Sunday, 8 September 2013

Cerita Tentang Trip to Jakarta and Bandung Feb 2013

Memang seronok berjalan-jalan. Pengalaman melihat tempat orang boleh menjadikan "eye opener" kepada kita. Selain peluang melihat bumi Allah di tempat lain, bercuti memang boleh mereleasekan tension dr stress kerja. Destinasi kali ni, Jakarta-Bandung. Tapi trip banyak di Bandung, cuma flight landing kat Jakarta. Aku, my sis and my younger sis, follow famili akak sorang ni, sume sekali 9 orang. Akak ni namanya k.yati, kije RHB Bank, dia tiap2 taun pegi sini. Da expert ngan Jakarta-Bandung. Aku dengar ramai betul orang pegi Bandung, dengar kata syurga shopping. Dats why la aku teringin sangat nak pegi. Jadi 23 Feb 2013 lepas aku pergi la. Kami follow kakak tu sbb kami ni tak biasa lagi jalan2 ni kat overseas ni, ngee...Aku gi Bali aritu kawan aku yang uruskan semua, kali ni kakak tu yang uruskan semua. Tapi agak mahal la juga. Tiket, pak supir dgn hotel saja dah cecah RM1,000. Hotel takde star okie! Belum masuk shopping ngan makan lagi duh..(T____T) !!!!! Ok, lupakan part tu. Aku sampai LCCT dalam pkul 4 ptg, dr opis, OMG. Settle kan kerja2 kat opis dlu. Flight hari Sabtu pukul 6. 30 pm, dr Kuala Lumpur and touchdown at Soekarno-Hatta International Airport dalam pkul 8 malam. Airport baru ni ya dong. Time di Jakarta ni beza satu jam saja dgn KL.




Da sampai Jakarta (^_^)
Excited sampai ke Jakarta.  Dari Jakarta terus ke Bandung. Dah ada pak supir tunggu kami kat airport. Suma k. yati dah tolong uruskan. Dalam perjalanan keluar dr kota Jakarta, kta dpt lihat betapa besarnya kota Jakarta yang berada di bahagian barat Pulau Jawa. Terpegun juge ambo. Kepadatan kota Jakarta ni menampung lebih 10 juta penduduk. Patutlah bandarnye besar. Kuala Lumpur pun baru 1 juta lebih jumlah penduduknya.
Steady akak dalam bas dik...
Perjalanan ke Bandung, mengambil masa lebih kurang 3 jam. Boleh juga kta naik keretapi ke Bandung, tapi lgi mudah pak supir ambik kat aiport. Kalau backpacker sng lain citer la. Teringin jugak nak ambil keretapi tu. Maybe next time (aha...really (^_^) ???? ). Pak supir tu berentikan kami dekat satu tempat makan kat highway ni, mcm R&R lah. Masakan nasi padang tgh2 malam! Bila kta duduk saja kat meja waiternyer akan hidangkan semua lauk pauk yang ada. Bila kta sentuh then we have to pay, so kta ambik yang kta nak makan saja. 



Budak 2 orang ni terkezut kena hadap nasi tengah malam buta
Terus terang makanan kat sini serious biasa2 aja. Plus mahal gile. Maybe sbb kawasan R&R. Yang dua orang tu tak mau makan, yelah tgh2 malam makan nasi dgn lauk camtu. Kunun tak leh makan nasi lepas pkul 10, bla bla bla....Last2 makan jugak. hahaha.

Sampai di tempat penginapan sini- Rumah Teras. Terus aja tidor. Bilik ok lah bersih, cuma sempit sikit. Esok tu, pkul 8 pagi guest house tu ada sediakan breakfast-nasi goreng, 2 hari menginap sini, menunya sama aja. They all hantar terus ke bilik, staffnya baik2 aja. Tapi aku pegi makan kat tepi swimming pool, ade they all provide kerusi dan meja. Aku ngk ada je guest lain yang makan sama kat sini.




