Sunday, 8 September 2013

Reunion Trip -Kota Kinabalu, Sabah

Plan nak ke Sabah dri taun 2010 lagi tp tak jadi. Lepas tu, diam macam tu je. Effi member kat Sabah tu pun tanya...what happen to the plan? Aku diam, tak mau jawab, sbb member yang sepatutnya book tiket tu tak book pun, even payment aku dah bagi kat die. Bila aku tnya die keep cakap busy la meeting la....Then harga tiket dari promotion rates went up and jadi normal, time tu takkan nak book kot. Sbb dah kira over budget la plak. Then member lain  tnya aku lagi, what happen? Adoi, pening aku, yalah orang kan berharap. Ya memang betul, orang berharap, tp susah deal ngan member yg sorang tu. Aku pun tak sangka, sbb mulanya dia nak booking. Dan aku tak tau jawab apa, tapi duit die return semula la...

This time, aku sendiri yang booking and member aku yang prob tu, MIA. Tak kisahlah sbb aku pun pening ngan die:)  Dia tu jenis manusia yang suka bercakap cakap, nak gi Kuching la, nak gi Australia la, Bandung, Jakarta whatever lagilah, tapi passport pun takde. Malas la citer pasal die. Time ni pun nak booking bukan senang sbb aku kat KL, Fiza di Kedah, Fyairos kat Terengganu, Effi definitely di Sabah. Aku lah yang tukang arrange. Aku kena cari date nak suit ngan sume orang. Tp aku ngan Effi lebih flexible, cuma Fiza ngan Fyairos saja take time sikit nak confirm date, sbb they all lawyer. Sume kena check diary, takut clash ngan court case. After dapat confirm date with Fiza and Fyairos aku kena confirm ngan Effi plak, Effi, DPP tapi she is quite flexible. Any dates aku suggest, she will always answer "OK". After berjaya book terus Effi mintak email itinerary pada die, she's started planning! what come to my mind- efficient nye makcik ni.

This reunion is after 7 years from Uni time, here our pictures when in Uni, comel2 aje:) Tak  jumpa gambar berempat. Tak apalah asing2.





Fiza, naik keretapi dri Alor Setar, malam sebelum tu sampai KL sentral pkul 5.30 pagi, Fyairos naik bas dr Kuala Terengganu sampai KL Sentral dalam pkul 5 pagi. Aku bangun pkul 5 pagi, siap solat sume, terus naik LRT ke KL Sentral. Aku tak leh kluar awal sbb LRT pun mula operasi pkul 6.10 pagi, tapi pkul 6.00 pagi tu orang dah penuh, dan biasanya pkul 6 dah buka. Aku sampai KL Sentral dekat pkul 6.45 pagi, bising btul 2 orang ni duk call aku takut aku datang lambat haha. Flight ke KK pukul 11.05am, sengaja ambil tengah hari sikit, sbb dua orang ni dari jauh, sorang dari pantai timur sorang dr  utara. Naik bas dri KL sentral terus ke LCCT, RM 9 je sehala, ok la. Flight tiket aritu dapat RM 198 je for return, tapi lepas campur luggage, food, and insurans (terbook insurans) total per pax RM 251.  Ok la, sbb gi KK 3 hours kan. After drop luggage terus pegi breakfast dulu kat Secret Garden, LCCT. Kesian diorang kelaparan, yelah tavel dri malam tadi kot. Diorang ajak makan kat KL Sentral tdi, aku reluctant sikit, sbb biarlah melepak2 kat LCCT dr KL Sentral. Kesian diaorang, makan roti je dalam bas td. Secret Graden, LCCT ni tak silap aku buka 24 hours, pagi tu semua orang makan mee goreng, hehe. Sbb Fiza ni lawyer ade firm sendiri, aku ngan Fyairos pau die bayar breakfast kitaorang, hehe.
Fyairos bagi briefing trip to KK
Flight Idaman, bawa ku ke KK
Flight ke KK yang sepatutnya berlepas pkul 11.05am delay lebih setengah jam, 11.40am baru berlepas. Sampai2 ke KK tggu dalam 10minit Effi pun sampai, excited betul jumpa dgn Effi ni.  Macam tak caya je, sampai ke KK ni. Hari tu hari Jumaat, Effi ambik cuti sbb kitaorang datang (^_^)
Tunggu Effi, die on the way
First time im in KK
Lepas Effi datang terus kami ke hotel utk check in. Nak letak barang dulu sebelum berjalan-jalan. Fiza ngan Fyairos ni pun mengadu-ngadu tak selesa- sbb tak mandi dr malam tadi hahaha. Duk bergaduh2 dua orang ni dah mcm Upin ngan Ipin dah, dri KL Sentral smpai dalam flight tadi. Kami check in kat Hotel Dynasty Tang KK. Hotelnye bersih dan murah, 2 malam kami stay sini, cuma bayar dlm RM359, divide by 3 person, so sorang bayar dalam RM120 utk 2 malam. Ok la sbb plus breakfast sekali. 

