Monday 21 December 2015

Visit Krabi~Lalala


Trip end of the year-pergi bulan lepas 26 November 2015 sampai 29 November 2015. Short trip je. Actually nak gi awai lagi tapi sbb kakak aku cikgu, so kena tunggu cuti sekola. Tapi time cuti sekola ni kat Krabi musim hujan. Aku e-mail la tanya tour agent kat krabi ni camne cuaca, depa kata hujan petang so tak effect program. Musim hujan dah lepas katenya lah. Lega sikit dengar, pasai aku dok pikir snorkeling phi phi island,snorkeling phi phi island...hehehe, itu ajelah yang aku reti, nak diving takut.
Kat Malaysia pun boleh tahan hujan lebat. Musim banjir la katakan. Macam tak sedap hati juga ambik flight petang. Nak sangat flight murah, padan muka aku. Kami bayar RM160 je ke Krabi nih. Flight patut pukul 5 petang, pukul 6.30 baru berlepas, sbb dekat Sepang time tu hujan lebat gile. Plus air traffic kat angkasaraya pun busy. Banyak sangat flight delay, bukan flight kami je.
Nasib baik journey smooth takde turbulence, fuhhhh. Flight ke Krabi pun one hour je, tak lama. Kakak ni die mengaji, baca yassin. Alhamdulillah.
Dalam flight aku dah prepare pen dgn passport sbb masuk Thailand mmg kena fill in form. Jenuhla aku menunggu form takde. Last2 baru stewardess cakap form dah habis pastu kena isi time arrival. Ceh, kalau time arrival mmg kecoh la, berebut pen, berebut nak isi form, berebut meja, then ko punya group mesti ada yang sibuk tanya mcm mana nak isi, duk hotel mana kita ni, mcm2 lah. Aku pernah kena dekat Jakarta, Bandung kat mana lagi dok ingat. Time ni, lepas turun dari flight, kami kena naik bas ke arrival hall, aku cepat2 turun dapatkan form isi cepat2, then ha, group aku yang first beratur kat immigration counter. Officer diorang garang mak aih, habis baik pun tak friendly hahahaha...
Bila turun ja, luggage dah ready cepat2 ambik luggage then cari kami punya driver. Bila jumpa die terus bawa naik van. Driver ni aku book through website kat Malaysia, www.yourkrabi.com. Sbb aku beli package tour dgn die, so kita boleh book pick up and drop airport dgn diorang. Harga pick up and drop kalau stay kat area Ao Nang beach standard price THB600 lebih kurang RM70. Kalau yang offer, lebih means mahal sbb time aku round kat Ao Nang beach tu, boleh dapat THB 500 je hantar gi aiport. Menyesal betul sbb aku dah book round trip, waaaaa.
Bas pun ada, cuma kena berani sikit sbb tak tau bas tu benti kat mana, then kita pun tak tau location hotel kita. Maybe boleh tanya driver or kondukter bas. Tak silap aku harga ke Ao Nang dalam THB120 je. Tapi aku 3 orang kongsi naik van THB200 sorang.  Wise choice still naik van sbb selesa, van terus bawak ke hotel takde pusing2. Dari airport nak ke Ao Nang ni 30 minit jugak.
Kami duk sini, Aonang Princeville Resort and Spa. Location betul2 depan Ao Nang beach. Restoren hotel ni halal termasuk breakfast.  Kat luar hotel ni pun ada restoren halal, souvenirs shop, convenience shop semua dalam walking distance. Tapi price hotel ni boleh tahan 3 malam kami bayar RM410 seorang utk family room. Ini kira lepas discount dgn Agoda okie. Aku rasa bilik dia ok-ok je. Bilik air tak bape nak bersih plus air bertakung. Kredit bed ok, wi fi ok. Takde la teruk sangat. Aku suggest, mintak bilik paling bawah, sbb hotel ni takde lift. Aku dah siap2 mintak dah time book ngan Agoda tuh. Ops, kat sini orang Malaysia ramai tau. Yang bawak anak2 lagi, i mean famili. Favorite choice aku boleh kata.
Letak beg je, lepak sekejap terus keluar jalan2 and nak cari makan. Keluar je kawasan hotel terus jumpa souvenirs shop and t-shirts...termasuk tour agents.
Aku strongly suggest tak payah book online any tour trip, walk in je sbb kat ao nang beach ni ada banyakkkkk sangat tour agents available dgn harga lebih murah. Plus boleh tawar menawar lagi. Phi Phi Islands with speed boat, aku book dalam THB1300, kat sini THB 1,100 je, itu belum tawar menawar lagi. Aku pernah jumpa online THB1,700 lagi, THB 1900 pun ado, mmg mahal. Memula aku mmg tak nak book online tapi sebab aku jumpa muslim tour agent, so aku book sekali dgn airport pick up. Huhuhuhu
Jalan2 jumpa restoren nih. Terus masuk. Ramai gak orang Malaysia duk makan.
Sampai Thai, aku terus order Phad Thai. Adik aku noodle tom yam and kakak aku noodle soup. Yang soup tu out, phad Thai and tom yam sedap. Noodles kat sini mcm kuey tiaw. Nak order nasi tapi kena tunggu 20 minit tu yang semua order noodles. Aku order air lemon juice, adik aku apple juice and kakak aku tak ingat air apa tapi air kat sini semua out.
 
