Sunday 23 August 2015

Relaxing Sabah, Mari2 Cultural Village, Signall Hill & Karambunai Sunset(4)

Ini cerita last jalan di KK. Esok naik flight blk KL. Then akan terus makan kenduri di Terengganu. Dalam blog ni aku cuma tunjuk itinerary saja utk sapa2 yg nak buat reference. Takdela details sgt ku cerita. Tapi tempat mcm Kundasang tu tak pergi la sbb da gi taun lepas. Actually, kalau nak explore Sabah ni sebulan pun tak cukup. Sbb tempat ni luas yg amat and sgt unik. Macam kalau ke Kundasang tempat dia lain, Kota Belud lain, Sandakan, Tawau lain. Definitely trip 6 hari 5 malam mmg tak cukup. Tambah pulak jarak nak ke satu tempat ke satu tempat yang lain tu jauh, 3 jam perjalanan, 4 jam perjalanan. Pergi balik dah habis sehari. Giteeww la lebih kurang.
Ari last ni program dalam KK je. Kami ke sini, Mari-Mari Cultural Village. 20 minit je dari town KK.
Tempat ni pun famous as tourist attraction. Review dekat tripadvisor-good. Entrance fee aku rasa terus terang agak mahal. Adult RM160 termasuk buffet lunch. Sebab tu la aku rasa tak ramai family datang sini. Banyak tourist luar negara.
Aku dah ambik gambo da itinerary mereka. Rujuk la kat sini. Tak pasti la kalau sekarang dah berubah. Lepas GST la katakan.
Mula2 sampai kita register dulu dekat counter. Aku tak pasti boleh walk in ke idok. Tapi rasanya boleh. Better call la dulu. Suruh hotel call pun boleh kan. Kami ni sudah semestinya Effi yang arrange sume ni. Siap datang lagi sebelum ni. Bila semua da ada, staff kat sini akan buat grouping ikut nama ketua kumpulan. Tu cik abam tu duk panggil nama ikut kumpulan.
Kami dapat dgn group adik ni. Nama dia tak igt, Priscilla ke apa. Tapi dia ni muda la kau. Lepas sekolah. English very good. Review kat tripadvisor cakap, tour guide kat sini all young people yg energetic and passionate. Mmg betul. They all ni bagus buat kerja.  Mari-Mari Cultural Village ni tour utk visit ethnics life kat Sabah ikut 5 kaum utama, Kadazan dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau and Murut. So segala peralatan zaman dulu yang kaum2 ni pakai akan di tunjukkan semula. Ala mcm Korean Folk Village kalau kat Korea atau Taman Mini Indonesia di Jakarta atau Rumah Budaya kat Sarawak. Kat Europe tak tau la, dok sampai agi....
 
First house to go. Rumah kadazan dusun yg kebanyakanya petani, penanam padi dsbnya lah. Peralatan yang ada kat sini pun utk kegunaan petani.
Kawasan dalam rumah. Yang tangga ke atas ni, nak ke bilik anak perempuan atau si gadis. Kalau malam tangga tu akan di alih. Bukan kaum kadazan dusun aje, kaum2 lain kat sini pon same. Special sikit utk elakkan gangguan. Bagus kan.
 
Alatan memasak zaman dedulu. Sayuran tu tetap sama la kan, cuma ada dapur kayu, tempayan wat isi air, beras mcm2 lagilah. Kalau dia letak tong gas, sekali ngan microwave mau aku terkezut.
 Adik ni buat demo prepare tuak kalau tak silap. Lepas siap, dia bagi minum. Tapi kitaorang tak minum. Huhuhu.
 Dia buat demo lagi. Macam2 demo ada. Mmg best. Kawasan ni pun under  preservation, so mmg bersih and cool. Sejuk aje.
 Demo lagi, prepare makanan dalam buluh. Adik ni masak time ni juga.
 Boleh cuba, tapi kami tak cubalah.
Rice wine.Menurut adik ni, minuman ni mmg special utk mereka. Especially utk keraian atau celebration. Sapa2 nak cuba boleh tapi kami tak lah kan.
 
Serius aku rasa bahaya betul, sbb aku ni mmg jenis suka cuba tau.Aku takut je kalau tercuba bila ngk semua ambik and minum benda tu. Nasib baik ada geng. Peringatan kepada sesiapa yang tak kuat iman, bawa geng surau!
 
 Abam ni prepare apa tah. Tapi mcm nak masak je.
Second house-Kaum Lundayeh. Kaum Lundayeh ni banyak fisherman atau hunters. Ops, turutan rumah yang nak di lawat ni tak fix, kadang2 rumah tu ada group tourist lain jadi kita ke rumah lain dulu. Ikut keadaan la.
 