Hari Pertama, lepas resting kat bilik, 2 orang tu mandi, solat sume, Effi bawak kami ke Pasar Filipina, atau Pasar Filipin. Nama ni di beri sbb kebayakkan peniaga kat sini adalah orang Filipina. Macam2 kta jumpa kat sini, pearls, tshirt, foods, souvenir, brooch etc. Aku pening ngk pearls ni, tak tau nak pilih yang mana. Ada pearls air masin and air tawar, tak silap yang air tawar tu murah sikit. Butang baju melayu dr pearls pun ade. Memang sini kawasan destinasi wajib pelancong. Ini lah suasana dalam Pasar Filipin. 

Ini lah wajah selepas 7 tahun, sume masih mainain comey hehe.
Peniaga2 kat sini bila cuba teka, mesti ingat kitaorang ni student Universiti Malaysia Sabah atau college student :)
 

 

 

 

 

 

Ini kira kawasan luar pasar, kat luar pasar tu ada gerai makan, barangan basah, ikan kering, serbuk kopi, rumpai laut n banyak lagi lah. Kat dalam boleh tawar menawar kat luar pun sama. Tanya je boleh dpt murah ke tak.


Rumpai laut, tapi aku malas beli tak reti makan










Pasar Filipin ni depan Hotel Le Meridien, plus pasar ni tepi laut. Kat depan tu laut, so ikan, udang, ketam, sini sume fresh. Untuk dinner, kat Pasar Filipin ni  memang byk gerai2 makan, tapi Effi tak bagi makan kat sini. Dia cakap dah 2 kali die makan kat sini, 2 kali tulah dia sakit perut. Effi bawa pegi makan kat Kampung Nelayan Foating Seafod Market Restaurant Taman Tun Fuad, Bukit Padang, Luyang KK. Makanan sini mmg sedap2, plus kawasan dining dalam tasik, mmg sejuk bila kena angin malam. Ade pertunjukkan kebudayaan kat sini. Sambil menjamu selera boleh ngk tarian dr pelbagai ethnic kat Sabah.







Makanan sini mmg maveles-sedap. Tapi harga die aku tak sure sbb Effi sorok bill then we all tak tau pun bila die bayar. Thanks Effi:) Tapi aku agak2 harganya boleh tahan sbb ada show sekali kat sini. Malam tu lepas makan, kitaorang kena cari selipar. Sbb esok Effi nak bawa kitaorang pegi walkaway canopy dekat Kundasang. Aku pakai wedges, Fyairos ngan Fiza pun pakai kasut bertumit, tak sesuai nak jungle tracking. Yang kelakarnya kitaorang pusing satu KK nak cari selipar yang tak sakit kaki. Sempat lagi Effi bawa kami pusing2 dalam kawasan Uni Malaysia Sabah. Tapi sebenarnya Effi sengaja nak bawa kitaorang pusing2 KK malam tu sbb kitaorang sume first time datang Sabah so mmg best. Last2 jumpa jugak selipar yang ok dekat satu kedai pakistan hehe, aku pun sempat beli panadol solubal sbb kena selselma tiba2. Punca nya aku tau, bau bilik hotel waktu mula2 aku masuk nak letak barang petang tadi kuat sampai aku bersin. Takut jugak sbb esk nak ke Kundasang tu jauh. Balik hotel around pkul 1 pagi. Best, mmg best.

Hari ke-2, lepas breakfast kat hotel, kitaorang terus mulakan perjalanan ke Kundasang. Siapa2 yang pegi Sabah, mmg kena pegi Kundasang, mmg best and thrill. Kalau boleh bergerak seawal mungkin, haritu kitaorang bertolak pukul 9 pagi. Kami sewa kete sekali ngan driver untuk sehari bayarannya RM420. Semua kira ting-tong, kecuali Effi. Kami semua belanja die plak. Kat Kundasang nih kita boleh nampak Gunung Kinabalu. Subhanallah, mmg cantik. Kami benti sekejap nak ambik gambar. Ramai ropenya pelancong2 yang benti juge ambik gambo! Mmg mevelous beb...Kundasang ni kawasan tanah tinggi yang sejuk dan selalu hujan.Udah tanah berbukit kan, if bawa kete kena ada skill extra sikit. Banyak kena hati2.