Ikutkan, itinerary asal kitaoarng nak pegi Tengkuban Perahu pastu, bolehla lunch kat Restoren Daun yang femes kat situ, then bleh terus pegi ke Strawberry Park. Tetapi...Tengkuban Perahu tutup for public sbb ade letusan gunung berapa kat situ. Kami enggak tau dong. Asap tebal keluar sekali dgn gas beracun. Mmg closed shop beb. Tak apalah, takde rezeki kali ni, pak supir tu bawa kami ke Kawah Putih jauh sikit compare dengan Tengkuban Perahu. Aku follow ajelah. Perjalanan ke sini, ambik masa dlm satu jam lebih dan kta akan melalui byk kampung dan kawasan berbukit. Pak supir- a.k.a Pak Ayie, stop kat area ni utk beli kan simcard kami- Telekomesel. Rp90 kalau tak silap, tp mmg murah sangat- tak habis pakai pun. Kalau di Malaysia ia dikenali sebagai Digi. Murah beb.



Ini view bila kta nak sampai ke puncak. Rumah2 di kawasan bukit tinggi. Kebanyakkan penduduk kampung sini petani. Sekeliling umah diorang mcm2 tanaman ada. Bawang pun banyak. Maybe sbb kawasan sini mmg sejuk, senang tanaman nak idup. Teringat kat Cameron Highlands. View die mmg mevelus, tak tipu.



Dan akhirnya kami pun sampai:) Sejuk, temperature sini dlm 19-20 darjah celcius.  Ini kawasan pintu masuk, Kawah Putih kat bahagian atas. Sini selain ada gerai2 makan, they all ade jual banyak makanan ringan yang berasaskan strawberry and blueberry, mcm crackers, jeli2, dodol strawberry, dan semestinya buah strawberry and blueberry yang fresh2, baru di petik dr ladang, besar2 and murah2 pulak tu. Aku mintak cuba peniaga tu bagi, bukan sebiji 3 biji u. Adik ngan kakak aku pun sama. Tapi peniaga tu tak kisah pun.  Aku beli barang2  kat sini after naik atas, ngk Kawah Putih dlu.




One thing, Kawah Putih ni tasik yang terhasil dr gunung berapi. Dekat sini, kita boleh bau belerang yang memang kuat. Pak Ayie sudah bilang, kalau yang ada asma mungkin enggak bisa tahan.  Kalau yang alergic betul boleh pengsan. Elokla bawa penutup muka yang biasa kita pakai waktu jerebu tu sbg backup. Kat sini pun ada jual jugak. Daripada kaki gunung ni, kita akan ambil tiket dan naik kenderaan yang disediakan di sini namanya ontang anting. Tiket masuk berharga Rp 30 ribu saja lebih kurang RM10. Boleh juga bawa kenderaan sendiri, tp harga tiketnye mahal sikit lebih Rp100 ribu, menurut kata Pak Supir ni lah.


Note- Driver yang bawa ni speed gile, mcam bawa F1, dahla naik bukit, kena pegang kuat-kuat takut tercampak keluar huhuhu.

Sini kawasan tumpuan pelancong, org memey ramai sokmo





Tangan aku gatal beb lepas pegang air ni, sila jangan tiru!
Memula sebelum ke Kawah Putih, Pak Ayie bilang "tidak mengapa, enggak bisa ke Tengkuban Perahu, kerna, di sana kta hanya boleh lihat2 saja kawasan volcanonya dr atas, jika di Kawah Putih, lebih bagus, kta bisa turun ke bawah tasik." Yelah, maka aku pegi pegang air tasik ni utk merasai pengalaman tersendiri. Kije gile- gatal la beb! Tak usah lah pegang- cari penyakit  je air dia suam2 aja, tapi kandungan gas beracun and chemical dalam air ni bahaya.  Kawasan ni mudah hujan, kadang2 ada kabus lalu, dan cuaca gelap. Biasalah sbb kawasan gunung kan. Memang kawasan  ni cantik sangat-anugerah Allah. Orang memang ramai. Siap rombongan dgn bas lagi. Tak lama kat sini, sbb aku pun ada asma, bau belerang mmg strong. Aku ok je, tp tak nak lah lama2, takut jadi apa2, susah.  Terus turun.


Waktu turun pun naik kenderaan ontang anting tu, lepas beli2 strawberry sume kt bawah tu terus balik. Time turun tu pun banyak view cantik kat tepi gunung ni. Sepanjang perjalanan turun dr Kawah Putih ni, banyak sangat kebun strawberry yang kita boleh drop. Boleh petik and makan sekali. Suruh je Pak Supir stop. Tapi hari tu kami tak stop pung.



