Saturday 2 January 2016

Bangkok again ~ Chatuchak Market, Terminal 21, Siam Niramit & Asiatique


Bangkok again (^_^)!! last pergi taun 2013. Jiran kite je. Yang bestnya Bangkok ni makan. Food sini sedap sangat, tomyam, green curry chicken, pamelo salad, manggo salad,  seafood, dessert dgn pulut mangganya, puding, coconut ice cream, red ruby mcm2 lagi. Mmg meletop. Then shopping la. Barang banyak dan murah. Berkualiti pulak tu. Kalau kat KL ni, handbag rege RM20 emmm, macam apatah designnya, mcm yang barang longgok aje tapi kat Bangkok, boleh dapat yang baik punya. Jahitan pun kemas. Design pun cantik. Aku pun tak tau napelah barang kat KL ni, mahal bangat! 
Aritu sampai malam. Naik bas dari airport Don Mueang sampai ke sini Mo Chit. Bas yang agak usang tu, ada betul2 depan arrival hall-bas A1. Ada konduktor bas pompuan yang menjerit2 Mo Chit! Mo Chit! So kita naik ajela. Tambang tak silap aku THB20 je. Yang kelakau nya, bas ni banyak berenti tau. Aku tak tau kat mana Mo Chit. Udahla malam. Pastu aku dengar ada tourist tanya "is this Mo Chit" Last stop kat Mo Chit. Driver tu benti kat bus stop aje. Aku pun follow ajelah. Nasib baik jumpa!
 
Kami duk sini, Darjelling Boutique. Aku tak recommed langsung kome2 duk kat sini. Hotel ni 3 star, aku bayar utk 3 malam dalam RM500++ share 2 orang. Aku book hotel ni sebab dekat dengan BTS Asoke and Shopping Mall Terminal 21. Tetapi, hotel ni facilities sgt sedih dik. Mineral bottle dia bagi 1 je. Coffee, sugar semua kat lobby. Kalau nak buat air kena turun bawah. Nak buat maggi cup pun kena turun bawah. Air panas kat showernya slow betui. Pastu location die tak meriah, hotel ni pun agak tersorok. Kami kan sampai malam, pastu puas la tanya orang hotel ni kat mana, aku dah print address hotel ni dalam bahasa Thai, nasib baik la orang Thai ni tolong. 

Itupun kami tanya beberapa orang termasuklah pekerja BTS and guard. Dekat web hotel ni mention turun dekat Asoke BTS, tapi Asoke tu banyak exits. Nak ke hotel ni kena follow exit 6, then turun ikut Exchange Tower, nampak Asoke Suites, jalan terus. Dalam 3 minit nampak la hotel ni kat belah kanan. Takde sign langsung okie. Bawah Exchange tower tu banyak sangat junction, mmg boleh confuse. Location mmg ok, 5 minit je jalan kaki ke BTS.
 
 Good Mornink Bangkok. Breakfast kat bilik aje. Makan roti. Ambik gamba dari stesen BTS
 
 Pagi2 lagi dah kuar jalan. Nak gi Chatuchak Market. Naik BTS aje ke Mo Chit. Senang dan murah.
BTS sini banyak lane juga. Tapi senang je nak guna. Tak confuse pun.
 
Dah sampai Mo Chit keluar ikut exit 1. Follow orang ramai. Mmg orang ramai gile.
Ni kawasan depan sekali. Banyak jual buah2 potong. Kami sampai awal, berpusing2 kat sini sbb banyak kedai tak buka lagi. Jangan datang awal sgt. Sbb kedai kat sini tak buka awal pun. Dalam pukul 10 ok. Tapi ada dah kedai yang buka. Satu lagi, kalau nak ke sini, pastikan anda memakai baju yang nipis, jangan pakai baju hitam nanti anda akan menjadi naga, dan kasut, pakai kasut yang selesa. Jaket ke cardigan ke elaklah. Sbb aku jalan kat sini minum air 3 botol!, panas gile.
 
