Friday 1 January 2016

Trip to Bandung 2015


Gi bandung lagi, hehehe. Rasanya ni dah taun ke-3. Cuma kali ni tak ke Jakarta, ambik flight terus ke bandung. Tiket ke Bandung biasanya tak murah, ni pun dapat tiket return RM288. Journey dalam 2 jam setengah. Saja je jalan2, tujuannya nak makan2 dgn soping, soping baju raye...ngeh ngeh ngeh
First time sampai airport Bandung. Kecik aje ropenya. Ala2 Kota Bharu nyer aiport.
Sampai dah. Aiport trek pendek betul. Landing sekijap jeee...pastu terus brek. Adoi! Terkezut ambo. Dulu MAS ada flight ke Bandung, tapi skrg dah takde, cancel.
First time aku jejak kaki kat aiport ni, ha aku snap picture dulu. Ngeeee......
Aiport kecik, pastu mmg tak fit dgn International level lah. Beg kena tunggu satu2 keluar dari tempat ni. Aduhai. Kota Bharu airport much more better!
 
Ngk ada orang tolong jaga. Take time sikit. Takpalah, redha je, dah sistem depa camgini, jgn bising2 dong.
 
Kami book supir dgn company Hayukka lagi. Boleh check FB dia. Mereka ni okie je. Company lain pun bukan tak okie, tapi dah biasa dgn Pak Andri owner Hayukka. So book dgn Hayukka ajelah. Harini yang bawa kami Pak Yaya. Pak Yaya tanya mau makan apa malam ni, kami cakap "mau bakso", maka sampai la kami kat sini.
Pak Yaya kata sini baksonya enak bangat ya dong. First kami masuk langsung takde seat, pergi round kat luar jap datang balik baru ada seat. Org mmg ramai gile!
 
Dah duduk tunggu waiter tak datang2 kami terus ke kaunter ha kau. Order kat situ je. Tanya la sikit menunya mcm mana. Depa pun terangkanlah sikit2. Depa ni ok je, cuma tak mng tangan, orang ramai bangat.
Adik ni datang nyanyi2, adik aku hulur la tip sikit ke die. Kalau dia kaya raya takkan la dia nak kerja mcm ni kan. Dgn muka letihnya lagi tak salah bagi sikit ke dia. Aku mmg galakkan bagi. At least hati dia happy.  Eh tetiba emosi plak aku nih. 
Ini foodnya. Aku order mee bakso, kakak aku tulang je. Dia suka tulang. Aku boleh kata, ni antara bakso terbaik pernah aku rasa! Awesome. Meat ball besar mcm bola tennis. Puas makan. Sup pun not bad. Cuma ada disclaimer a bit, restoren ni kurang bersih sikit. Sikit la...
Sampai je kat hotel, mereka bagi ni benda yang aku paling suka. Welcoming drinks.
Ni la hotel kami. De Batara Hotel. Area Cihampelas. Ramai orang Malaysia stay sini. Hotel ni pun baru dan bersih. Harga-bed utk 4 orang- famili room aku dapat dlm RM1,200++ after discount.  Actually takdela murah sgt, kira affordable la. Tapi hotel ni  selesa dan nothing to complaint. Bed okie, wifi ok, bilik and toilet bersih. Takde dust langsung. Thumbs up!
Breakfast pun aku nak puji, sbb banyak variety and sedap2 pulak tu.
 
Ngk aku tamak. Aku nak minum dua2 sekali. Sebelum tu, aku dah telan coffee satu cup. Hehehe. Jus mangga dgn jus jambu batu ni fresh gile. Sedap beb. Bukan kordial! Mmg bagus la hotel ni. Dia bagi barang baik punya. Tak kedekut. Customer happy. Ni aku tlg promosi. Ops satu lagi, gelas ni sgt bersih. Takde habuk.
Restaurant environment- nice.
Pak Yaya dah tunggu kami pagi2 lagi dah. Jom mulakan aktiviti di Bandung!
Aktiviti takde mende pun, shopping baju raye je, ngeee. Jemput masuk dik. Jemput2.
 
Bilik penuh dgn kain, nak muntah aku pilih colour, design mcm2. Tapi abang tu cari kain semua jumpa. Survival betul, haha.
Semua aku nak pastu nak tawar lagi.
Puasla adik ni melayan kami. Adik ni pun terror, dia tau kain mana dah habis stock atau yg mana banyak stock lagi. Colour baru, colour paling femes, design yang jadi rebutan semua kat finger tips aje.
Pilih-pilih, bilik ni besar kami 4 orang conquered. Tipulah tak rambang mata. LOL.
 
