada dgn kami, still they all tak nak kami balik lewat. Sbb sambutan malam hari, jarak Kg Mongkos dgn rumah Effa sejam lebih, so kul bape kami nak sampai tu. Aku ok je, follow aje yg mana senang. Effa pun tak berani jalan malam2 ko. Aku pun sama!
 Ok, lepas berehat dalam bilik yang beraircond tu, kami pun balik. Hehehe. Makcik Effa siap tapau kan lagi kami kuih2 dgn biskut. Baikkan. Dia suruh datang lagi. Sedih juga berpisah walau pun baru sekejap jumpa , sbb makcik tu baik gile. Aku pula cerdik sgt, lupa nak snap gamba dgn makcik tu.
Dang! dang! dang! Bunyi gendang da bising dekat kg Effa. Ini macam geng penghulu kg dgn jawatan kuasa atasan la ni. Diorang akan jalan dulu. Perempuan2 akan tunggu sepanjang jalan dan akan serve air kepada barisan pria yang lalu. Ni malam kedua gawai, malam pertama lelaki yang berbaris bagi air, perempuan yang akan berarak. So take turn la. Cuma very unlucky, semalam sambutan takde kt kg Effa, jadi tiada perarakan bagi kaum wanita dis year.
Kami pun duk berbaris juga, nak nengok hehehe. Air yang di serve semua jenis air. Air soya, jus berkabonat, air limau termasuk la arak and tuak.
Time bila ayah Effa lalu, kami jerit, uncle! uncle! pandang sini, nak snap picture.
Barisan ni panjang sampai ke dewan besar.
Kebanyakkan tak larat nak minum hahaha 
Ni kami la, duk berbaris.
Pandai plak abang ni berposing. Ada yang pakai pakaian traditional juge.
Lepas tu semua ke dewan. Ada acara tarian dalam dewani ni. Yang tengah tu buluh dgn tuak.
Nampak sangat aku ngan Zara orang asing kat sini. Hahahaha.
 
Diaorang keliling  pokok buluh tu pastu keluarkan air tuak tu.
Kami ambik gamba juge dgn they all ni. Glamer jap.
Pastu acara akhir, joget lambak sambil karaoke sampai pagi. Effa pun pergi menari dgn adik dia. Aku segan la nak menari.
 
Then, inilah malam terakhir jumpa famili Effa. Ambik picture dgn famili Effa dgn pakcik dia. Time ni da malam pukul sepuluh lebih da. Kami nak balik Kuching. Hubby Effa tak ikut, cuma aku, zara dgn Effa je. Program kami sambung di Kuching plak. Best sgt jmp famili Effa. Baik2. Walaupun cuma 2 hari jumpa tapi they all layan mcm famili sendiri. Ayah Effa tu mmg tak banyak cakap tapi malam tu dia yg sibuk tolong angkat brg2 kami semua. Touched.
Makan jap hehe. Sebelum ke Kuching. Selama 2 hari ni dah, bayaran makanan semua hubby Effa! Sudahla jadi driver kami. Adoi, terasa serba salah kadang tu.
Kami meneruskan perjalanan ke Kuching malam tu. Sampai Hotel Grand Continental ni dalam pukul 11 lebih juga. Effa yang drive, one hour dari Serian, aku non stop bercakap sbb takut Effa ngantuk. Nasib baik check in cepat. Bilik pun selesa,luas, bed pun ok mmg puas berehat. Heheh abaikan keremukkan bed di bilik kami ni, time ni  malam tengah duk punggah barang sana sini.Wifi laju kat hotel no problem. Breakfast pagi2 pun kat hotel. Food ok2 je. Aku book through Expedia sbb beza harga dgn Agoda dalam RM50. Tak silap aku RM195++ semalam plus breakfast. Okla for 3 people.
First day di Kuching, kami ke sini nak ngk orang Utan.
Kat sini mcm ada pusat informasi gitu. Picture orang utan kat sini semua yang berada di Semenggoh ni. Ops, kalau nak datang sini, make sure datang time feeding time, pukul 9 pagi atau pukul 3 petang. After dat susah la nak ngk orang utan. Time feeding pun bukan semua yang keluar. Kami aritu dapat la ngk 2-3 ekor. Bayaran masuk dok igt bape, sbb gi taun lepas dalam RM5 ke RM10. Murah ja rasanya.
Excited dapat ngk live. Orang Utan kat sini tak dikurung, hidup bebas.
Ini ibu dgn anak. Aku terambik gambar dgn flash. Aku telah ditegur oleh mat saleh, supaya off kan flash. Takut mereka ni terganggu atau terasa diancam. Noted with thanks.
Kebetulan, tetiba yang ni muncul. Da lama dia tak muncul, namanya Rocky. Umur da 40 taun lebih. Kira Otai ni. Dia ni la yang paling aggressive kat sini tau. Abg besar la ni. Penjaga tempat ni pun terkejut tiba2 dia keluar. Aku pulak yang rilex je.
Wefie la  plak. Kat sini ada ja buaya yang di kuruang dlm sangkar. Tapi.....
Lagi menarik kat sini, Jong Crocodile! tak jauh dari Semenggoh. Tapi actually jauh jugak hehe. Kat sini bukan sekadar ngk crocodile, ianya macam taman binatang. Macam2 ado.
Pose jap kat buaya ni. Kat sini kena observe feeding time juga tau. Dalam pukul 11 pagi dgn 3 petang daily. Tiket masuk RM22 and kalau Sarawakian RM12 je. Aritu Effa  yang belikan kononnya bolehla kami dapat harga Sarawakian, hmmmm kakak yg jaga counter tu usha kami terus cakap "dua orang semenanjung kan" hahaha.
Ni memerang, first time aku ngk binatang ni. Bising ek mulut dia.
Kura-kura.
Peacock atau burung merak.
Antara laluan dalam Jong Crcodile ni. Bawah tu semua buaya you.
Kawasan dia luas tau so kita tak berhimpit2 dgn orang ramai.Memang seronok betul jalan2 kat sini.
Ini landak tau!
Cewaaaah. Ini entah bahagian mana kami lalu. 
Maybe sbb nak maintain suasana habitat awal binatang2 kat sini, so kawasan kat sini ada yang berpaya, kolam, ladang sawit, and etc.
Eagle, kelas betul dia.
Ikan benda tah ni.
Effa kata ni labu labi. Aku dok tau.
Kura2 ke benda tu.
 