Soi tu lorong, jadi kalau confuse ngk kita ikut lorong mana. Chatuchak market ni datang tau kalau ke Bangkok, jangan tak datang. A must place to go. Tapi open hari Sabtu dan Ahad je. Aku baca review ada yang cakap hari Jumaat pun ada buka tapi tak banyak kedai, cuma kedai perhiasan bunga2 mcm tu je. Itupun open waktu petang dah.
  
Cakap aje, nak apa. Semua ada. Shawl pun banyak. Beg bersepah-sepah. Kasut lagi la. Souvenir beli kat sini je sbb murah. Tapi satu benda yang best kat sini, casing handphone, murah, banyak blink2, so belila 10.
 
Blouse mmg banyak gile. Cantik2, cuma size orang Thai kan comel2. Pastu takleh try. So kena pakai imiginasi bersandarkan realiti. Jadi siapa yang banyak berangan tu susah sikit hahaha.
 
Halal food pun ada. Cuma tak banyak. Yang aku makan ni restoren yang dekat dgn jam besaq kat tengah2 market nih. If tak jumpa mmg tipu. Kat tepi kedai ni ada shop kasut yang comel2, after makan tibai kasut pulak.
Muka aku yang happy shopping. Kalau muka kat office, 360 darjah bezanya. LOL!
 
Aku makan pineapple rice, adik aku nasi goreng seafood. Air aku ambik ice lemon tea, adik aku ice lemon dgn 2 mineral water. Total RM60++. Boleh tahan. Pineapple rice tu ok ok je, nasi goreng seafood tu sedap.
 
Misi seterusnya adalah coconut ice cream. Aku ngk ramai gile kot orang kat kedai ni. Mmg takde tanda halal, tapi dia jual ice cream aje. So aku pun beli la.
Delicious, marvelous, awesome! Jalan kat Chatuchak ni sampai petang pun tak habis. Aku tak banyak snap picture sgt, sbb sibuk beli barang!
Selesai kat Chatucak, aku ke sini pulak. Kate dekat dengan hotel. Visit la apalagi.
Terninal 21 ni, mall biasa je. Cuma every tingkat tu di hias ikut negara yang berbeza. Tapi takdelah, seluruh kedai ikut tema, cuma adalah perhiasan kat setiap tingkat tu ikut negara. Toilet kat each leval pun lain2. Ada certain tingkat je yang nampak menarik the rest biasa aje.
 
 Yang ini Rome theme.
Fefeling kat Rome ler tu. Kat bawah sekali mall ni ada gourmet shop yang jual mcm2 food and drinks. Ala2 cold storage. Aku beli pes tomyam lol, dgn air jus. Air jus kat sini fresh gile dan sgt sedap. Macam aku yang pegang dalam plastik tu. Dah la sejuk refreshing je rasa. Aku tak tau la kat Bangkok ni aku asyik minum air ja. Cepat sgt dahaga. Aku datang lagi ke Terminal 21 esoknya semata mata nak beli air jus tu. Harga dalam RM8 sebotol.
 Tak tau hangpa tulis apa tu. Aku nampak macam pizza.
Yang ini Japan. Tu ada abg sumo.
Dekat laluan tingkat ni, ada decoration mcm ni.
Nice
Super nice.  Hiasan dekat level Japan ni mmg cantik dan most outstanding. Aku ngk tingkat lain biasa2 je.
Shops kat sini in terms of price not bad jugak lah. Aku baca kat tripadvisor a bit pricy, tapi takpa, kami round2 je. Tourist review ada mention kat sini macam upper level place utk shopping.
Ni still kat level Japan.
Every level ada sign mcm ni.
Negara mana ni, aku dok igt.
Welcome to Turkey.
Dancing in Turkey.
Turney antara level yang ada hiasan cantik.
Last sekali, tingkat paling atas London. Welcome to my country, hehe.
Petang pukai 5, ada minivan tunggu. Kami nak ke sini Siam Niramit. Saje je pergi. Sebab dulu datang Bangkok tak datang sini. Dengar review best. Aku beli tiket online kat Malaysia dgn tour agent kat Bangkok. Bayar pakai paypal then dia e-mail voucher. Harga seorang dalam RM170 sekali dgn buffet dinner sebelum show.
 