Kebanyakkan kete kat sini  jenis SUV sbb bentuk fizikal kat sini berbukit-bukit







Ni kawasan kaki Gunung Kinabalu, singgah balik ptg nanti
Ada rumah kat kawasan bukit2 ni


Tempat pertama yang kami drop harini kat sini - Sabah Tea Garden yang mengeluarkan tea organic. Bayaran masuk sini one car dgn tour guide sekali RM12 saje. Kat sini boleh pergi kawasan ladang teh, factory tempat process teh dengan shop. Nak masuk factory tu kena bayar lain, tapi kami tak masuk pun.




Shopping teh kat sini
Apa kene ko fiza?
Model sabah tea, please org tv ambik la aku (T_T)



Payment ikut schedule ni



Next station - Longhouse- Location depan Sabah Tea Garden ni aja. Bole juga kalau nak bermalam kat sini dan ikut pakej recreational (2-day 1-night Sabah Tea Adventure package) yang di offer oleh Sabah Tea Garden. Kalau tak nak duk sini, boleh pilih utk stay kat bungalow, apartment or hotel lain yang disediakan oleh Sabah Tea Garden. Apa2 aje, boleh kautim punyalah.








Kawasan dalam rumah panjang
Tak mungkin aku boleh stay kat sini hahaha
Sapa rajin boleh baca


Kawasan dalam rumah panjang ni selasa, berangin aje




Dari sini, terus ke Poring Hot Spring. Kat sini ada Taman Rama-Rama, Tropical Garden, Taman Orkid etc. Senang citer ni kawasan kolam air panas dekat kawasan kaki Gunung Kinabalu. Best tau sini, ramai famili datang sini dgn budak2.









Dan yang paling femes kat sini pastinya Canopy Walkaway. Kat sini lah kta boleh jungle tracking pastu naik canopy a.k.a jambatan gantung. Kami pun pakai selipar yang beli malam td huhu. Betul kata Effi, footwear mmg sangat penting kat sini. Even I dont excpect to go for this adventure, but finally end up dgn rasa yg sgt best! Bayaran masuk ke sini, adult RM3 seorang dan bayaran kamera RM 5 utk satu camera.




Jangan salah jalan


Setiap pengunjung kena tulis nama, semua suruh Fiza yg tulis






Take picture jap sblum mendaki
Jom!







Sebelum naik, ke Canopy duduk sekejap kt Pondok Manggis ni. Aku ni mmg tak fit langsung, ini kali kedua aku berenti. Punyalah penat, sampai tercungap-cungap aku. Serius mmg tak larat gile. Effi yang dah berjaya ke puncak kinabalu tu cakap, kalau nak rest tak boleh rest lama sangat. Adoiyai...diaorang siap tanya aku lagi, kalau tak larat tak apalah turun jelah semula. Aku gagahkan jugaklah sampai ke sini. Tinggi dari bawah ke sini 500 meter. Tak biasa nye lah i....tracking2 ni.... 


Penat wei...(T_T)




Perjalanan ke canopy bermula kat sini. Jambatan gantung ni bersambung dari satu pokok ke pokok yang lain. Kiranya kita akan turun semula ke bawah menggunakan canopy ni. Gile neves. Macam nak menangis pun ada. Tak pernah2 aku buat aktiviti lasak mcm ni. Adoiyai...tapi aku ngk budak2 sekolah ni rilex je, aku cuba la kuatkan hati ini..Terus terang, mmg aku terpikir nak patah balik...waaaa.





View dari atas canopy, mmg cantik.  Memula tu takut gile, sbb jambatan gantung ni kan terolang aling, tak stabil. Pastu budak2 sekolah yang naik kat belakang kitaorang tu siap melompat-lompat lagi atas jambatan tu bergoyang lah sumenya. Aku menjerit2 takut. Lepas one poit, kitaorang bagi budak2 tu pergi dlu.




After habis canopy walkway tu rasa relief sangat. Macam mana nak citer eh, ada perasaan takut tp rasa best pun ade. Pengalaman baru- sweet:) Pic kat bawah ni, perjalanan turun tak jauh rasa dalam 100 meter lebih je.