Gatal order dessert, pulut mangga, mak ai sedap betul. Thumbs up. So food dia ada yang ok ada yang ok-ok je.
Jalan2 lagi, jumpa la benda yang aku mengidam dari Malaysia-pancake pisang nutella. Biasa jual kat kedai kecik2 kat tepi2 jalan. Sedap. Banyak sepanjang jalan kat sini. Cuma sedap ke tak aje. Macam makcik ni punya sedap, crispy.
Ada pancake mango, nenas, mcm2, mcm pancake pisang nutella ni THB 50.
Ni complimentary drink percuma ada dalam fridge. Aku snap picture sbb nak cakap air ni sedap, rasa mcm  air yogurt.
Pemandangan luar dari bilik hotel. Bilik aku tingkat 1 je.
Happy la sangat, plan arini nak gi beach. Mood pantai on la siap dgn topi tu. Hmmmmm ada kejadian tak di ingini berlaku selepas ini.
Breakfast dulu. Food kat sini, ok, sedap.
Sementara tunggu van nak pick up kami, aku duk la berjalan kat sini dulu. Kawasan depan hotel.
Kat sini bot nelayan ada, bot pelancong pun banyak.
Macam2 aktiviti kat sini.Cuci mata sekejap. Tunggu punya tunggu. Sebenarnya, hati aku dah tak sedap. Time ni dah dekat pukul 10am. Takkan la nak pergi beach dah pukul 10 pagi tak bergerak lagi kan. Dgn rasa resah dan gelisah aku pun pergilah receiptionist hotel bertanya, dan sebenarnya, KAMI KENA TINGGAL DA!!!!. Puncanya semalam, driver tu cakap Phi Phi Island, 9.20am. So, ingatkan pukul 9.20 baru diorang datang pick up. Aku pun pelik, sbb dekat voucher aku tulis time pick-up, pukul 8.45am-9.00am time. Pagi tadi pukul 9.00am orang yg datang pick up tu, duk melilau kat lobby hotel cari kami bersama2 dgn pekerja hotel. Tak ke cerdik, pekerja hotel tu tak call bilik kami. Dia tunggu sampai 9.15am then terus balik la. Sbb bot kat jetty Ao Nang tu gerak dalam pukul 9.30am....
Ni muka kena tinggal. Pekerja hotel tu call orang pick up kami. Diorang dah gabra sebab aku dah menjerit-jerit dekat hotel lobby ni. Staff tu cakap "I help you! I help you!" Tapi bunyi macam " I heck you!". Whateverlah. Call orang yang supposed pick kami tu, they all  suruh call tour agent. Call tour agent banyak kali tak angkat. Finally, after few times barulah dapat. Pastu, dia cakap orang dia dah datang tapi kami takde. Aku cakap lah, semalam suruh tunggu pukul 9.20pagi. Dia kata tak tau, sbb yang pick up kami semalam tu syarikat lain. Macam kita book dgn dia, then dia arrange dgn syarikat transportation lain. Ek eleh...perlu ke aku paham benda ni. Aku dah bengang gila. Dengan tour agent termasuklah dgn pekerja hotel yang sgt cerdik ni.

