Monday, 2 September 2013

Kuantan: "Pantai Cherating & Restoren Ana Ikan Bakar Petai"

Berhujung minggu @ Kuantan memang best, environment sini ala-ala desa gitew. Pantai kat sini pun best, mmg sesuai nak melepak. Tapi jarang2 aku ke sini, kadang2 je. Ikut time jugak. Aku gi Kuantan time ni ngan my sis, naik bas ari Jumaat mlm pkul 7 lebih dekat stesen bas Pekeliling sampai Kuantan dlm pkul 1 pgi. My elder sis yang ambik kat stesen bas Kuantan. Die duk Kuantan, cikgu kat sini. 

Banyak bas yg ke Kuantan, mmg takde masalah lah, Kat Pudu pun ade. Aritu aku pegi naik Tranasional, balik ngan Plusliner.  Plusliner ok, tp masalah Plusliner ni satu je, diorang selalu print tiket salah,  contohnye no seat yang die print kat tiket tu takde. Bas diorang byk, pastu no seat berterabur, kalau diroang tukar bas nasib la sapa kena, aku dah kena 2 kali.

Tujuan aku gi Kuantan kali ni sbb nak melepak kat Pantai Cherating, nak ngk apa ade kat sana sambil nak berjalan-jalan.  Tapi sebelum sampai ke sini, kta akan lalu bnyk kg2...

View nak masuk cherating
Jauh jugak Cherating dri bandar Kuantan ni, after 1 hour baru sampai.


Gambar kat atas tu, my sis- pemandu yang sangat dedikasi. Byk kali da die kena saman huhuhu. Sebab nak melepak-lepak aje, we all pun jalan-jalan jelah kat sini. Kebanyakan yang datang sini  famili yg  bawak anak2 berkelah, main2 kat tepi pantai tu, aku plak lupa nak bawak baju extra kalau nak mandi. Jadi aritu memang jalan2 jelah, tak mandi pun.  Hotel2  kat tepi-tepi pantai ni byk jugak kalau yg nak bermalam. Musim cuti sekolah lagi meriah. Tapi, Teluk Chempedak lagi meriah kalau nak dibandingkan dgn Cherating mugkin sbb kedudukan Teluk Chempedak yang lagi dekat dgn bandar Kuantan.
 















Lepas jalan-jalan kat sini we all terus balik ke bandar Kuantan, malam nati plan nak pi makan kat Tanjung Lumpur plak. Tapi sebelum tu sempat lagi, we all berenti kat satu kedai tepi jalan yang jual nenas madu. Memang terbaik dari ladang- manis sgt2...










Labu pun diroang ade jual. Pakcik yang jual tu, perhati je aku yang sibuk snap gambar, time kakak aku nak beli tu die mention "igtkan berenti nak ambik gambar aje..." hmmm...pakcik2, saya berenti nak beli ler...


Kedai akak ni ade jual keropok lekor yang  femes kat Cherating tapi aku tak igt nama keropok tu apa. Ade beberapa kedai lagi yang jual keropok ni,  kedai akak ni salah satu nye lah. Kecik je kedai ni tepi jalan besar nak ke Cherating tu. Tapi keropok lekor die memey terbaik- sedap dan murah. Apa lagi kami tapau bawak balik la, yg kering pun ade jual, tp yg kering tu biasa2 je.

Malam nyer, haa...apa lagi pegi makan besar kat Tanjung Lumpur, tempat makan yang mmg femes kat Kuantan. Kalau pegi Kuantan tak gi makan kat sini kira rugi lah. Banyak restoren2 kat sini dan yang paling femes- Restoren Ana Ikan Bakar Petai, mmg sedap. Aku dah 2 kali  makan kat sini. Diorg ada jgak buka cawangan lain kat Kuantan dan kat Bandar Baru Bangi. Tapi kat sini, tak tau nak cakap mcm mana, orang memang sentiasa penuh, mmg susah nak cri seat. Kitaorang naik kat atas, adalah satu keluarga baru siap makan, dapatlah kami seat. Ade jgak yang terpaksa tggu seat. Kalau meja kosong pun sume dah reserve.


Nak dtg sini senang reserve jelah dulu. Call je. Aku ngk ade satu famili, dah duduk kat satu table, pastu pekerja die dtg ckp tmpat tu dah ade org reserve, terpaksa la they all tggu meja lain kosong. Kesian jugak.

Nak buat order kena pilih dulu apa yang kta nak makan dgn cara masak sekali. Aritu kitaorang order sikit je, untuk 3 orang makan.






Lama jugak tggu order, maybe sbb org ramai sangat. Sambil menunggu order, kerja aku...snap gambar lagi....


Dan makanan pun sampai...Seronok nampak nyer orang yg tukang order tu.






Makanan kat sini sume sedap2, ikan bakar petai, sotong goreng tepung, banyak lagi lah. Tapi udang bakar petai tu mmg best, satu lagi sata- memang terasa isi ikan betul- suggested dish kat sini yang kena cuba. Price kat sini standard, 3 orang makan malam tu dalam RM70-80 aje. Kalau tak boleh datang Kuantan boleh cuba kat cawangan diorg kat Bnadar Baru Bangi tapi pesanan dri diri ini- buat lah tempahan dulu, apatah lagi kalau bawak org tua.





~Tata:)

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...