Yeay dah nak turun!
Untuk pendakian ke atas, naik canopy, plus perjalanan turun, we all ambik masa 1 jam lebih je. Dats why kasut kta kna yang selesa. Sbb kita akan daki bukit, batu, tanah licin sekali sume ade. So jangan pakai wedges ye, apatah lagi high heels. Lepas turun, terus kitaorang pegi makan tengah hari kat kawasan depan taman reakrasi ni. Kebanyakkan restoren sini mcm chinese retaurant tapi kami pegi ada satu kedai makan muslim kat sini. Satu ni je yang aku nampak.


Inilah menu makan tengah hari aku, aku habiskan bihun sup ni pastu aku pegi kacau Fiza punya nasi goreng pattaya hahaha. Pesan Effi, elok  makan makanan yang bersup2 sbb kta baru turun dari mendaki bukit. Elakkan makanan berminyak macam mee goreng dsbnya. Maybe utk penghadaman kot. Mihun supnya ok je. 

Lepas aja siap makan, kitaorang pegi ngk bunga rafflesia yang tengah blowing. Ikut kata tour guide kami ni, kalau nak ngk bunga ni ikut nasib, kadang tu datang tapi bunga tak blow. Kitaorang pegi tu, bunga tengah blow, so boleh la ngk. Tapi, bayaran masuknya  bukan main mahal lagi RM20 sorang u! Kalau lebih dari satu bunga yang blow pada satu2 masa, bayaran masuk tu boleh naik sampai RM50 seorang, gile mahal. We all bayar RM 80 semuanya, ngk bunga tu ambil gambar dan balik, tak sampai 10 minit pun...Aku dengar ada satu group tu argue ngan orang yang jaga rafflesia ni, dia tanya napa mahal sangat, mcm marah2 la. Orang tu cakap, duit yang diroang dapat tu diorang akan bahagikan dengan orang kampung kawasan tu.


Stop kat sini...



Ni yang dah mati
Perjalanan diteruskan lagi. Our next destination is Desa Diary Farm, yang terletak di Mesilau Highland, kawasan kaki Gunung Kinabalu, Kundasang. 

Cantik kan view Kundasang ni, cool
Dairy farm ni boleh mengeluarkan 1 juta liter susu berkualiti setiap tahun! Mak ai banyok nye. Waktu sesuai untuk kita ke sini, dalan pukul 2.30 ptg waktu tu kta boleh ngk lembu2 ni beratur utk diperah susu. Nasib kami tak berapa baik sbb, waktu kitaorang sampai tu, hujan turun dgn lebatnya. So kitaorang duduk dalam bangunan aje, tak boleh keluar.

 




Kalau dah datang sini mesti kena beli susu yang they all jual. Fresh gile beb! Aku tak minum susu biasa, so aku ambil coklat. Fiza kata susu putih ni pun fresh gile, takde bau pun. Coklat punya pun mmg sedapppppp. Tapi cepat muak, sbb kita jdi cpt kenyang. Penat juge aku nak menghabiskan susu tu.

Price time aku dtg, tak tau la if skrg dah naik


Lepas minum2 kitaorang pun balik la. Ops lupe dalam shop ni diorang ada juge jual souvenir, key chain, mug, cup mcm2 lagi. Boleh shopping juge kat sini. Harga  sedikit pricy lah. Kat luar masih lagi hujan. Walaupun hujan kitaorang nak jugak ambik gamba kat sini. Driver tu ambil picture ni dr dalam kete, kitaorang redah hujan hehe.



Disebabkan hujan mmg lebat maka banyak tempat yang we all tak boleh pegi, terpaksa cancel mcm Kundasang War Memorial, Mesilau, Pekan Kundasang, etc. Memang tak boleh kluar kete:) At last kami pegi Kinabalu Park, tempat orang berlepas utk mendaki Gunung Kinabalu. Dapatlah aku ngk orang yang berjaya naik, sambil menangis kegembiraan and ada yang kena patah balik sbb injured dsbynya. Best jugak duduk kat sini ngk2 orang. Tinggi Gunung Kinabalu is 4095.2 meter, aku 500 meter tadi pun dah nak patah balik hahaha. Tapi sebenarnya siapa2 pun boleh naik asal kan fit. Make sure kena workout at least 3 months before naik. Nak daki gunung tertinggi diAsia Tenggara ni kena bayor tau, if im not mistaken for Malaysia not Sabahan RM1,000 plus, Sabahan berapa ratus tah, boleh google, Effi ada bagi tau tapi aku . tak pay attention sbb tak minat nak mendaki :)