Then dia kata, dia boleh refund. Oh come on. Aku taknak refund. Kalau tak pergi tour nak buat apa kat bilik.Aku mintak swap dgn program esok. Sbb dia cakap bot dah lepas. Mmg tak boleh nak gi Phi Phi Island harini. Dia cakap dia boleh arrange tapi kena e-mail. Sgt cerdik dan effcient kan.. Dia suruh e-mail tour company dia, kepada orang yang namaya  Seema, orang ni mmg ada email voucher kat aku waktu kat Malaysia. Dia cakap "you e-mail her now, she in the front of computer now..." OMG!!!

Aku follow jugalah. Layan je, sbb ni bukan negara aku kan. Aku bukalah e-mail, tiba2 aku tak sangka sangat, Seema ni dah e-mail aku pukul 9.00 pagi tadi. Dia cakap, "Mastura, please come to the lobby asap, our driver is waiting for you." Tour company ni sangat cerdik tahap Z! Ko dah tau aku tak turun kenapa tak suruh receiptionst call bilik kami. Buat kerja mcm takde otak. Ko boleh e-mail aku? What do you expect, orang bukak e-mail pagi2 time holiday? What the FISH!!!. Aku pernah deal dgn tour agents di Jakarta, Bandung, China, Korea, Bangkok, Phuket, Vietnam semua tu, mereka akan mintak tolong receptionist cari kami sampai ke bilik kalau kami lambat walaupun 5 minit.  Staff hotel ni pun pelik, nama aku kan ada dekat voucher tu kenapa tak check kat system ngk bilik yg mana, call ajelah lahhhhhh. As simple as that.

Aku malas nak gaduh, aku bawa bertenang...aku follow je, layan aje.... Aku tulis la apa yang aku nak tulis, nak swap program esok kepada harini bla bla bla. Dia cakap ok, pukul 10 ada orang pick up kami. Sbb elephant trakking pukul 2.00 ptg dah full. Ok jelah.  Dan pukul 10 ada orang datang pick up. Si Seema tu suruh pakai voucher esok sbb dia kata semua orang dah tau kejadia harini. Apakah??? Dan ada sorang pekerja hotel tu duk menunggu dengan kami, tapi dia duk jauh. Sbb takut kami kena tinggal lagi. Ataupun takut kena marah dgn aku. Bila orang datang pick up dia beria ia lah pergi ngk and check. Yalah, part ni mmg bagus.
 
Dapat juga gi jalan.Lupakan jelah apa yang berlaku. Kita merancang Allah yang tentukan. Apa yang Dia tentukan utk kita semuanya yang baik2 belaka. Igt nak gi elephant trakking ni esok, Phi Phi Island harini tapi tak apalah, redha sbb dah tak boleh buat apa.  Ni jela yang mampu kita buat.
Dalam mini van ni ada 2 pasangan yang nak gi elephant trakking  juge. Dan pempuan yang baca Yassin semalam tu, mmg sentiasa tenang dari tadi lagi, rilex seperti tak ada apa yang berlaku dan terus berselfie.
Perjalanan ke Elephant Trakking ni ambik masa dalam 40 minit juga. Tapi sbb kami naik open jeep ni, best sangat. Open air. Kita boleh ngk scenary dgn angin sepoi2 bahasa gite. Dia bawa masuk ke dalam kawasan pedalaman Krabi. So bleh ngk kawasan kg2 di krabi ni. Ladang getah ladang sawit pun ada lalu. Jadi mmg good experience.Kat krabi ni byk jumpa masjid. Alhamdulillah.
 