Yang kakak aku pegang tu semua dia nak 10 helai...ko ade? Cikgu la katakan. Baju nak kena banyak takleh sama je, kata dia. Tak silap aku, kain kat sini murah sikit dari Pasar Baru. Pekerja sini pun cakap benda sama. Kain yang sama kalau dihantar ke pasar baru, harga dah up dah. Tapi overall, harga kain pun dah naik. Tiap2 tahun aku datang Bandung aku perasan harga kain akan naik. But still murah lagi dari Malaysia. Yang banyak manik2 tu takkan dapat lah RM5O kat Malaysia. Hmmmmm....
Kain telekung pun banyak. Kalau berkenan beli je.
Ni kakak aku juga, kak ngah, dia ni tak sihat, diabetes. Nak jalan2 susah sbb cepat letih. Ubat mmg tak putus. Bila asyik makan ubat, dia jadik ngantuk je. Sepanjang trip ni pun dia mcm tak semangat sangat. Sian dia. Dia minat kain batik ni terus beli.
Yang ni plak, lepas borong kain pasang nak borong telekung pulok. Auk aloh.
  
Lepas aktiviti memborong kain, kami nak jalan2 kat Floating Market Lembang pulak.
 
Jauh juga dgn kota Bandung, dalam 40 minit perjalanan then lalu la kawasan kampung2 di luar kota Bandung ni.
 
Sampai kena bayor ko. Admission fee RP15K. Simpan molek2 ada gunanya lepas ni.
Ambik gambar dulu (^_^)
 
Pak Yaya cakap voucher yang kita bayar RP15K tu boleh tukar dgn air minimum. Ada coffee dgn orang juice.  Boleh pilih.
Hahaha, aku paksa dia duduk kat situ sbb aku nak ambik gamba. Ngeee.
 
Floating market Lembang, tempat liburan yg famous among local people.
  
Tempanya mcm park then ada kolam air. Tempat rileks la.
Kami jalan2 je kat sini. Rilexing sambik enjoy surroundings.
Kawasan kat sini bersih. Ok.
Kakak aku dia ambik coffee tadi, kami ambik orange juice. Manis gile.
Kami lepak2 je. Kawasan ni berangin je. Fuh best. Tak payah pikir pasai kerja.
Kat dalam ni pun ada restoren so boleh try juga food kat sini. Tapi kami nak mamam dekat Restaurent Kampung Daun lepas ni. Jadi tak try la restaurent kat sini.
Kawasannya aku kata sgt rileks. Sbb tenang je, so cool. Cuma orang je ramai. Agak padat juga dgn local.
Sampan perhiasan, aku rasa benda dalam tu semua plastik.
Aku tak pasti Nasi Timbel tu apa. Huhu.
 
Aku...(^_^)
Jalan lagi menghala ke Floating Market. Sepanjang kami jalan2 kat sini banyak pondok rehat kat tepi kawasan ni. Aku ngk ramai famili yg datang pack food. So diaorang berpiknik kat sini.
Siap ada kolam ikan lagi.
Cak....Wifi. Tapi nape aku sorang je pandang camera.
 
Dah sampai. Aku sebenarnya tak tau konsep floating market kat sini mcm mana. Ropenya, bukan ko naik sampan, orang berniaga dalam sampan tepi2 kolam ni then kita beli dari atas. Huhuhu. Mereka yang floating bukan kita beb.
 
Tapi nak beli kena pakai coin.  Boleh pulak adik ni pandang ke camera aku. Nasib baik dia tak hempuk aku ambik gambar dia. Hahaha.
 
Ni la tokennya. If datang ke sini, cuba tanya kalau tak habis pakai token ni boleh tukar dgn duit balik ke tak. Sbb aritu kami mmg abis pakai token ni, siap tukar 2 kali lagi. And if kalau bawak budak2 sah2 diorang suke sangat beli pakai token ni. Muahaha, get ready if ada kids ya!
 
Ya ini yang benarnya. Lihat aja ya mereka ini jual barang dalam sampan, bukan kita yang kena naik sampai seperti di Bangkok. Kita boleh juga naik sampan kat sini tapi kena kayuh sendiri dgn kaki tu mcm paddle boat ke hapa, aku tak igt nama apa benda tu. Tapi for fun jelah bukan utk beli2 barang kat sini. Oh inikah realitinya...
Basically semua jual makanan kat sini.
Kami beli ni pisang cheese coklat.
 