Kami posing aje ngee
Ini peta nak sampai ke puncak gunung


Ni tangga nak turun ke kaki Gunung

Yang berjaya mendaki
Tak lama kat sini sbb nak balik KK, tak boleh malam sangat. Dari sini sempat lagi kami drop kt kedai cenderahati area Kundasang. Dari situ terus kami balik semula ke KK- penat :) Malam tu Effi jemput kitaorang dalam pukul 8 lebih pergi makan steamboat dekat Windbell Seafood Restaurant, Tanjung Aru. Steamboat buffet, harga seorang dalam RM32. Ada 2 kuah pilihan, sup and tom yam, 2-2 pun sedap tapi aku lagi prefer tom yam. Banyak juga steamboat selection kat sini



banyak juge pilihan

Laparrrr...

Lepas makan, kami meneruskan jalan-jalan sekitar Sutera Harbour Resort. Tak de buat apa pun kat sini selain duduk2, jalan2, sembang2....Ambik angin malam sambil resting. Waduh dong. Nyaman bangat!






Lepas lepak sini Effi bawa pusing KK lagi plus satu activiti gile yang kami tak pernah buat seumur hidup - melihat "ayam" berbisnes secara live hahaha. Kitaorang dlm kete so orang tak perasan. Huhuhu, scary and insaf aku...

Hari ke-3, kami check out hotel pastu terus ke Pasar Filipin sekali lagi beli barang2 yang tak sempat beli aritu, dan lepas tu pergi ke Jamilah Jewellery, kedai jual pearls. Aku beli juge la, brooch dgn tasbih dr pearl. Jamilah Jewellery ni ada branch kat KL, dekat Kenanga Wholsesale City. Then pastu pegi Pasar Gaya. Pasar Gaya ni sama je dgn Pasar Filipin, cuma tempatnya lain. Barang jualannya sama je.







Ada joget poco2 lagi
Lepas dari Pasar Gaya ni, Effi bawa kami makan dekat Restoren masakan Padang kat Waterfront. Time ni dah start rasa sedih sbb flight balik KL pukul 3.30 petang tu.





Last drinks together... (T_T)



Dari sini Effi hantar terus kitaorang kat airport KK. Tamat lah reunion trip kami kali ni. Puas hati sgt sbb walaupun 3 hari 2 malam banyak tempat yang kami pergi. Itenary mmg pack tapi best. Plus happy sbb trip ni success, sorang dari Pantai timur, sorang dari Utara, aku dr KL sorang kat Sabah, boleh jumpat kat KK.  Sedih sgt bila berpisah, tambah lagi bila ingat layanan baik Effi sepanjang kat sini mmg boleh buat kitaorg sume terharu. Dia sangat pemurah dan tak berkira langsung dgn kami, plus bagi lagi sovenier2 kat kami. Tq so much Effi, see u again...(^_^)

Leaving with sweet memories
Safely arrived at LCCT

Perjalanan balik ke KL naik Air Asia takdela smooth sgt, sbb flight kami pkul 3.30, pkul 3.00 tu kitaorang tgh queue lagi, dan queue tu tak surut2. Orang ramai sangat dan airport tu kecik aje. Effi pun tolong beratur untuk masuk ke departure hall, sbb kitaorang tak lepas lagi drop luggage. Last2 tumpang kaunter yang nak ke Miri, nasib baik staff tu bagi, walapun tak berapa nak mesra sangat. Bila nak queue masuk flight pun boleh tertukar queue, sbb ada dua flight yang sama nak ke KL. Kitaorang ikut sceen tp salah, diorang ckp kena ikut announcement. Mmg kelam kabut. Tak payah citer lah layanan air asia, asal sampai KL selamat sudahlah. 

Bila sampai LCCT, kitaorang naik Sky Bus ke KL Sentral, keretapi Fiza ke Alor Setar pukul 9.00pm. Fiza nyaris2 terlepas keretapi sbb driver yang bawa bas tu punya la slow -minyak habis. Adoiyai..silap aku tak bawa diorang naik bas ke ERL-Salak Tinggi terus ke KL Sentral tadi, tak apalah sbb Fiza sempat naik juga, smpai KL Sentral ngam2 pkul 8.95. Fyairos naik teksi ke Hentian Putra- bas dia balik Terengganu pkul 10pm dan aku naik LRT terus ke Taman Melati. Bye to all, moga jumpa lagi tahun depan:)

~Tata:)

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...