Dah sampai. Nampak tak gajah. Ni yang package elephant trakking plus bathing with elephant. Aku tak mau  mandi dgn gajah, hahaha.
Bila sampai kita duduk kat sini dulu, tunggu turn. Sbb gajah belum sampai lagi.
Nanti kita naik gajah kat sini. Naik gajah kena buka kasut. Kaki ayam jer.
Dia bagi air mineral dgn buah nenas.
Ni kakak yang jaga kat sini.
Kawasan dalam ni. Ada byk gambar gajah, dari time dulu2. Mcm sejarah la.
Ni lah yang di hidang.
Gajah dah sampai. Dia baru habis pusing2. Ada 3 ekor.
Tomey2 diorang ni.
Lepas trekking biasa diorang akan bagi makan pisang. Ada jual kat tepi ni, satu bakul THB40.
So now our turn, yeyyyy!!!!
Kawan aku cakap, kalau nak naik gajah, ngk trek dia cantik kat tak viewnya. Oh mcm tu ke. Aku tak tau pun. Tapi aku dah book. Macam yang aku naik ni, trek dia ladang sawit, anak sungai dgn hutan sikit. Lebih kurang 30 minit, ok je.
Kalau naik gajah ni, jangan keraskan badan. Follow dia punya movement, nanti sakit pinggang pulak. Plus, siapa yang tak pernah naik gajah, gajah ni ada bau la sikit. Macam kucing, miaw yang comel tu kan ada bau kucing. Ayam bau ayam. Jadi naik gajah, jangan expect bau lavender plak. Yang gamba ni die sibuk nak makan.
Gajah ni betul2 lapar agaknya, dia naik atas bukit cari pokok pisang. Udah la kat tepi tu daun kelapa sawit yang mcm tajam2 tuh. Dia lalu situ, maksudnya kami pun kena redah jugaklah. Beria ia adik ni mengarah dia supaya jgn gi dah. Dia bahan je pokok pisang tu. Selamba jer. Aku menjerit gile time ni, aduhai.....gajah lain tak pulak makan mcm gajah kami ni.
Selesai aksi mendebarkan tadi. Bila dah stable skit adik yang bawa gajah ni turun then dia ambik gamba kami.
Pandai dia ambik gamba time gajah ni tengah makan. Makan lagi. Gajah ni umur 26 tahun, female elephant, nama dia Nok tak silap. Sebab dia asal Thailand, kalau kat Malaysia, konpem nama dia Melur ke, Kemboja ke...
Sempat berwefie.
Anak sungai yang jernih, cantik.
Adik aku duk kat atas kepala gajah sekejap.
Tourist ni dari Spain tak silap, diorang senyap je. Kami je yg duk menjerit2.
Kawasan dalam hutan pulak.
Tourist yang depan ni dari Russia. Bila orang nak communicate dgn dia, they will answer "we dont speak english" Time dia nak tanya something bleh plak dia cakap english. Maybe dia tau sikit2 je kot.
Perjalanan di teruskan lagi.
Anak sungai dalam ladang sawit pulak.
Tadi gajah ni dah mamam kan, lepas mamam? Dia kencing pulak dalam sungai ni. Hmmmmm. Tomey mmg tomey.
Time ni trek da nak abis dah.
The end of journey. Adventure betul. Fuhhhh..
Lepas trakking, atas nama terima kasih, kita belikan food utk dia. Suap sikit. Muahh, cayang awk biarpun awak noti tadi.
Ambik gamba dgn dia, besar betul gajah ni. Kita pun besar juge, tapi kita manusia.
One picture for all. Aku nampak gajah ni keluar air mata. Aku tanya kenapa dia nangis ke. Pastu, kakak yang yg kt situ ckp, dia bukan nangis, tapi dia tak tau nak explaint dalam english. Aduhai, sedih plak rasa. Kalau naik trek gajah ni, jgn lupa bagi tip pada orang yg bawa gajah tu. Sbb diorang tak earn banyak pun. Just small help to them. Lagipun dia dah bawa kita kan.
Lepas naik gajah, ada 2 program mandi dgn gajah dan pergi Huai to Waterfall. Aku mmg nak sgt gi waterfall hehe.
Depa tu duk tinggal je kami kat sini. Kena cari sendiri der. Udah ler, masa dia pagi 1 jam aje. Dah macam amazing race kome rasa.
Tempatnya agak  jauh, okie. Dah kerana namanya waterfall, kawasannya adalah berbukit2. Yang ni kawasan bawah.
Yang ni pun kawasan bawah. Kami panjat sampai ke atas sekali. Sakit kaki dong!
Ni kawasan pertengahan.
Nampak tak kat kanan sekali ada mcm walkway. Kami naik ikut situlah. Serious mcm aku tak larat sangat. Sbb mmg curam dan licin. Hati2. Aku ngk mat saleh perempuan dah berusia mmg slow2 je dia turun. Tak tau mcm mana dia naik tadi. Aku mmg tak fit langsung. Kakak aku pun sama, dahla dia bawa beg berat. Stop banyak kali.
Picture from top. Kami naik ke layer paling atas. Tu dia.
 
