Saturday, 7 September 2013

Jalan2 @ Kuching, Sarawak

Kiranya ni kali ke-2 aku ke Kuching. Dulu mula2 aku pergi waktu outstation kat tempat keje lama bulan November, 2010. Time tu diorang nak buat outside meeting (walaupun dlm opis pun boleh), they all nak buat kat Pullman Hotel, Kuching. Sebagai kuli biasa aku tiada bantahan apa2. Maka berkampunglah seluruh opis di hotel lima bintang, Kuching. Tak kisahlah kan sbb gomen byk duit. Peruntukkan diorang mmg byak. No komen la. Ini kali peruntukan sendirian berhad, aku pegi sbb ada majlis kawin member kat uni dulu, plus nak jumpa ex-colleagues opis lama - Effa. Effa orang Sarawak, lepas brenti keje kt company lama kami terus die balik kampung. Skang dia jadi tauke restoren, lagi senang keje sendiri katanya. Aku pegi sorang je time ni dan ramailah orang bertanya "berani ye awk pegi seorang diri." I was thinking tak boleh ke? :) Ini kali jugalah aku travel sesorang naik Air Asia. Maka flight pukul 9.20am, jam 5.30am aku sudah turun dari rumah bah...pkui 6.00 pagi aku sudah tercegat di Stesen LRT Taman Melati, mau ke KL Sentral. Pintu tak bukak pun lagi. Muahahahaha. Trip pegi, aku happy sbb dapat duduk tepi tingkat and...dapatlah aku snap gambar, Yeay!

Now everyone can fly....




Perjalanan ke Kuching dr Kuala Lumpur ambik masa dalam 1 jam 45 min, tak lama sangat. Dalam 11.30 Effa ambik aku kat airport. Excited tul jumpa die. Lepas ambik aku dan selepas berhug2 and kiss2, Effa bawa aku pusing2 kat bandar Kuching, then terus pegi makan kat restoren nasi ayam, Singapore Chicken Rice. Nasi ayam yang kelass- sedap. Effa is a non muslim, bidayuh, her hubby india, but sepanjang kat kuching dia and her hubby akan cari tempat makan yang aku boleh makan, makanan muslim yang orang pakai tudung jual. I really appreciate10x them.



SCR Restaurant femes jugak kat Kuching
Syok jugakla pigi Kuching kali ni, dulu kan datang sbb kerja. Tak best sangat, sbb kena mengontrol diri depan kakak, abang2 and bosses sekelian. Kali ni kamek enjoy bangat! After makan, terus check in hotel. Kena balik bilik, nak rest, mandi n solat. Area hotel- heart of Kuching town, dekat dgn Waterfront. Pilihlah hotel area sini, senang nak berjalan-jalan. Shopping complex, convenience shop, art shop mmg byk area sini, semua walking distance aje.


Hotel Hilton yang megah berdiri, tp aku tak duk hotel ni, aku duduk sebelah Hilton, yang kat bawah ni.




Bilik okie je, tp space die sempit sikit, lantai pun muat2 tempat solat je. Plug satu je die bagi, mmg bajet betul. Yelah RM60 semalam. Tapi bilik sangat bersih takdela bau pelik2.  Ok lah kta bukan nak duduk bilik pun. Most of the time, kta kluar. Effa ngan hubby die pun check in satu bilik, tapi malam tu Effa stay kt bilik aku, sbb aku ni penakut, takut ler sorang2.  Sporting hubby effa ni. Tapi malam tu bising betul bunyi pub area hotel ni. Bising ah orang karaoke. Tak payah takut la, sbb malam mmg hidup kat sini, tak sunyi. Aku plak sembang sampai pagi dgn Effa.