 Kami pon berposing la mcm biasa.
 
 Ini ethnic Lundayeh, siap pakai baju tradisional lagi. If aku tak silap, ni persalinan perkahwinan.
 
 Adik tour guide tu ambik gamba kam, baik dia tu. Sopan dan ramah orangnya.
 
 Macam biasa, selfie dgn monopod.
 Ni demo apa yg di buat, dok igt buat madu rasanya. Semua demo ada.
 
Tempat buat honey. Sweet je adik ni.
Sempat lagi orang belakang peace. 
 
Next rumah kaum Rungus. Kaum Rungus banyak di kawasan Kudat
 
Perasan tak, bentuk buaya. Huhuhu, Effi suh kami duk kat situ. Dia nak take picture.
  
Adik ni mmg beria, buat penerangan. Very informative. One thing, rumah2 kat sini di jaga dgn baik.Takde yang rosak atau under maintenance. Bersih pun bersih.
Next rumah kaum bajau. Kaum ni pun ramai fishermen dan juga Muslim.
Kawasan dalam rumah. Ini pelamin utk pengantin baru.
Kuih karas, they all buat kat sini. Then kita boleh cuba. Yang ni aku mamam la.
Mempelam pun depa duk bagi kami rasa. Yg mana hak tak pernah tau tu excited la nak cuba. Hikhikhik, depan umah aku pun ado.
Rumah last- kaum yang paling di takuti-Murut. Sbb nya kaum ni famous sbg headhunter. Kepala yang they all pancung tu di simpan lagi. Biasanya penggal kepala ni mcm utk menunjukkan kekuasaan and kehebatan kaum mereka la.
Ini sumpit. Semua orang boleh cuba.
Ini demo last, demo nyalakan api tanpa guna mancis. They all pakai habuk kayu dan juga teknik special iaitu kesabaran dan keazaman yang tinggi, hahahah, aku mesti fail buat benda ni.
Cermat cara they all buat benda ni you. Terhasil la juga api.
Ini pun satu aktiviti kaum ni. Ketua rumah panjang akan letak rambut ke apa kat bahagian bumbung then they all akan cuba lompat utk ambik.
Last2 main benda ni Aku tak mau join, bebudak je.
Ini inai temporary. Normally sbg tanda penghargaan kaum ni akan bagi something utk peringatan. Then utk cultural village ni they all akan offer buat inai kat tangan. Aku tak mau.
Last before lunch-ngk persembahan kebudayaan dulu. Best la. Mmg dapat ngk budaya tempat orang. Tak dapat ngk kalau tak gi jenjalan ye dok.
 
Show started.
Cool-enjoy the pics...






 