Banyak mcm kudapan yg dijual. All look tempting,
Jadi mcm ni la keadaan dia, kita akan beli dari atas then penjual tu dalam sampan. Bukan sama2 dalam sampan ye. Hahaha.
Ngk nama makanan tak tau, then ngk rupanya makanan tu baru boleh agak.
Senyum aku dapat pisang cheese coklat. Famous di Bandung ni. Kena cari.
 
  tu pun sedap, time tgh makan ada local tegur "mau tanya, kamu beli spring roll ini di mana ya"...Hehehee
 
 Ice cream sedap, kakak aku beli kat mana tak tau. Ada atas meja aku mamam aje.
Lepas makan and jalan2 kat floating market tu kami pergi solat. Toilet kat sini pun ada-ok bersih. Tempat ambik wudhu ni open sikit. Boleh nampak orang kat luar.
Tapi tempat solat selesa. Aku bawa telekung sendiri  je sbb senang. Telekung kecik yg comel tu, kat pasar baru banyak. Aku beli taun lepas.
 
Lepas lepak2 kat Lembang Floating Market tu, after jalan2, solat dan sebagainya terus menghala ke sini Restoren Kg Daun.  Restoren yang sangat aku recommend. If ada orang tanya nak makan kat mana kalau kat Bandung,  definately aku akan mention restoren ni, hehehe.
30 minit dari Lembang tadi. Sampai ambik gamba dulu.
Kat luar restoren ni ada ramai local yng buat jualan. Kalau jumpa mereka yang menjual mcm ni, cubala membeli dgn niat menolong. Mereka tak earn banyak. Kalau boleh jangan lah tawar menawar dgn mereka yang berniaga mcm ni.
Sampai je kat dalam ni, kita buat reservartion dulu. Kena daftar nama then dia akan tanya berapa orang.
 
Ini pondok reservasi. If datang terus ke sini, register dulu. Nanti kena tunggu lama. Kat gate depan je. Tolong abaikan ahjumma ni.
  Duduk dulu nati dia panggil nama. Rasa mcm kat klinik pulak. Hikhikhik.

Takkannya duduk aje, mata melilau pastu nampak ice cream. Tetiba terasa nak makan ice cream.
 
Macam2 ada. Aku beli ni ice cream durian belanda. Best. Satu RP8K
 
Kudapan atau jajan pun banyak. Aku tak mau dah tadi dah makan, aku nak nasi.
  
Kawasan dalam ni, ada jual souveniers pastu ada stage utk performance lagi.
 
Replika buluh ke apa ni. I pose aje.
 
Restoren Kg Daun.
Konsep dia yang best-nature mcm dalam hutan, is all about green.
 
Tempat makan kat sini scattered. Bukan satu tempat je. Dia akan bagi no and kita kena cari nombor tempat makan kita. Interesting. Yang ni kawasan bawah.
 
Aku dok sibuk usha adik ni bawa apa. Hehehe.
 
Ada small waterfall lagi.
 
Environment mmg best.
 
Ambik gamba lagi. Tempat ni bersih.
Siap ada bridge lagi
Yang tak laratnya kitaorang kena naik tangga. Tinggi okie, kesian kak ngah aku yang tak sihat tu. Tak larat betul dia nak memanjat bukit. Kami dapat tempat makan atas bukit. Lupa nak mintak yg bawah2 tadi,
 
Hahaha, exercise dulu kita sebelum makan.
 
Ni bukan tempat makan kami, huhu.
 
Panjat lagi. Tinggi giler. Dah mcm hiking dah aku rasa.
 
Environment mmg cantik. Tapi aduhai tingginya ku mendaki.
Finally!!! Yeay!!! Paling tinggi okie.
Akhirnya time to eat. Nasib baik food datang cepat. Penat I. Apatah lagi kakak aku tu. Dia kan tak sihat. Tadi bila sampai je dia terus terbaring sbb penat sgt. Nasib baik kat sini ada angin lalu sepoi2 bahasa.  Worth it, pay off, rilexing betui. 
Food kat sini, overall, sedap and nice. Cuma pesan ku jangan order drink ice lemon tea. Sbb tea kat sini tea wangi, bayangkan campur lemon. Rasa mmg lol la. Kakak aku kena. Hahahaha. Ayam bakar bumbu bali tu sedap, 5 star!
 
Cer ngk bill tu, bawah RM100 je, kami makan 4 orang. Aku rasa price masih ok, affordable.
 