Petang tu, aku jalan-jalan dengan Effa sepanjang Waterfront ni. Dari sini kta boleh nampak mercu tanda negeri Sarawak that is Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di Petra Jaya yang berhampiran dgn sungai Sarawak. Bangunan 9 tingkat ni berharga  RM 300 juta you. Bumbung bangunan ni sgt unik sbb berbentuk terendak (mcm kon). Bangunan ni di rasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Julai 2009. Perasmian tu menjadi sejarah sbb ia bangunan DUN pertama di negara ini yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sejarah pulak ko.



Banyak kedai2 art yang jual cenderahati, makanan Sarawak mcm biskut sagu, kek lapis, gula2 buah pala, kain batik, mcm2 lagilah. Aku sempat grab 2 biji pasu, ngan pasu kecik2 utk buat cenderahati. Biasanya kalau kta masuk kedai2 art ni, they all tak bagi kta ambik gambar n memandangkan kta berada kat tmpt org, kta follow saja. Tp the gud things is they will politely ask u not to take picture in their shop. After jalan2 mestilah nak minum, sempat jugak aku minum2, sembang2 ngan Effa sampai petang. Cool gile. Hilang stress keje.

Baik Effa tau, teman aku jenjalan
Boleh shopping area shop lot ni. Pasu pon banyak.


Here in Kuching pkul 6.30 dah magrib. Malam tu Effa bawa aku pegi makan kat food court kat seberang sungai. Naik bot 50 sen:)



Dalam bot
2 tahun lepas, aku datang sini aku makan mee kolok, tp dis time aku makan nasi goreng cina je. Nama je sama, rasanya lain sgt dengan yang kta biasa di semenanjung. Tapi yang aku igt dlu aku datang sini minum air sirap bandung ngan laici, dis time pun aku order yang sama, kat kedai yang sama, suprisingly rasanya tetap sama. Terbaik!


Hari ke-2, aku pakai cantik2 ( cantik la sangat) sbb nak pegi kenduri kawin member aku tu. Baik betul Effa ngan hubbynye bawa aku ke sana. Diorang pun tak tau jalan, main redah je, jarak ke sana pun boleh tahan jauh jugak. 1 jam lebih. Tapi sebelum tu, Effa ngan hubby die ajak aku jalan2 ke kampung halaman Effa @ Serian. Opps huby Effa orang KL, now keje ngan Kastam kat Kuching. Time jalan2 kat pasar pagi Serian ni, Effa nak tunjuk, binatang2 eksotik yang orang kampung jual kat sini mcm ular sawa, biawak, etc kat bahagian pasar basah and i said- no, no, no! i tak nak ngk.









Ulat Sagu- utk makan tau
Aku sampai kenduri kawan aku ni, Yus diorang tengah bersanding n ambik gambar. Meriah sangat majlisnye. Haa berseri2 lah pengantinya. Yus ni skang jadi cikgu bahasa inggeris kat Kuching. ni first time pegi kenduri kawin orang sarawak. makanan pun lain la dgn kita kat semenajung. Btw, sweet couple.



Serius muka ada iras



Pelamin utk 2 orang, kakak dgn adik lelaki








Lepas wedding, petang tu, Effa ngan hubbynye nak bawak aku ke Taman Negara, Bako. Jarak ke sini dalam 37km dr bandar Kuching.  Dekat sini, kta boleh ambik boat dan round2 pulau and surely kta boleh snap gamba2 maveles. Nasib tak berapa baik, sbb time ni ombak tinggi, operasi tutup. Takde boat yang nak ke sana. Sedih betul, aku dr KL ni sedih, apatah lagi, mat saleh2 dri overseas tu. Nampak sgt muka diorang frust. Ada yang terduduk sbb tak sangka. Elok kta buat reaserch dlu sblum ke sini. Call pun tak apa. Boat operator tu cakap, biasa musim hujan diorang mmg akan tutup operasi. Hmmm...aku ambik jgak lah gambar2 dekat jeti.