  
Part paling last, lepas they all dancing. mereka pun ajak sesapa yang nak join dancing sekali. Of course aku lari, hikhikhik. Then after show pegi lunch, buffet yang halal dan sedap. Buffet ok sgt. Effi cakap kalau tak suka buffet dia ajak makan kat KK je tapi aku ngk dgn dia sekali makan. Ada kedai souvenier juga dekat restoren. So aku pun beli souviner sampai orang tunggu aku dalam van. Kita kena naik van utk ke counter tempat first kita datang tadi.
Kitaorang balik hotel dulu, rehat2 solat then ke sini. Signal Hill. Apa yg famous kat sini, aku pun pelik. Ropenya ni highest peak kat KK and kita boleh ngk all KK termasuk pulau gaya, dan kawasan sekitarnya. Biasa kalau datang sini ngk sunset. Boleh naik dari bawah, dkt Padang Merdeka tu tapi Effi terus bawa kami ke atas dgn kete. Sbb semua da penat hikhikhik.
Kalau perasan kat belakang ku itu ada restoren. Tapi kami kenyang lagi. So duduk je kat sini, lepak2.
Inilah kawasan sekitar Signal Hill, kalau terus drive park kat area ni.
Nampak bandar KK dengan jelas nya.
View yang sangat cantik. If ngk sunset kat sini mmg cantik, tapi we all nak ngk sunset kat Karambunai. Before that we all headed to Pasar Filipin dulu. Mcm biasa la cari ikan kering, udang kering semua yang kering2, brooch, mutiara, utk buat souvenir.  Effi drop kitaorang dulu sbb dia gi repair kete, yelah jalan jauh gile kot past few days ni.
Semua barang2 yang nak di beli kat sini boleh di pack aje.Senang. Siapa naik Air Asia, kena igt KG la kan. Siapa naik MAS kena igt, luggage kat bawah cuma 2 sahaja dan tak boleh lebih 30kg seorang. Satu lagi, kalau Air Asia, udang, ikan basah kena bawak naik atas tak boleh letak bawah.
 Time ni dia da siap repair kete baru dia datang join kami. Macam2 kami beli.
Karambunai ni resort high class. Anak VVIP boleh la buat majlis kawin kat sini. Kami ni masuk nak ngk sunset je.
Inilah kami, comey aje. Dah 5 hari jalan sama2.
Tunggu punya tunggu matahari tak nampak. Takpelah, view pun cantik juga.
Ok, dinner pergi makan seafood. Takkan la pergi KK tak makan seafood kan. Effi bawa ke sini Salut Seafood restaurant. Kami dok order beer la. Kalau non-muslim they all suka makan seafood dgn beer. Sbb tu kat seafood restaurant if owner dia non-muslim mmg ada beer.
Pilih apa yang rasa nak makan then baru they all prepare.
Makan kat sini tak sampai RM100. Kelakar duit tabung kami hampir habis huhuhu. Esok nak ke Terengganu pula, maka masing2 kena menyerang ATM.
The next day, kami terus pergi airport. Beakfast kat airport ja. Then dari KK ke KL and dr KLIA tu terus ke Subang Aiport sbb naik Firelfy ke Terengganu. Tiket firely tu murah and plus masa dia sesuai that is sedikit petang. Sbb kami sampai KL dalam pukul 1 lebih. Nak citer time ni Fiza dah tak ok, dia pening2 and asyik muntah. Dah tak larat dah. Kat airport Terengganu pun dia muntah dalam toilet. Malam tu sampai hotel dia terbaring. Kesian dia, tak larat sbb jalan lama sgt kot dah dekat seminggu and makan pun macam2. Aduhai la kawan.
Ni la kawan Ganu kita yang kawin tu. Sempat jumpa one uni fren lagi kat kenduri dia. Nasib baik Fiza da ok hari ni.
Bila aku ngk gambar ni aku tergelak, sian Effi tetiba jadi second pengapit bidan terjun. Ko nak sgt datang ke sini, jadilah pengapit yo, kihkihkih. Aku bantai gelak sakit perut time ni. Sbb aku berjaya lari.
Berselfie dgn pelamin mereka sblm mereka bersanding. Balik dari kenduri ni pun da petang. Malam tu kami jalan2 kat bandar Kuala Terengganu. Kami duk dekat Grand Puteri Hotel. Hotel ok, breakfast sedap and dekat dgn Pasar Payang and kedai2.
 
Hari second di Kuala Terengganu pagi tu kami pergi beli keropok dan shopping sikit dekat Pasar Payang. Tengah hari kami pergi ke reception belah lelaki dekat Marang. Transaport? kami sewa kete. Dapat myvi baru okielah. Effi da tak nak bawa, Fiza la kena hikhik. Kelakar betul sbb dia tak biasa bawa auto. Nak citer time ni giliran aku pula yang sakit. Aku tak tau la aku salah makan apa. Balik hotel aku gi toilet beberapa kali dan muntah keluar isi perut 2 kali. Aku pula yang terbaring kat hotel. Depa nak kuar gi Taman Tamadun Islam, dinner sotong goreng tepung dgn pasangan pengantin baru ni pun aku tak leh join. 

Aku cakap pergi la, kesian they all nak jalan2 nak makan2 takkan sbb aku sakit they all tak leh pergi. Aku anggap takde rezeki kali ni, insya Allah boleh gi lagi takdo masalah. Fiza pegi beli ubat kat Pharmacy dgn air 100plus tu jelah yang aku minum. Badan aku lembik and aku sakit dada. Aku tau dah, kalau perut kosong mmg aku sakit dada. Aku doa supaya aku lepas naik flight esok ja. If tak aku tak leh imagine mcm mana. Aku doa banyak2. Alhamdulillah, esok tu bangun pagi aku boleh mandi, jalan dan gi airport mcm biasa. Ada rasa sakit tapi tak teruk masih ok. Fiza naik bas ke alor setar. Sampai Subang airport, Effi gi jumpa kawan dia sebelum balik KK, and aku naik bas pergi LRT Kelana Jaya and terus ke LRT Taman Melati. Alhamdulillah, selamat sampai rumah dan aku sihat. Tapi dalam hati ada sedih, berpisah dgn kawan2 lepas seminggu jalan bersama.

~Tata

Express lane to:

Relaxing Sabah Pulau Sapi & Rumah Terbalik Tamparuli (1)  
Relaxing Sabah, visit to Labuan (2) 
Relaxing Sabah, trip to Tanjung Simpang Mengayau-Tip of Borneo (3)  

 

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...