Ni kawasan dr atas bukit, sewaktu turun dr Kawah Putih. Waktu dah sampai tengah hari, Pak Ayie drop kan kami kat satu kedai makan bawah sikit dri kawasan ni. Kedai ni memang femes area ni. Makanan nasi padang yang authentic. Sedap dan murah. Memang kena cuba.Kat sini ada die hidang masak lemak kuning kulit lembu. Haaaaa,apa tu aku tak coba pun. Kami datang waktu lunch, orang ramai gile. Yang makan kat kedai tak ramai, banyak yang tapau lauk.



Dari sini, kami pegi beli kain pasang kat satu rumah dlm kawasan perumahan. Tak igt dah kat mana. Kat situ penuh dgn orang Malaysia aja, tapi to me, baik peli kat Pasar Baru je. Lagi byk choice. Lagi satu kain banyak yang outdated, design lama. Kena pandai pilih, Tapi Pasar Baru mahal sikit la. Lepas tu terus ke Jalan Dago sbb nak jalan2 kat factory outlet kat sini. Ingat nak cri baju, tp nampaknya, saiz sume comel2. Aku pakai M pun susah cri, plus byk yang lengan pendek. Kalau kita M, kena cari L.  If kita L kena cari XL. Factory outlet kat Jalan Dago ni banyak gile. Yang aku snap  and upload ni 2-3 je. Shop yang jual perfume only pun banyak. Kita larat jalan ke tak je. Sapa yang suke fashion lagi la sesuai dtg sini. Orang Jakarta pun byk beli baju kat Bandung. Orang Jakarta sendiri cakap. Tapi aritu tak sempat pegi Rumah Mode. Tak apalah. Seronok cuci mata, we all sempat makan es durian, a.k.a ice krim durian. Satu Rp 10 ribu, dalam RM3, rasa mcm nak beli 3 je.Sedap beb.


Ni jual jajan




Dari sini kami terus ke Toko Tiga, yang femes dgn jeans. Jeans yang dijual kat sini mmg ok, silalah memborong, sbb jeansnya mmg selesa. Tak sempat nak capture picture kat sini, tapi Toko Tiga ni pun penuh dgn org Malaysia. Lama sikit kat sini, sbb aku beli terus potong kat sini, aku beli satu je, tpi kena tggu turn tu yang lama. Sebelum turn aku tu satu famili dri Malaysia, diorang borong lebih 10 helai, aku ngk diorang bayar Rp 20 ribu aje.  Bila alter, aku tanya bape, orang tu cakap "ikut lah Ibu mahu bayar berapa, seihklas hati" Adoi pening betul. Wit kecik aku cume cuma ada Rp 1,000 , takkan nak bagi Rp 1,000 sama ngan 30 sen duit M'sia, tak sampai hati plak- aku bagi jelah Rp 10 ribu, tak nak pikir dah. Inilah barang yang di beli kat Toko Tiga, semua orang dapat percuma key chain:)

Ni lah harta rampasan
Dalam pkul 7 lebih tu terus kami dinner kat sini. Restoren yg memang femes kat sini. Makanannya memang sedap. Best! Ini masakan sunda. Bagi aku masakan sunda lagi sedap dari masakan Padang. Kalau ikut selera aku la hehe. Contoh restoren masakan sunda kat KL, Restoren Bumbu Desa. Kat KLCC ada, De Curve pun ada.


Sikit je kami order, nak makan 3 orang je

Ikan yang besaq tu, ikan gelama masak sweet sour, time nak order tu aku blur2 tapi waiter tu cam dah biasa layan orang Malaysia, die suggest, sotong goreng tepung, sambal udang petai, dan sayur asam tu my sis yang nak sbb die selalu ngk sinetron nabila, apa kaitannya ntah aku pun tak faham. Aku n my younger sis order air avocado coklat, mmg best! my sis order air markisa. Kat sini kita boleh pilih nak duduk kat meja makan biasa atau yang duduk kat pondok, we all pilih yang duduk. Feel lain skit hehe. Price sume tu dalam RM70-80 duit Malaysia, kra reasonable jugak la. After makan terus balik hotel- soo tired.