Dengan hati yang frust kami balik la ke Kuching. Dalam perjalan balik tu, sempat lah we all singgah kat Pasar Satok yang mmg femes kat sini. Dulu tempat die kat lain, bermula 1 Jan 2013, tapak nye dah berpindah ke Medan Biaga Satok. Lagi terurus dan tersusun la kat sini. Yang aku perasan la, harga dkat sini, bagi barangan kraf, and kain2 batik ada sedikit mahal nak compare dgn kedai2 dekat Waterfront. Tp bagi aku la, dulu punya pasar Satok lagi best.

asar Satok, yang di buka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, terletak di tapak baru Medan Biaga Satok, - See more at: http://www.sarawaktourism.com/bm/itinerary-detail/itin-detail?catid=9&itinid=23#sthash.ItiepfMe.dpuf



Malam tu lepas dinner kat Kota Semarahan, aku jalan2 aje dekat kawasan kampus Unimas. Effa ngan hubby die ni ex-student Unimas, so diorang jumpa kat situ ler, Tu yang nak tunjuk tempat memori diorang dulu hehehe. Comel tul diorang ni. Kebetulan kat sini ada fun fair, we all pun pusing2 kat sini sekejap. Tak pernah2 aku pegi fun fair, kat Kota Semarahan ni plak aku pegi.






Last place yang aku visit kat Kuching ni is Taman Sahabat or Friendship Park.Tempat ni mmg cantik, especially for walking or jogging. Taman ni unik, di bina hasil hubungan erat antara Malaysia dan China. Bangunan kat sini pun ade ciri2 seni bina Malaysia dan China. Rasa mcm kat beijing la plak.Kat sini  ade satu replika besar Laksamana Zheng He atau lebih di kenali sbg Laksamana Cheng Ho. 










Tamat la trip aku ke Kuching kali ni. Insya Allah tahun depan pegi lagi visit Effa. Ikutkan, dis is a very short trip, 2 hari aje kt Kuching, but banyak jugak tempat yang aku dpt pegi. Yus nak jumpa after majlis kawin die pun tak sempat, pendek sgt time kat sini. Tak apa, next time boleh datang lagi. Thanks a lot to Effa ngan hubby,  they sponsor my meals and transportaion kat sini. Aku nak bayar duit minyak pun they all tak nak. Hubby Effa sempat lagi cakap, "u gaduh la ngan Effa i tak masuk campur", hahaha.

Esok tu awal pagi aku dah ambik flight ke Kuala Lumpur. Flight pkul 7 pagi, tapi sini pukul 6 pagi pun dah cerah. Malam tu lepas balik dr Taman Sahabat sampai hotel dlm pukl 12 mlm aku kemas luggage. Effa pun tolong susun barang aku. Pastu sembang2 sampai pkul 3 pagi, pkul 5 aku bangun, mandi solat subuh. Pkul 5.45pgi dah bertolak ke airport. Aku malas nak ambik flight tengah hari, sbb Effa pun kena balik rumah die kat Serian, 1 hour jugak dr Kuching. Then mestilah dia nak berehat2, coz Isnin dah keje, enoughlah 2 days bawa aku jalan2. Tak mau susahkan die lagi:) Aku terharu sangat sbb walaupun diorang non-muslim, diorang sangat jaga keperluan aku as a Muslim, mcm petang dalam pkul 3-4 diorang akan drop aku kat hotel, and said "mas mesti nak solat, solat and rest la dulu". Malam pun sama, nak keluar dinner, diorang akan cakap, "mas solat dulu lah then baru kita keluar." Makan pun diorang akan cari halal foods. Aku sangat respect diorang. Aku just doa, diorang dapat hidayah one day nanti; Insya Allah;)

~Tata


asar Satok, yang di buka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, terletak di tapak baru Medan Biaga Satok, - See more at: http://www.sarawaktourism.com/bm/itinerary-detail/itin-detail?catid=9&itinid=23#sthash.ItiepfMe.dpuf

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...