Time nak balik terserempak dgn orang ni. Igt kat BB je ada hikhikhik.
Lepas makan aktiviti di teruskan lagi dgn pergi Cibaduyut. Iaitu shopping Mall yang penuh dgn kasut, baju, beg, semua lah. Time to soping lagi.
 
Jalan nak ke Cibaduyut ada benda ni. Kasut. Hehehe. Tak ambik pun gamba kat Cidabuyut, sbb place dia mcm mall biasa aje.
 
Lepas siap soping kat sana kami jalan2 kat Jalan Dago ni. Ada stop few boutique la. Tapi tak ambik gamba. Aku take picture ni sbb aku nampak ada Ayam Goreng Mak Lampir kat restoren tu hahahaa. Time ni aku ingat dah nak hujan.
 
Last stop sebelum balik arini. Perfume.
 
Semua perfume ada kat sini, Channel, Gucci, DKNY, Victoria Secret, Taylor Swift, JLO, semua depa ada stock, tapi campur la. Senang citer tak ori. Dia campur original dgn minyak ke apa. Macam dia pakai pati jelah.
 
Senyum korang ye. Kakak aku yang sorang lagi tu, udaah terduduk kat kerusi depan bukan sbb dah muflis tapi sbb penat sgt. Jadi dia kata korang beli apa dia nak juga. Hmmmmm....bayar sendiri ye.kihkihkih.
 
Pick perfume kite nanti dia akan prepare. Dia akan campur dgn minyak. Orang kata la, kalau perfume tu if banyak buih lagi banyak la minyak, jadi patinya sikit ajelah. Orang kata, ambo pun dok tau.
 
Second day...Good mornink Bandung! View dari hotel ku.
Lepas breakfast dgn makanan yg sedap2 di hotel tu, pagi2 lagi kami udah ke sini, Money Changer. LOL. Duit da abis dong, tapi bukan aku ye...
CIMB, bank aku kerja.
 
Kami nak ke Pasar Baru. Soping lagi!
 
Inilah tempat yang di tuju. Ramai juga orang Malaysia yang stay area Pasar Baru tapi supir cakap kat sini ramai pencopek. Keluar hotel je dah kena ragut. Kena hati2. Dlm pasar baru pun sama. Pencopeknya bukan sahaja orang dewasa, tapi budak2, makcik2 tua yg pakai tudung dan yang tak pakai tudung pun ada. Kita susah nak perasan. Sbb orang ramai sgt.
Cari telekung lagi. Aku beli juge sehelai utk Ramadhan. Banyak choices sangat sampai fed up pilih hehe. Aku beli yang murah je, lebih kurang RM 30++. Yang harga RM200++ pun ade. Hayukka ni ada provide guide yang akan bawa kita jalan2 dalam Pasar Baru ni. Pasar Baru ni kan besar, boleh sesat dong. Ok juga if ada guide. Kadang2 dia offer, kadang2 dia senyap aje. Means kita kena tanya supir, ada tak guide kat pasar baru ni. Then baru dia arrange. Nak cakap dgn Pak Andri bos diorang terus pun takpe. Jadi guide ni akan bawa kita kat kedai yang dia dah biasa, tapi kalau nak drop mana2 shop pun boleh. Yang bestnya guide ni akan tlg bawa barang kita dan tolong simpan, jadi barang kita takkan hilang. Guide ni free je, sbb they all akan dapat tips dari kedai yang dia bawa kita tapi kita bagi jugak la tips sikit, dia bawa brg kita and tolong jaga kan.
Banyak gile choices kat sini. Aritu beli kasut, beg, shawl, t-shirt, mcm2 kat dalam Pasar Baru nih. Gamba je tak sempat snap.
 
After shopping kuar jalan lagi. Aku suka ngk pemandangan kat sini, banyak gerai comel2 tepi jalan mcm  ni. Diorang jual bakso, tauhu bakar mcm2 lagi lah.
 
Ni pun sama. Biasa murah sikit.  Ada supir yang tak bagi makan kat stall yg mcm  ni, takut tak bersih nanti sakit perut tapi ada supir yang recommend makan je, sbb kata dia lagi sedap. Huhuhuhu, ikut kita lah. Tapi aku rasa better not.
 
Sari nikmat ni, tempat jual pisang salai. Makanan yang wajib beli kalau ke Bandung ni.
Yang bestnya diorang bagi kita rasa. Tak kedekut.
Semua aku cuba...
Macam2 kerepek ada. Kerepek nangka pun ada kau. Dodol strawberry, dodol coklat, dodol kacang hijau pun ada jual.
 