Kawasan tempat mandi kecik je, mcm kolam. Air terjum dia kuat. Sejuk dan sgt best.
Mandi mmg best. Ada ramai mat saleh yang lepak kat sini.
Mandi sekejap je, sbb dah naik penat2 so merasalah mandi air terjun kat sini hehe. Nampak tak banyak gile beg dia bawak. Dah la berat tau.
Confuse tau datang sini. Sbb kita cari sendiri. Dah jalan jauh baru nampak sign ni. Time ni kami dah nak balik. Aku perasan kat sini kawasan preservation, tadi kat waterfall ada orang jaga.
 
Time ni dah nak balik. Tunggu kat tempat dia drop kami tadi. Ada satu pasangan Russia tu belum sampai lagi. Dia ada follow kami kat belakang tadi, partner die gi washroom. Yang couple spain tadi, follow program mandi dgn gajah.
 
Jeep pick up kami la ni. Best.
 
Time balik ni nak cerita, hujan lebat gile. Ni time hujan renyai2 so boleh la aku snap picture lagi, time lepas ni hujan angin semua ada. Aku punyalah sibuk dok sorok  hp and camera, letak dlm beg bahagian paling bawah tutup dgn kain lagi, takut kena tempias hujan. Beg tu cover lagi dgn towel. Punyalah takut kena air.  Hujan mmg lebat sampai kitaorang pun kena tempias. Adventure betul. Best! Yang couple Russia and Spain tu rilex je. Macam takde apa2 yang berlaku.  Aku pun terfikir, orang Malaysia ni emosi eh, ke aku je, atau diorang ni mmg jenis takde perasaan?LOL
 
Bila aku pikir balik, camne orang gi Phi Phi Island and hoping island harini. Macam mana depa nak snorkeling. Hujan lebat dalam pukul 2 tadi. Time snorkeling la tu. Inilah aku rasa hikmah kami kena tinggal pagi tadi. Hujan lebat pun lepas prgram elephant trekking tadi siap. Kami dah nak balik dah pun (^_^). Tq, Allah, Alhamdulillah. Sampai bilik terus mandi, beratur la mcm citer P.Ramlee. Then rehat jap...after dat apalagi kuar jalan2 lagi. Aku duk la ambik gamba kakak aku, then ada one mat saleh pompuan offer nak ambik gambar kami. Sweet kan.
Kawasan Ao Nang beach waktu petang, lepas hujan. Cool beb.
Kami jalan lagi.
Jalan2 ngk kawasan.
Jalan2 sambil cari food for dinner. Banyak sgt restoren yang katanya halal tapi served arak. Mostly Indian Restaurant. Pastu orang yang duk promote tu pakai tali merah kat tangan. Tapi dia insist cakap halal. Yang adik aku ni cakap "halal ke" They will say, "masuk dulu, ada teh tarik, teh ice bla bla."  Maybe betul halal but maybe not. Kita tak pasti kan, if tak sure better not. Aku pun tak prefer, so mmg cari restaurant yang Thai Muslim.
Yang biru belakang aku tu bukan masjid, tapi restoren. Masjid agak jauh dari kawasan hotel kami. But possible utk jalan kaki. Mmg possible.
Banyak sangat spa and massage kat sini. Best, siapa yang suka. They will offer with the leaflets. Then kita boleh compare harga. Mmg ada yang murah ada yg mahal.
Jumpa restaurant nih. Ada juga offer seafood kat sini tapi time kami datang tu takde.
 