Hari ke-2, lepas breakfast kami terus check out hotel. Menu breakfast sama cam semalam:)


Inilah guest housenye, tak silap RM 70 semalam


Pagi2 lagi we all dah pegi ke Pasar Baru. Aku tak sempat nak capture picture, sibuk sgt bershopping. Mmg kena datang sini kalau ke Bandung. Kita nak apa saja sume ada, dari kain pasang, lace, telekong, pakaian budak2, beg, barangan kulit, cookies, sume ade. Aku beli telekong, kain pasang 4 helai, tshirt 2, travel bag satu, sling bag 2, kasut 2. Itupun tak sempat nak pusing2 habis, sbb masa suntuk, dalam tengah hari dah nak balik ke Jakarta semula. Kami makan tengah hari kat food court kat sini, aku ngan my younger sis makan mee bakso, terbaik! Kakak aku plak order nasi ayam penyet. Aku tak tau die order dgn siapa. Kat sini bila kta duduk je, akan ada ramai orang dtg kerumun kta tnya kita nak makan apa, they all berebut customer. Tambah lagi nampak orang Malaysia.. Kakak aku order nasi ayam penyet, dia cakap satu orang makan, tapi orang yang jual tu bagi 1 set utk 3 orang makan, saja agaknya buat2 tak faham. Apalagi kena bayar Rp90 ribu la. Lepas hantar nasi die lari. So ko nak tanya kena kejar die. Pastu dia buat tak faham bahasa kita. Sbb kakak aku nak satu je, die bagi 1 set utk 3 orang. Serabut gile. Kakak aku tu dah naik angin. Aku plak blur2. Nak suruh die ambik balik die tak faham. Tambah lagi die dah served. Tak taulah at the end, bayar jelah. Pening dan serabut. Tak payah lah makan kat sini. Food tu tapau utk makan dinner kat jakarta nati. Tapi nasi ayam penyet die sedap, mmg tak sama rasa kat Malaysia, rasanya authentic. Kalau nak makan sini juge, kena cakap tak nak kalau kita tak mau, then cakap dengan jelas apa yang kta nak makan.

Nasi Ayam penyet confuse, hehe tapi sodap
Lepas makan sini kami ke Kartika Sari-house of brownies, aku beli cookies, brownies, pisang keju, ngan pisang salai perisa coklat, original  and cheese. Sumenya sedap2. Tapi Kartika Sari, mahal sikit okie. But nak cuba brownies kat sini mmg terbaik. After siap bershopping terus kami terus ke Jakarta. Sampai2 Jakarta, dah petang nak sambung shopping kat Mangga Dua da tutup jadinya ktaorang pegi Mangga Square aja. Sini mcm shooping complex biasa. Aku beli beg ngan perfume kat sini sbb murah2.

Malam tu kami makan ice cream yogurt dgn donut dekat Jco
Makan malam @ Jco coffe house sambil menunggu ahli kumpulan lain siap berjalan-jalan. Time ni dah malam dalam 10 lebih we all baru nak check in hotel. Yang kelakarnye memula tu sesat nak cari hotel, sbb pak supir tu orang Bandung, so that die tak biasa jalan kat Jakarta ni, die cume tau pegi airport aja, adoiyai. Pakai GPS ntah kat mana2 dia bawa, sesat juga. Berpusing-pusing kami dekat 1 jam.  Hotel Kalisma ni belakang Tanah Abang aje. Sabor jelah.



Nampak cam selesa kan tapi Kalisma Hotel ni, time aku pegi tu bilik tak bersih sgt, ade strong smell yang tak best, plus ada abuk2 rokok dlm toilet. Dirty and smelly. Not recommended at all. Tak tau la if they all sudah upgrade skrng. Pagi esok tu breakfast die ok-ok je, ada nasi goreng, buah, and roti tapi nasi2 yang berterabur kat tempat dia hidang tu tak dibersihkan pun huhuhu. Lepas breakfast terus ke airport balik. Igtkan nak jalan dulu kat area2 ni tapi sbb takut pak supir tu sesat lagi terus aja kami ke airport. Ini lah die antara wajah Kota Metropolitan, Jakarta. Frust juge aku, tak sempat nak gi Tanah Abang :(









Anggerik Mall yang femes di Jakarta, tempat VIP mcm i :)
Sampai juga ke airport akhirnya, tanda berakhirnya trip kali ini.


 Aku datang bawa 2 bag, balik dgn 4 bag, salah siapa tu...hahaha


Melepak2 di sini, sambil menunggu flight. Tempat minum feveret i :)


 Departure hall. Best sbb airport baru. Selesa bangat.


Alhamdulillah selamat sampai KL, flight takde delay pun.

~ Tata :)

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...