Kalau setakat kacang aku tak beli la hahaha.
Ni lah pujaan hati. Pisang salai. Pisang salai ni pun ada banyak jenis tau, yang tebal yang nipis, yang ada cheese, perisa coklat, blueberry pun ada. Paling penting sangat sedap!
Tempat yang wajib pergi juge. Toko Tiga, sbb nak borong jeans. Aku beli sampai 4 helai jeans terus. Cash takde tak cukup, swap kredit card je hahahaha. Balik Malaysia, ngk bill....hmmmmm.
Biasanya mmg aku akan siap potong jeans terus. Kat sini mmg ada services tu tapi kena tunggu turn da. Itu yang lama sikit. Free je cuma mcm biasa bagi tips sikit.
 
Untuk lunch kami makan kat sini, Restaurent Sangkuring. Famous juga tempat ni, makanan sunda. Kat Bandung ni banyak masakan padang, aku kureng sikit masakan padang, alah yang they all susun2 pinggan lauk atas meja tuh then if kita usik, kena bayar...aku rasa sunda food lagi nice.
 
Bahagian belakang restaurent, makan bersila. Yang makan atas kerusi kat bahagian depan.
We all makan kat dalam tu. Tempat basuh tangan kat luar.
Jus sirsak dgn watermelon-best beb. Pure betul. Bagus diorang ni buat air. Sedap.
Kami order sotong goreng tepung, kangkung belacan, udang sambal, dgn ayam masak hijau. Order punya order bila sampai baru sedar teroder banyak. Makan sampai lebam.
 
Ok lah. Konon kakak ku ini tgh demam. Demam la sgt. Haritu total bill dalam RP307K. Lebih kurang RM100 la. Aku rasa ok, sbb makan 4 orang.
  
Lepas makan jalan dan soping lagi.
 
Rumah Mode, famous gile tempat ni. Aku memula datang tak suka, lepas masuk tak mau balik dah. Dress kat sini sgt up to date, and kain dia best2, lembut je. Aku beli 1 dress and 1 tshirt. Sbb duit dah nak abis, LOL. Lama juga kami kat sini, best soping kat sini, even orang Jakarta akan datang shopping kat Bandung termasuklah tempat ni on weekend.
 
Kawasan luar. Tempat pakaian kat belakang tu.
Ni bahagian food, mcm2 cafe ada, tapi kami masuk bakery and pastri, beli juga pastri kat sini, ok je rasanya.
Some of the view.  It's not just a fashion factory outlet, tapi ada juga cafe2 around here yang mmg best! Please come here.
Kat luar ni boleh round2 lagi. Kalau cik abang2 and atau bapak2 nak tunggu wife anak2 soping mmg boleh lepak2 kat luar ni.
 
Duit da nak abis, time to balik hotel. Ni jalan menghala ke Cihampelas, macet bangat dong!
Kat tepi2 jalan ni pun banyak kedai yang interesting.
Kedai ownernya superman.
 
Dah sampai hotel, balik awal sikit arini sbb malam nak jalan2 area sini.
Ambik gamba dgn Pak Yaya, supir kami...esok driver lain ambik kami.
 
Hasil seharian berjalan hahaha inilah hasilnya....
 
Balik buka tv kat hotel kuar berita nih...
 
Cihampelas Walk ni dekat aje dgn Betara Hotel. Banyak food kat sini.
Aku nak juge ambik picture kat sini. Hehehe. Malang tu nama tempat bukan merujuk kepada nasib.
My favourite food, if datang ke Bandung or Jakarta mmg aku akan cari benda ni-JC0 donut yang sedap gile tu dgn JCool-frozen yougourt!
Last day, our flight pukul 4.30pm jadi pagi2 tu terus ke sini, Kartika Sari. Ni pun kira tempat wajib pergi if datang ke Bandung. Brownies kat sini sgt sedap. Superb gile. Pisang cheese pun sedap. Cuma pisang salai, aku tak recommend beli kat sini, sedap tu sedap tapi mahal sikit lah.
Lunch kat sini, Ayam Penyek Wong Solo.
Haha, sempat lagi aku duk posing.
Sedap giles dan sgt pedas. Sampai nangis aku makan. Air kat sini pun sedap and pure.
Time nak balik dah.
Ready for boarding.
 
Bye Bye Bandung, if ada rezeki jumpa lagi taun 2016. Balik tu hujan, beberapa kali ada turbulence (T_T), nangis aku.



~Tatatata

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...