Dishes kami. Simple je, nasi putih, tomyam seafood, telur dadar, sayur kailan, dgn sotong goreng tepung. Air, jus lemon, mangga dgn kiwi. Food sedap tapi air out. Tengah makan tetiba hujan lagi. Nasib baik dah jumpa restaurant.  Kat sini ada wifi.
Ngk ler bill dia, THB801 lebih kurang RM90 lebih duit kite.
Jalan2 lagi jumpa stall makanan muslim mcm ni.
Mat saleh group ni pun makan pancake and juice.
Kawasan ni ada stall jual makanan ramai2. Ada yang tak halal tau. Kena check dulu.
Kami berenti makan pancake kat kedai pakcik ni. Order coconut shake sekali. Total THB80.
Pakcik ni punya pancake tebal, taste ok tapi mcm lagi sedap kalau nipis and crispy. Coconut shake tu taste awesome! Adik aku beli kentang goreng barbeque kat stall sebelah.
Kami makan kat sini terus. Terasa mcm gajah tadi. Asyik mamam je hehehe.
 
Hello Krabi, Gud Mornink!!! Harini awai betul kami turun breakfast. Pukul 8.30 pagi kami dah terpacak kat lobby menunggu orang ambik kami. Bila dah pukul 9.00 dah gelabah siap suruh orang hotel call kihkihkih. Tak sabar betui.  Bila call then orang tu bilang sedang otw der.
Kami naik lorry ni okie. Besaq gile. Pastu jetty ao nang ni sebenaqnya, 5 minit jeerrr dari hotel ku. Aduhai. Patutla staff hotel semalam bila tau kami kena tinggal dia suh kami kejar bot kat jetty ni. Bukan jetty pun, tempat naik bot. Depan burger king je. Malam semalam ada lalu sini tp sbb malam tak perasan la tempat  ni. Naik je lori ni jumpa abam bikers dari KL. 10 orang hmmmmm....kena usik la kami nih.
Ada long tail bot, kami naik speed boat.
Lepas register, dia tampal sticker kat baju. Pastu beratur naik naik bot. Pesanku, beratur depan sekali okie, make sure kita naik bot dulu sbb nak kejar seat best.
Ini seat best depan. Berebut nak duduk sini dapat juga. Tapi...bila tengah hari panas gile. Pakaila topi atau tutup dgn towel. Adik mat saleh ni dari America. Friendly.
Perjalanan pun bermula, yeay!!! Dapat juge naik bot.
Pemandangan kat tgh laut dia. Krabi ni atas Langkawi, dekat dgn Lautan Andaman gitewww.
First stop, bamboo island. Kat sini kawasan preservation, dia mintak bayaran THB 400 sorang beb. Lebih kurang RM50 duit kite.
Dah mendarat. Pasir putih. Tapi dah start panas terik. Jangan lupa bawa krim, sunblock dan sebagainyalah.
Sini boleh mandi, nak jalan ambik2 gamba pun boleh.
Air biru cantik. Tapi ombak kuat. Nak mandi kena mandi kat tempat orang ramai. Bahaya,
Fefeling model la kunun.
View mmg lawa.
See, ombak kuat sangat.
Cewaaah, i kontrol ayu je.
Beria betul nak ambik gamba dgn minah saleh nih. She asked "Why you want to take picture with me... Why me?"  So kami jawab la, "because your are so beautiful" Then boyfriendnya pun senyum lebar. Ni semua sbb pompuan tudung hitam tu.
Suka ati korang la. Below some picture kat bamboo island.



















Dah siap, semua kena balik naik bot.
Jalan lagi, ni viking cave. Remember Leonardo De Caprio, shooting di sini.