 Beautiful.
Show begin! Ramai yang menunggu nak ngk ni. Feeding time started!
Banyak sangat buaya kat sini. Tengah tu ada tali, penjaga die letak ayam kat tengah2, so buaya ni akan melompat la nak dapatkan ayam tu.
Gaya mutu keunggulan! Dapat mamam da dia.
Tak letak semua gambar. Banyak sangat. Tapi aku rasa tempat ni sesuai utk kanak2 dan budak2 sekolah. Sapa2 ada anak kecik boleh bawak kat sini. Hiburan mudah yang bermanfaat. Kami tak cover semua tempat pun sbb tempat dia besar.
After balik dari Jong Crocodile. Makan tengah hari dulu. Kat sini SCR Restaurant. Femes kat Kuching restaurant ni. Aku mamam nasi ayam and teh ais. Sedap!
Lepas mamam, jalan kat sini pulak. Dekat tengah2 bandar Kuching. After 3rd time datang Kuching barula dapat ambik picture kat sini hehe.
Tada....!!!
Hahahaha, hepi betul ko Effa.
Kami terus naik bot kat waterfront pergi ke seberang.
 Minum2 kat foodcourt then kami ke sini Mira Cake House-kek lapis sarawak. Wajib dtg sini. Hubby Effa yang recommend tempat ni. Tapi  u mmg sedap. Kek lapisnya macam basah2 gitew. Nice, aku borong dekat RM100. Yalah kalau satu da RM20 or RM10 beli utk orang sana sini hahaha....lu pikirlah sendiri.
 
Lepas jalan2 and minum2 kat waterfront, kami ke sini plak. Naik cruise. Kami ambik yang murah je. RM20 tak silap.
Cewah posing lagi. Kononnya naik cruise yang paling mahal la ye.
Muka redha.
Cantik the view.
 Perasan tak langit mendung. Tengah kami cruise, hujan plak u, hahahaha. Kami kan boat murah, habis tempias hujan kat kami. Kesian betul. Cepat2 aku sorok kamera aku yang tak water proof ni. Cruise terpaksa cancel abang tu terpaksa patah balik, nasib baik sempat cruise separuh perjalanan.
 Ni tepi jeti. Lepas hujan nampak pelangi:)
Sempat juga ngk sunset kat jeti waterfront. Aduhai Sarawak.
Ini pemandangan waktu malam kat sini. Lepas hujan berhenti kami balik hotel rehat jap malam pergi makan seafood dekat foodcourt dekat dgn hotel Pullman. Lepas makan jalan2 kat sini.
Waktu malam biasanya ada ramai yang duduk2 kat waterfront  ni, jalan2, small cafe byk buka kat sini utk tempat minum. Tapi sbb hujan kan so takde orang sangat.
Malam akhir kat Sarawak. Esok kami da nak balik, flight petang dalam pukul 2 lebih. Pagi tu just cari pasu dgn Effa, jalan2 sekejap kat Kuching terus pergi airport. Lunch pun kat airport Kuching, makan mc d je sebelum say goodbye to Effa. Tak tau la bila lagi nak dtg Sarawak. Sweet memories kat sini, pengalaman join sambutan hari gawai mmg aku tak boleh lupa. Macam2 cerita, dgn aku period pain, pegi shopping sampai ke Serikin,  famili Effa yg baik2, aku yg duk geli geleman dgn botol arak yang banyak sgt hahaha......hmmmm, tak tau lagi bila nak jumpa famili Effa lagi.
Time aku tulis post ni, sekarang ni tgh nak sambut hari gawai tahun 2015. Terus teringat kt Effa. Aku plak nak ke Bali, so awal2 lagi aku wish pada Effa, and kim salam pada famili dia. :)





No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...