Bila kita sampai aje, they all akan ambik gambar dgn kita then dia jual dalam THB100. Tak tau nape aku pegi beli. Lepas beli menyesal. LOL.
Buffet dia tak macam Phuket. Kat Phuket mmg ada certificate halal. Kat sini mmg takde. Tapi kita ambik semua yang vegitarian. Popia tu pun vegitarian. Nasi goreng pun sama. Tom yam tu seafood. Sedap gile. Adik aku tambah 3 kali.
 
Time makan, ada geng ni datang they all nak cakap show dah nak start tak lama lagi.
Diarong akan berpusing kat restoren ni. Mat saleh apalagi snap picture ler. Aku pun join sekali. They all pakai baju traditional.
 
 Elephant ride pun ada kat sini.
Gajah, lambang negara Thai.
 
Sebelum masuk show kat dalam Siam Niramit Grand Theatre, ada show juga dekat Thai Village ni. Banyak juga traditional dance they all buat. Very interesting. Aku tunggu muay thai, takde. Aku  berdiri kat depan sekali, sbb nak ambik gambar, tetiba je ada chinese tourist ni selamba je berdiri depan aku. Dia dah le datang lambat. Adoila, bengang gile.
Some of the pics, enjoy...
 

 
 
 

 

 

 

 


 
Done...lepas ni semua orang masuk ke dalam hall. Tapi kat dalam tak boleh ambik gamba. Ada counter utk simpan handphone dgn kamera. Aku masukkan handphone dalam beg, sorok2 dgn tisu letak bahagian bawah sekali, bila die check tak jumpa, kihkihkih. Dalam hall, aku silence kan phone so orang tak kacau. If tengah2 show tu ada staff die nampak lampu phone atau kita snap picture, mmg dia akan datang mintak phone kite.Huhuhuhu
 
Dah habis show aku ambik picture kat sini. Show dalam 1 jam 20 minit.  About kingdom of Thailand, back into history termasuklah zaman Ayutthaya dgn persembahan music, custom, dancing, persembahan gajah, kambing  pun ada sbb mereka nak tunjuk kehidupan realiti kehidupan orang Siam zaman dulu. Macam2 sound effect dia pakai. Dah masuk Guinness Book of Records lagi, so Siam Niramit ni di kenali sebagai World Class Spectacular Show. Ada 150 orang yang buat persembahan tiap2 malam dgn 500 custumes. Mak aih ramainya. Mmg best. 
Yang bestya lagi pekerja kat sini semua pakai baju traditional.
Dah nak balik. Overall we enjoy the show. Tak rugi datang. Cuma pada pertengahan show tu agak bosan sikit, maybe sebab kita dah start lost plus show tu lama sgt 1 jam lebih.
Next day, aku pagi2 dah kuar. Tak sah kalau gi Bangkok tak ke sini-Pratunam area. Tempat heaven shopping.  Aku turun dekat stesen Ratchathewi. Jalan jauh betul untuk sampai ke sini. Platinum Shopping Mall tu aku tak masuk pun. Aku jalan kat area Pratunam market ni je.
Market ni start pukul 5 pagi, diorang dah buka kedai. Kami datang around pukul 10pagi ramai lagi yang berniaga. Seronok shopping sini. Banyak choices dan yang paling penting murah hehe. Kat sini banyaknya baju perempuan aje. Susah nak jumpa baju lelaki. Even kasut pun, kasut perempuan semua. Hehehe. Lelaki jgn marah na.
Banyak barang yang di jual THB100, ada tu combine 2 THB 100. Macam wholesale juga. Ada juga kedai yang tanya, kita nak beli retail ke wholesale.
Happening gile. Mmg wajib datang nih.
Kat sini, kedai dia banyak dalam lorong2, laluan pun agak sempit. Certain kawasan kita kena berhimpit sikit. Tapi tak teruk sgt la. Aku tak igt kat mana, sbb banyak sangat lorong yang kami masuk, kami ada jumpa satu deret kedai yang jual pakaian muslimah. Orang Thai Muslim yang jual. Nice, aku borong skirt kat situ dgn shawl.
 