Kami ke sini pulak Maya Bay beach.
One thing, penuh dgn pelancong. Here are the pics!!!

















 
Lepas Maya beach, depa bawa gi Koh Phi Phi Leh. Kat sini dia bagi kita mandi. Wah best bangat ya dong.




Awosome!!! Geng abam bikers tu adalah yg sibuk tanya datang naik apa, flight harga berapa, duduk hotel mana, datang bila, balik nati bila, bla bla bla, aku tgh nervous menyelam ni oi.
Dia bagi mandi sekejap je dalam 40 minit.
Lepas siap mandi dah tengah hari dah. Jadi dia bawa kita makan dgn canteen kat Phi Phi Islands.
Ni je our food. Ok je. Tomyam tu sedap.
Lepas makan pukul 2.00ptg kitaorang naik bot semula terus pergi snorkeling. Alatan snorkeling dia ni, jaga baik2 kalau hilang, kena bayar. Kakak aku punya tempat bernafas tu, tercabut masuk dalam laut. Kena bayar ganti THB300. Hmmm nasib baik gogle tu tak hilang.
 
Tak banyak ikan huhu.
 
Adalah juga, nampak tak. Ada abam bikers yg baik hati tu cakap, sini mmg tak banyak ikan, cuber pergi snorkeling dekat pulau kapas terengganu. Air pun jernih cantik. Kata dia la,  aku cakap, insya Allah bang, ada duit saya gi.
Dah siap snorkeling.  Dia bagi 50 minit tapi kami semua bantai 1 jam lebih.
Bot terus balik ke ao nang.  Perjalanan lebih kurang 40minit. Pagi tadi kita naik kat lain tapi balik kat lain. Ada jeep mcm semalam ambik kami.


Harini tak hujan. So petang kami jalan2 kat ao nang beach tunggu sunset. Ramai sangat mat saleh yang duk tunggu sunset.
Feeling- cool.
Bestnya famili ni main pasir.
Matahari terbenam sikit2.

Wefie lagi..
Posing mcm2.


Sunset....bestnya krabi. Esok pagi dah nak balik.
Dah nak malam dah.
Banyak juga kedai comel kat sini.
Lampu2 ni pun cantik.
Topi...gamba ni pun aku ambik. Hehehe.
Malam akhir kat Krabi...
Malam macam biasa, kami round2 cari dinner.
Beli air and pancake dulu. Sbb biasa air kat restoren tak sedap. Kami beli kat kedai2 tepi2 ni lagi better. Dah lah sedap, murah pulak tu.
Chicken barbeque, mcm satay lah. Adik aku beli. Tapi rasa ok-ok je.
Ni our dinner. Order udang, tak sampai2 pun. Restoren ni barisan dgn Mc D. Tapi atas lagi.Restoren ni pun kena naik tangga. Restorennya tinggi atas bukit sikit.
Service ok-ok je. Lambat juga kami tunggu makanan. Sbb ada rombongan satu bas. So kitaorang tunggu food dekat 1 jam.Waiter tu mintak maaf. Baik budak tu.
Ni kedai art sebelah restoren ni. Malam ni kami just jalan2 beli t-shirt, souvenirs, mcm tu je. Terus balik hotel. Penat gile.Activity agak pack kan. Esok, flight balik KL pukul 8pagi ko. Pukul 6 pagi driver dah tunggu. Flight murah, biasalah.
Bye Bye Krabi. Trip 4 hari 3 malam very worth it. Macam2 pengalaman ada, enjoy! Pukul 6 pagi van dah tunggu kami, driver tu pegang nama aku. Punctual betul. Adik aku aku dia nampak van tu dari tingkap bilik kami dari pukul 5.30 pagi lagi. Agaknya pukul berapa driver tu bangun. Bila sampai airport aku bagi lah tips sikit pada driver tu, dia mcm terkejut dan terharu (^_^). Aku rasa ada rezeki, boleh datang sini lagi. Jarak pun tak jauh one hour perjalanan je dari KL.

~Tatatata




No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...