Ngk kasut pun THB100 je. Mmg murah.
 
Senyum aku dapat shopping. Inipun aku dah control habis. Kalau tak lagi banyak bawa beg.
 
Time to eat. Dah tengah hari perut pun dah lapar kami terus ke MBK Mall. Cari Yana Restoren. Nak ke sini kena pergi ke Siam station pastu tukat train pergi ke National Stadium. Dari Ratchathewi nak ke Siam station satu station je, and dari Siam station nak ke National Stadium pun satu station je. Tak jauh.
 
Order simple2 je sbb makan dua orang. Tomyam seafood dgn kerabu mangga. Dessert red ruby dgn coconut milk. Sedap gile beb. Aku order clear tom yam, yang takde santan.
Aku baca juga review kat internet, banyak je restoren halal lain kat Bangkok ni. Tapi aku nak yang senang, pergi je Yana Restoren ni. Price dia actually agak mahal juga. Takpalah yang penting halal. Kat MBK Mall ni, shopping pun best juge tau.
 
Tadi lepas makan balik hotel rehat, solat terus kami ke sini. Station Saphan Taksin. Kat sini ada free shuttle nak ke Asiatique. Tatapi ku sangka kan panas sampai ke petang ropenya hujan di tengah hari. Kami keluar pukul 3 petang mcm tu, tunggu punya tungga train rupanya sistem BTS rosak. Train tak bergerak. Kami stuck dekat dengan 2 jam besama-sama dgn rakyat thai dan juga pelancong lain, mat saleh2 tu. Aduhai.
 
 Nasib baik ada nice view dalam bot ni.
Finally dapat juga naik shuttle boat ni.  Boleh pulak terkena time aku berjalan ke sini. Huhuhu. Nasib baik boat ni efficient. Shutle boat ni start pukul 4.00 petang last sekali pukul 11.15pm.  Departure every 15 minutes. Tak jauh pun asiatique dalam 10 minit aje.
Welcome to Asiatique. Kat depan2 ni semua restoren2 dan bar.
Riverfront. Jalan kat sini malam2 best. Paling happening datang waktu malam. Kalau nak ke sini naik taxi pun boleh juge.Jimat masa.
Yang ni kita boleh naik juga, tapi aku tak berminat pulak.
Aku tak mau naik jadi aku snap picture ajelah. Kat bahagian bawah sini banyak game yang boleh kita main. Aku ngan adik aku round2 je. Kat dalam lagi ada banyak shop yang jual pakaian, souvenirs, t-shirt mcm2 lagi. Naraya pun ada. Nak shopping mmg boleh tapi harga agak mahal sikit sbb kawasan ni penuh dgn tourist you. Lagipun barang2 kat sini kita boleh dapat kat tempat lain. Macam redundant aje.Utk jalan2 ambil angin ok.
Around pukul 9 lebih kami dah nak balik. Penat sangat. Dekat Asiatique ni ada 1 je halal food, yang jual kebab. Time kami datang tu stall tu tutup pulak. Huhuhu. Kami duk minum air je. Beli jus kat sini. Balik masak maggi kat hotel. Esok dah nak balik KL, kejap je datang Bangkok ni.

Last day time to say goodbye to Bangkok. Kami naik cab ke airport. Baik betul pekerja hotel tu, dia kata kalau nak call cab nanti ada extra charge jadi dia tolong tahan taxi dekat jalan yang sibuk tu. Nice betul. Insya Allah ada rezeki datang lagi...(^_^). Shopping kat Bangkok dgn food die mmg superb.


~Tatatata

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...